Bab 30
Reen
ad kt umah aq...
Balqish tersenyum
lebar apabila menerima mesej dari sahabatnya Aqilah. Dia lega kerana Fareen berada di rumah
Aqilah. Senanglah kerjanya nanti. Dia copy mesej dari Aqilah itu lalu paste ke
dalam group whatsapp yang ditubuhkan oleh Azrie itu.
Btul
ke fareen ad kt umah qila?
Betullah.
Buat ap sye nk tipu. qila yg ckp.
Klau
mcm tu esok jgk sye bwk semua org gi sne
Aq
nk ikut bro!
Ariff menyampuk sambil menghantar
emotion ‘smile’ ke dalam group whatsapp itu.
Ikut
jelah.... Tkde spe hlg kau. Naik kereta aq jek. Sbb mybe qish naik kereta aq
dgn mak ayah fareen. About my mum, she drive her own car with my dad.
Bguslah.
Lgipun dh lme aq x main air kat pantai port dickson tu. Wuu bestnya!
Bnyklah
kau punya air! Org nk dtg meminanglah mangkuk...
“Assalamualaikum...” Ucap Farah sebaik
sahaja sampai di depan pintu rumah anak jirannya, Aqilah.
“Waalaikumussalam, Farah. Dah sihat ke?
Fareen ada kat dalam bilik. Masuklah dulu...” Balas Maria ak.a mak kandung
Aqilah.
“Ni rombongan apa pulak ramai-ramai
datang rumah saya ni?” Soal Maria terkejut melihat dua kereta yang konvoi ke
rumahnya.
“Saya datang ni ada hajat besar...” Kata
Puan Syazira lembut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Maria.
“Betul tu cik. Dia orang ni semua parent
Azrie. Bakal tunang Fareen. So hari ni parent Azrie datang untuk pinang Fareen.
Surprise kan?” Ujar Balqish lantas melangkah ke dalam bilik Aqilah.
“Qila, mana Fareen? Tidur lagi ke?” Soal
Balqish sambil mendekati Fareen.
“Kat sini haa. Rabun ke mata kau?” Getus
Aqilah.
“Reen, bangun... Ramai orang datang kat
luar tu nak jumpa kau.” Ujar Balqish lalu menepuk bahu Fareen yang nyenyak
tidur itu.
“Ada apa nak jumpa aku? Aku ni bukan VIP
pun...” Ucap Fareen lemah. Tersentak Fareen apabila pandang muka Balqish.
Alamak! Kalau Balqish ada kat sini... Maknanya parent Azrie pun? Argh!!!
Fareen pantas mencapai selendang untuk
menutup separuh mukanya yang berbalut. Lantas dia melangkah keluar juga dari
bilik Aqilah untuk berjumpa dengan abah dan juga ibunya.
“Abah, ibu...” Getus Fareen sambil
memeluk erat tubuh kedua ibu bapanya.
“Ada apa semua datang rumah kawan saya
ni?” Tanya Fareen selamba.
“Fareen, kami sekeluarga datang ni ada
hajat besar. Kami nak tunangkan Fareen dengan Azrie hari ni jugak. Tu, Azrie
tunggu kat luar dengan Ariff. Dia kata, lepas pertunangan ni dijalankan, dia
nak jumpa kamu.” Kata Puan Syazira lalu mendekati Fareen dengan memegang kotak
cincin yang berbentuk hati.
“Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini
Fareen Nuralisa binti Hairul sah jadi tunang Azrie Haikal bin Tengku Syahril.
Insya-Allah majlis perkahwinan kamu berdua akan dijalankan bulan depan.
Setuju?” Ujar Puan Syazira sambil menyarungkan cincin emas ke jari manis Fareen.
Fareen terpaku di situ. Kali ni kenapa dia tak menolak? Padahal dia sungguh
benci dengan lelaki itu sekarang.
“Setuju tapi saya kan tak sem...”
“Semua orang tak sempurna sayang...”
Getus Puan Syazira sambil mengusap rambut lurus Fareen. Selendang yang dipakainya
hampir terbuka kerana terkejut. Pertunangan secara mengejut. Siapa yang tak
terperanjat kan?
“Mama dah berbincang dengan keluarga
Fareen yang mama akan tanggung semua kos plastic surgery kamu di Singapore
minggu depan.”
“Tapi puan? Saya tak layak dapat semua
ni.... Puan terlalu baik dengan saya. Saya rasa bersalah pulak untuk terima
semua pemberian Puan Syazira ni. Rumah, kerja, plastic surgery? Ya Allah, saya
tak tahulah nak balas budi puan macam mana.” Getus Fareen lalu air matanya
gugur lagi.
“Akak Fareen yang cantik, kakak memang
layak dapat semua ni sebab mama dah anggap kak Fareen sebagai anak kandung dia.
Bila abang Azrie cerita pasal akak dulu, mula-mula Zira tak boleh terima tapi
bila tengok akak depan-depan sekarang ni... Zira rasa macam kak Fareen ni
sesuai sangat jadi kakak ipar Zira.
Percayalah kak yang abang Azrie cintakan
akak gila-gila! Sejak mula-mula abang jumpa akak dulu, dia cakap dia terpegun
tengok akak cantik sangat... Perangai akak yang unik tu kan. Biasalah lelaki,
kita mana tahu hati dia orang.” Terang Azirah panjang lebar sambil tersenyum
pada Fareen.
“Selamat datang Fareen ke keluarga
kami...” Ucap Tengku Syahril yang sedari tadi mendiamkan diri.
“Terharu saya tengok korang semua ni. So
sekarang, Fareen anak angkat mak sah jadi tunang Azrie. Yeah! Saya ke dapur
dulu, nak masak sikit. Mesti korang semua lapar kan?” Sampuk Maria.
“Eleh mak ni, Fareen yang bertunang...
Mak pulak yang suka sangat. Apalah mak ni...” Getus Aqilah.
Ketawa mereka pecah berderai melihat
gelagat Maria yang suka buat lawak itu. Bertuah Aqilah mempunyai mak kandung
seperti Maria ni. Ada saja keletah dia....
Comments