Bab 9
Hari ini
merupakan hari terakhir percutian Azrie dan juga Ariff. Masing-masing sibuk
mengemas barang-barang mereka agar senang dibawa pulang nanti. Dan hari ni juga
hari terakhir aku jumpa Fareen. Lepas ni dah tak jumpa dah... Aku nak bagi
alasan apa kat dia nanti eh, desis Azrie.
Azrie cuba mendail nombor Balqish
beberapa kali namun gagal. Balqish langsung tidak menjawab panggilannya.
Mungkin sibuk di warung agaknya.
Nak tak nak, aku kena jumpa sendiri
dengan dia. Aku mesti bagi dia alasan supaya dia percayakan aku. Ya, kau boleh
Azrie...
“Kau dah gila eh?” Tegur Ariff sambil
memasukkan baju-bajunya di dalam beg. “Kenapa pulak?” Getus Azrie cuba
mengelak.
“Hmm, kau ingat aku tak dengar ke kau
cakap sorang-sorang dari tadi? Kita dah nak balik dah pun, kau ngigau eh... Ke
tengah berangan cakap dengan si Fareen? Maklumlah lepas ni, dah tak jumpa dah.”
Ujar Ariff. Kata-kata Ariff tadi membuatkan Azrie kecewa. Lantas dia menumbuk
pipi sahabatnya yang mulut kepoh itu.
“Adoi sakitlah wei! Apehal tiba-tiba
tumbuk aku ni? Betul apa aku cakap tadi. Kau terasa kan? Tu yang tiba-tiba
tumbuk aku...” Desis Ariff sambil mengusap pipinya yang ditumbuk oleh Azrie
itu. Sakit yang amat. Biasalah orang pandai silat kan. Tumbuk sikit dah terasa
sakit. Belum kena pukul lagi. Parah ohh!
“Padan muka kau... Kau jangan ambik hati
pulak. Aku gurau je tadi. Wei, nanti kau tolong aku check out eh? Aku nak pergi
jumpa Fareen kejap.” Ujar Azrie lalu melangkah keluar dari shalet.
Belum sempat
Ariff membalas kata-kata Azrie, Azrie terlebih dahulu keluar dari shalet itu.
Dia ni memang dah angau cinta dengan si Fareen tu. Kalau Aida tau ni,
habislah...
Deruan ombak di
tepi pantai ini betul-betul membuatkan hati Fareen tenang. Dia tidak pernah
jatuh cinta dengan sesiapa pun sebelum ni. Hatinya kini benar-benar terpaut
dengan seorang lelaki yang kacak dan sering membuat hidupnya ceria.
“Hai awak...”
Tegur satu suara yang amat dikenalinya. “Hai...” Jawab Fareen ringkas sahaja
sambil mengangkat mukanya untuk memandang wajah lelaki itu. Maklumlah Azrie ni
mempunyai tubuh yang sasa dan tinggi berbandingnya kecik je.
“Fareen, saya
ada sesuatu nak bagitahu awak ni...”
Ujar Azrie lalu menarik tangan Fareen untuk duduk di bawah pokok kelapa.
“Cakaplah apa
yang awak nak cakap tu.” Getus Fareen sambil mengangkat kainnya sedikit dari
terkena pasir.
“Awak...
Sebenarnya saya... Err, saya...” Azrie berasa serba salah untuk memberitahu
perkara yang sebenar. Entah kenapa hari ini dia boleh tergagap-gagap pula.
Selalu tak macam ni.
Aida dan Emelyn
pantas mengatur langkah ke tempat kekasihnya yang sedang ‘hangat’ bercinta itu.
Siaplah kau Azrie, detik hati Aida.
Pang! Aida lega
kerana dapat menampar pipi gadis kampung yang berada di depannya ini. Sudahlah
kampung, tak sedar diri pulak tu. Ada hati nak goda boyfriend orang, fikir
Aida.
“Ni lah
akibatnya kalau rampas boyfriend orang! Eh betina, kau dengar sini eh... Azrie
ni boyfriend aku dan tak lama lagi dia akan jadi tunang aku. Yang kau menggatal
dengan dia kenapa hah?!” Tengking Aida lantas menolak tubuh Fareen sehingga
Fareen hilang kawalan lalu terjatuh di atas pasir.
Fareen langsung
tidak menjawab kata-kata Aida yang sungguh menyakitkan lantas air matanya deras
mengalir di pipi. Kalau nak ikutkan hatinya, dah lama dia pergi dari sini. Malu
apabila maruah diri dipijak orang.
“Woi Aida! Kau
dah gila ke hah? Aku dengan dia cuma kawan biasa jelah. Yang kau nak
tuduh-tuduh dia apehal! Baik kau berambus sebelum aku naik angin.” Balas Azrie
dengan nada serius. Dia pantas menarik tangan Fareen untuk bangun. “Awak okey?”
Soal Azrie lalu menggenggam erat tangan Fareen.
Fareen yang
sudah bengang dengan perbuatan Azrie itu pantas menarik tangannya semula. “Saya
pergi dulu. Maaflah kalau saya ni pengacau hubungan korang...” Getus Fareen
lalu melangkah jauh dari situ. Dia menangis semahu-mahunya.
“Blahlah kau
perempuan kampung!” Jerit Emelyn sambil ketawa. “Nak menangis-nangis bagai...
Puihh!” Balas Aida.
“Sini kau!!!”
Getus Azrie lalu menarik tangan Aida.
“Sayang, sakitlah...” Desis Aida lalu terjatuh.
“Sayang, sakitlah...” Desis Aida lalu terjatuh.
Bulat biji mata
Azrie memandang kekasihnya yang gedik itu. Kalau Aida ni bukan perempuan, dah
lama dia makan penumbuk aku.
“Macam mana kau
tahu aku ada kat sini? Kenapa kau tiba-tiba datang lepas tu serang Fareen? Dia
tak bersalah langsung dalam hal ni. Aku nak kau mintak maaf kat dia hari ni
jugak!”
“Nama perempuan
kampung tu Fareen? Haha dasar kampung. Mintak maaf? Eii sorrylah! Tak ingin I
nak mintak maaf dengan perempuan tak
guna tu... Macam mana I tahu you ada kat sini? I dapat tahu dari Hadi...
Opps sorry tercakap pulak!” Ujar Aida lalu menekup mulutnya.
“Okey kalau kau
tak nak mintak maaf tak apa. Nanti aku balik KL, tahulah nasib budak tu macam
mana. Pengkhianat!”
Comments