Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 24

Bab 24
“Woi budak mentah, tu girlfriend kau tengah tunggu kau kat luar. Kau tak malu ke hah girlfriend kau datang kat pejabat ni semata-mata nak jumpa kau? Kau kena ingat, sekarang ni waktu kerja. Tak payah nak berdating bagai.” Ujar Syasya sinis sekali pada Azrie.

“For your information cik Syasya, dia yang terhegeh-hegeh nak datang sini. Bukan saya yang suruh pun. Saya tak puas hatilah dengan gaya percakapan awak tu. Awak cakap dengan saya seolah-olah awak ni pemilik syarikat ni. Berlagak! Perasan bagus tak tentu pasal. Awak ingat awak dah jadi setiusaha papa saya, awak dah perfect sangat. Muka je cantik tapi perangai... Haish...” Tegur Azrie lalu melangkah keluar dari pejabat untuk berjumpa dengan Aida.

“Tak semestinya kau nak biadab dengan aku lah Azrie. Aku ni senior kat sini.” Desis Syasya.
Azrie perasan yang Aida sedang merenung matanya namun dia pura-pura tidak memandangnya. Kalau Fareen pandang aku macam tu takpelah. Manalah Fareen sekarang ni... Dah dua hari aku tak nampak dia kat butik.

“Azrie, cantik kan?” Soal Aida sambil menggayakan baju kurung yang dipakainya. Kali pertama kut dia pakai baju macam tu. Setahu Azrie, Aida mana suka berbaju kurung.

“Bolehlah... Sebenarnya ada apa kau datang pejabat aku ni? Semak jelah. Aku dahlah busy. Aida, sorry aku memang tak boleh terima kau balik. Aku cintakan orang lain. Kalau mama aku tau yang kau datang jumpa aku ni, mesti dia mengamuk.” Ujar Azrie.

“Jadi you sukakan Fareen atas kehendak mama you lah eh? Tolonglah bukak mata you tu Azrie. Fareen tu just perempuan biasa je. I ni ada segala-galanya dan hanya I yang boleh bahagiakan you. Bukannya dia. I cintakan you sorang je Azrie. I nak hubungan kita halal. Tu pun salah ke sayang...”
“Bukan macam tu maksud aku, Aida. Aku memang cintakan Fareen dari dulu lagi. Dari aku jumpa dia kat PD. Aku dah boleh nampak keikhlasan cinta dia kat aku. Aku tau dia memang suka aku jugak. Kau tak layak untuk aku Aida.”

“Azrie, aku sanggup buat apa je demi kau. Kau nak apa dari aku? Aku boleh bagi semuanya. Kita kan dah lama couple. Aku dah buat macam-macam untuk mempertahankan cinta kita. Dulu kau okey je dengan aku. Kau layan aku dengan baik, kita sweet je dulu. Tapi sekarang, sejak ada Fareen, segala-galanya musnah.”

“Aku tak nak apa-apa dari kau. Aku cuma nak satu. Tolong lupakan aku buat selamanya. Aku tak pernah cintakan kau. Kau nak tau sebab apa aku macam ni? Sebab dulu aku bodoh, Aida. Aku ikut je semua kemahuan kau dan kau selalu tindas orang yang lemah. Fareen tak macam kau. Aku lebih rela kahwin lari dengan dialah. Aku dah tak tahan dengan perangai kau.”

“Sampai hati kau buat aku macam ni kan Azrie? Aku sayangkan kau tapi kau? Aku tau kau pernah sayangkan aku. Tolonglah kahwin dengan aku.... Kalau tak aku akan bunuh diri.” Bentak Aida lalu melangkah pergi dari situ.

Azrie pantas mencapai tangan Aida. “Jangan sampai buat kerja bodohlah Aida. Okey, aku akan terima kau balik tapi dengan syarat.”

“Syaratnya apa?”

“Syaratnya... Jangan ganggu hidup Fareen lagi sebab tak lama lagi aku akan lamar dia.”
“Habis tu aku macam mana? Kau dah janji nak terima aku balik kan!”

“Memanglah. Aku gurau je. Aku akan ugut kau dengan melamar Fareen kalau kau buat hal. Boleh?”
“Of courselah sayang. Kan I dah janji yang I takkan ganggu hidup Fareen lagi.” Jawab Aida tersenyum sinis lantas memaut lengan Azrie.

Balqish termenung sendirian di birai katilnya. Dia asyik memikirkan keadaan Fareen. Mana dia pergi selama dua hari ni? Dah telefon keluarga dia, keluarga dia cakap dia belum balik lagi. Habis tu takkan dia kahwin lari dengan Azrie kut kat Siam? Tak mungkin! Astagfirullah. Apa yang kau mengarut ni Qish?

Mana taknya, masa hari Selasa hari tu dia cakap dia nak tunggu aku balik baru dia bertolak. Tapi, bila aku dah balik tengok pintu tak berkunci. Mesti ada yang tak kena ni. Siapa yang bawak lari Fareen? Aku kena siasat ni, getus Balqish lalu mendail nombor telefon Azrie.

“Hello Azrie, awak ada nampak Fareen tak?” Tanya Balqish sambil berkerut wajahnya. “Fareen? Kenapa? Dia takde kat rumah ke sekarang ni...” Balas Azrie dalam talian.

“Kalau ada kat rumah saya tak tanya awaklah. Mana tau dia pergi kahwin lari dengan awak ke kat Siam...” Sempat lagi Balqish bergurau dalam keadaan begini.

“Hmm apa yang awak merepek ni Qish? Takkanlah saya nak bawak dia lari sesuka hati saya. Sekarang ni dia nak pandang muka saya pun nak tak nak je. Lagi nak culik dia. Haha...”

“Kejap, kejap... Culik? Saya rasa Fareen kena culik! Yalah hari tu saya balik rumah pintu semua tak kunci. Saya risau ni kalau jadi apa-apa kat dia. Dahlah ibu dia sakit. Kalau ibu dia dengar berita ni mesti bertambah teruk keadaannya.” Ujar Balqish.

“Ya Allah, betul jugak cakap awak. Fareen mana tau sangat jalan kat KL ni kan. Tapi kita jangan terus buat keputusan macam ni. Apa kata awak relaks dulu kat situ. Nanti esok kita cuba dapatkan bantuan lepas tu baru buat laporan polis.” Terang Azrie cuba menenangkan Balqish.

Balqish buntu lalu air matanya mengalir apabila mengenangkan sahabatnya yang selalu ceria itu. Bila dia takde dalam rumah ni terasa dirinya sunyi. Fareen ada musuh ke? Itu persoalannya sekarang. Setahunya, Fareen memang budak baik sepanjang persahabatan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam