Bab 13
Azrie menongkat
dagunya sambil tangannya ligat menaip papan kekunci untuk menyiapkan proposal
yang diminta oleh setiusaha papanya itu. Alamatnya dia tak tidurlah malam ni
kerana tumpuannya pada skrin komputer ribanya sering kali terganggu. Mana nak
siapkan proposal, mana nak layan mesej Aida yang bertimbun-timbun tu.
Kalaulah aku tak terima tawaran papa
untuk jadi pengurus jualan ni. Dahlah si Syasya tu tak habis-habis nak bagi aku
kerja. Kalau sikit takpelah! Ni banyak mengalahkan aku ni bos pulak... Bila dah
buat, ada je yang tak kena, rungut Azrie.
Sedang dia menaip, bayangan Fareen
tiba-tiba menyelinap masuk di dalam fikirannya. Wajah, senyuman dan tawanya
membuatkan Azrie tersenyum sendiri. Seakan-akan Fareen di sebelahnya saja.
Kalaulah dia ada kat sini... Lantas tangan Azrie mencapai telefon bimbitnya
untuk menghantar mesej pada Balqish. Harapannya dia mahu bertanya khabar Fareen
di sana.
Fareen kini betul-betul istimewa di
dalam hatinya. Ya, sungguh istimewa bagiku. Azrie belum pernah jatuh cinta
dengan sesiapun sebelum ini. Gadis ini benar-benar membuatkan hatinya sering
berbunga. Agaknya bilalah aku boleh jumpa dia lagi. Kalau mama dapat menantu
macam dia, mesti bangga sebab Fareen memang pandai mengambil hati orang.
Assalam,
Qish... Awk sihat?
Sihat
alhamdulillah. Aik, mcm ade ppe je ni... Klau x, tkde awk sms sye ni.
Qish,
sye cuma nk tnye psl Fareen. Sye hrp awk x kisah.
Mmg
x kisah pun! Haha... Boleh tnyelah
Fareen
sihat? Dia dh ade boyfriend blum, hehe
Dia
sentiasa sihat. Ap awk ckp? Boyfriend? Haha merepeklah! Dia msih blum berpunyalah...
Ohh
yeke? Tq Qish... Nnti kirim salam saya
kt dia tau!
Sme-sme!
Insya-Allah...
Balqish tumpang bahagia kerana dapat
berhubung dengan bakal teman lelaki sahabatnya ini walaupun hanya sekejap.
Azrie tak tahu yang tak lama lagi Fareen akan berhijrah ke KL demi lelaki itu.
Besar sungguh pengorbanan sahabatnya itu. Demi cinta, Fareen sanggup berkorban.
“Aku harap Fareen berjaya menemui cinta sebenarnya...” Desis Balqish.
Fareen merenung jauh sambil memerhatikan
kawasan pantai yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Kalau aku dah
berhijrah ke KL nanti, mesti rindu kat pantai ni... Mungkin lama aku kat sana,
desis hati Fareen.
“Woi Reen! Kau buat apa termenung
sorang-sorang kat situ? Lama aku tunggu kau tau tak!” Laung Balqish.
“Sorry Qish. Lama ke?”
“Lama! Kau dah janji dengan aku yang
kita nak bertolak hari ni kan... Kang tertinggal bas nanti susah pulak.” Ujar
Balqish lalu mengetuk perlahan kepala Fareen.
“Okeylah jom. Lagipun aku dah siap dah
ni. Barang semua dah kemas. Qish, kau tunggu kejap ehh!” Balas Fareen lalu
melangkah masuk ke dalam rumahnya semula untuk mengucup tangan ibu dan abahnya.
“Ibu, abah... Reen pergi dulu tau. Kalau
ada apa-apa, ibu dengan abah contact Balqish je tau... Halalkan makan minum
Reen. Lagi satu, Reen sayang sangat kat ibu dengan abah!” Getus Fareen sambil
memeluk kedua ibu bapanya. Dia menyeka air matanya yang hampir tumpah. Berat
sungguh hatinya untuk meninggalkan keluarganya.
“Pak cik Rul, Cik Farah... Kita orang
pergi dulu tau!” Laung Balqish ceria.
“Ya, kamu berdua hati-hati... Fareen tak
nak tumpang abah ke? Kebetulan abah kamu nak ke pasar singgah terminal sekali.”
Ujar Farah pada Fareen.
“Boleh jugak bu.” Getus Fareen.
Fareen dan Balqish sama-sama memasukkan
beg-beg yang dibawanya ke dalam bonet kereta Hairul. Semoga anak perempuannya
Fareen serta sahabatnya Balqish selamat sampai di sana nanti, ujar Hairul di
dalam hati.
Comments