Bab 26
Sampai saja
di dalam Hospital Specialist Senawang, Azrie terus menuju ke kaunter untuk
menanyakan tentang pesakit yang bernama Fareen.
“Maaf nurse, kat sini ada tak pesakit
yang namanya Fareen Nuralisa? Kalau ada tolong bagitahu saya kat mana bilik
pesakit tu.” Ujar Azrie pada jururawat yang bertugas di situ.
“Tak silap saya ada. Baru semalam dia
masuk. Boleh saya tau encik yang datang ni siapa?” Jawab nurse.
“Saya kawan baik dia nak datang melawat.
Please nurse, tolong bagitahu saya kat mana bilik dia. Emergency ni!” Getus
Azrie.
“Okey encik. Encik boleh naik lif bawah
ni lepas tu pergi tingkat dua. Haa kat situlah bilik pesakit yang bernama
Fareen tu.”
“Ohh kalau macam tu, terima kasih banyak
ehh nurse.”
“Sama-sama...”
Puas hati Azrie kerana dapat tahu di
mana Fareen berada. Kalaulah dari dulu Emelyn contact dia. Kan senang sikit
kerja aku.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang
dimaksudkan oleh nurse tadi, Azrie terpaku di tepi katil. Dia benar-benar
terkejut kerana lihat keadaan Fareen yang agak kritikal itu. Kepalanya berbalut
sementara badannya begitu banyak wayar yang dipasangkan. Ya Allah, kenapa
nasibnya begini? Air mata Azrie pantas mengalir lalu tangannya laju mengusap
pipi Fareen yang kelihatan berbalut kemas juga.
Dia tidak pasti dengan keadaan Fareen
lalu dia memanggil doktor lelaki yang kebetulan lalu di situ.
“Doktor, boleh saya tau dia sakit apa?”
Soal Azrie kepada doktor lelaki yang sedang memegang rekod pesakit itu.
“Maksud awak Fareen? Saya rasa semalam
dia baru masuk sini. Dia tak sakit tapi apa yang saya tahu berdasarkan rawatan
saya, Fareen disimbah asid lalu terkena di pipinya dan dihentak kuat di
bahagian kepalanya.” Terang doktor.
“Astagfirullahalazim... Kejamnya orang
yang lakukan semua tu. Doktor tahu tak siapa yang hantar Fareen ke hospital
ni?”
“Saya tak ingat pulak. Sebab tiba-tiba
nurse bawak masuk Fareen dan kami bertugas sebagai doktor pun menjalankan tugas
kamilah.”
“So sekarang macam mana keadaan Fareen
sekarang?”
“Yang tu saya mintak maaf. Dia agak
kritikal dan saya dapati dia koma. Saya tak tahulah sampai bila dia koma. Hanya
kuasa Allah swt saja yang boleh mengatasi semua ini. Awak berdoalah ya...
Sama-sama kita doakan dia sedar.”
Azrie tidak terkata apa lalu dia
mengangguk kan kepalanya saja. Selepas meminta diri, dia kembali semula ke
dalam bilik pesakit.
“Fareen, maafkan saya. Kalau awak sedar,
please bagitahu saya siapa dalang yang sanggup simbah asid kat muka awak dan
menghentak kepala awak tu? Kalau saya tau, dah lama saya belasah teruk-teruk
orang tu dan humban dia dalam penjara. Biar dia kena gantung sampai mati.
Perbuatan orang tu boleh buat awak meninggal. Syukur awak masih dipanjangkan
umur lagi. Kalau saya dengar awak dah takde, mungkin sekarang hidup saya tak
tentu arah...
Bukan saya seorang saja, insan-insan
yang menyanyangi awak seperti keluarga awak atau kawan-kawan awak pun akan rasa
macam tu. Nak tahu kenapa? Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati kami.
Awaklah segala-galanya bagi kami Fareen... I love you so much! Hanya perkataan
ini saja yang saya mampu ungkapkan untuk awak. Saya harap apa yang saya
cakapkan ni awak dengar dan semoga awak sedar. Saya mintak diri dulu,
assalamualaikum....”
Fareen masih tidak sedarkan diri. Air
mata Azrie jatuh menitis lagi. Dia tidak sanggup melihat penderitaan yang gadis
pujaannya tanggung seorang diri itu.
Buk! Azrie menumbuk Hadi bertalu-talu
sehingga lelaki itu jatuh. Azrie sungguh tak menyangka yang Hadi sanggup buat
semua ni demi duit. Apa lagi yang tak cukup sedangkan Hadi ni anak orang kaya
dan bapanya sendiri teman baik papanya di syarikat.
“Sampai hati kau buat semua ni kan,
Hadi? Kau dah lupa ke yang kita ni kawan
baik? Sanggup kau nak bunuh gadis pujaan aku kan. Pengkhianat! Kawan makan
kawan!” Jerkah Azrie sambil menarik kolar baju Hadi.
“Wei Azrie! Apa yang kau cakap ni hah?
Aku tak tahu apa-apalah wei. Cuba cakap dulu apa yang kau tak puas hati sangat
dengan aku. Cakaplah! Asal diam?” Ujar Hadi sambil mengesat darah yang mengalir
dari bibirnya.
Azrie menarik nafasnya dalam-dalam lalu
menjawab pertanyaan Hadi itu.
“Dulu Aida yang upah kau untuk spy aku
kat PD dengan Ariff kan? Aku tahulah kau nak balas dendam kat aku sebab aku tak
ajak kau sekali. Aku malas nak ajak kau sebab aku rimas pergi ramai-ramai. Aku
just nak tenangkan fikiran aku lepas ujian semester tu tamat.
Yang kedua, aku tahu kau orang yang sama
kan yang simbah asid and hentak kepala Fareen tu? Jujur jelah bro. Aku perlukan
bukti untuk angkut kau pergi balai. Aku nak tahu siapa yang komplot dengan kau.
Aida right?” Ujar Azrie sinis lalu cuba mencekik leher Hadi.
“Apa yang kau merepek ni, Azrie? Siapa
Fareen? Sumpah wei aku memang tak tahu apa-apa. Pasal Aida upah aku tu memang
betul. Aida yang suruh aku spy kau dengan Ariff. Dia bagi aku RM 20,000 siap
dengan gambar, alamat shalet kau sekali. Sorry bro. Aku terpaksa buat semua ni
sebab aku nak bukak perniagaan aku sendiri. Aku perlukan duit.
Tapi yang pasal Fareen tu kau jangan
tanya aku sebab aku memang tak tahu apa-apa langsung. Baik kau tanya Aida
sendiri. Kau faham-faham sendiri jelah yang Aida tu kuat cemburu. Dia sanggup
buat apa je asalkan dia dapat apa yang dia nak. Manalah tahu apa yang aku cakap
ni betul. Sedangkan aku sendiri tak kenal Fareen lagi nak buat kerja bodoh tu.
Aku harap kau jangan libatkan aku dalam
hal ni. Kalau kau libatkan jugak aku kat polis, aku akan cerita benda yang
sama.” Terang Hadi panjang lebar.
“Thanks sebab bagitahu aku perkara yang
sebenar. Pasal aku belasah kau tu sorrylah tadi aku emosional sangat.”
“Lain kali jangan tuduh orang melulu
macam tadi. Dahlah aku nak pergi kedai aku ni. Lambat bukak kang customer
marah...” Getus Hadi.
“By the way, kau bukak kedai apa?” Tanya
Azrie.
“Kedai runcit. Aku tutup kejap sebab ada
hal sikit kat rumah. Ni kau tiba-tiba datang tumbuk aku, terkejutlah aku. Kalau
ayah aku ada tadi, parah jadinya.”
“Wahh dah bukak kedai runcit sendiri
kawan aku ni. Apa-apa pun yang jadi tadi, aku betul-betul nak mintak maaf kat
kau. Okeylah aku balik dulu.” Gumam Azrie.
Ternyata andaian Azrie benar belaka.
Semua yang jadi ni disebabkan teman wanitanya sendiri iaitu Aida. Menyesal dia
get back dengan perempuan tak guna tu. Sebenarnya dia nak tak nak aje terima
Aida yang gila itu.
Comments