Bab 12
“Sayang!”
Getus Aida lalu melangkah masuk ke dalam pejabat
Azrie. Azrie langsung tidak memandang kekasihnya itu sebaliknya dia fokus
membuat kerja yang disuruh oleh setiusaha papanya, Syasya yang kuat protes itu.
“Azrie... I ada
belikan you chicken chop ni. Jom makan sama-sama nak? Lagipun sekarang kan
waktu lunch.” Ujar Aida prihatin.
“Aida, aku tak
laparlah. Kalau kau nak makan, pergilah makan dulu. Wei macam mana kau boleh
masuk sini hah? Nanti kalau ada orang nampak mampus aku.” Desis Azrie.
“Biarlah orang
nampak. Biar semua staf kat sini tahu yang kita couple yang sweet! Kalau you
tak nak makan, meh sini I suapkan. Rugi tau you tak makan.”
“Aku cakap aku
tak nak makan, tak naklah! Yang kau sibuk sangat tu kenapa? Kalau aku panggil
pengawal, kau jangan menyesal pulak.” Bentak Azrie.
“Okey, I keluar.
Tapi esok jangan haraplah you boleh marah-marah I macam ni. Ingat, daddy I lagi
kaya dari papa you. And I dengar papa you tengah berusaha keras untuk dapatkan
tender dari syarikat daddy I...” Getus Aida sambil memasukkan kotak chicken
chop di dalam plastik semula.
“Eh Sya, tu kan
anak Encik Syahril yang baru jadi pengurus jualan di syarikat kita... Dia tak
keluar lunch ke? Tapi anak dia memang handsomelah...” Ujar Nadia pada Syasya.
“Eh kau tak
nampak ke ada budak perempuan dalam ofis dia tu? Maybe girlfriend dia ada bawak
kan lunch untuk dia kut... Kita tak payah sibuklah. Jom sambung buat kerja.”
Balas Syasya.
“Tengoklah
Azrie, aku akan bagitahu papa kau yang kau curi masa kerja untuk dating dengan
girlfriend kau... Aku bagi kerja, boleh dating pulak. Tak guna punya budak
mentah!”
“Kau serius ke
babe nak carik kerja kat KL tu? Aku risaulah kalau jadik apa-apa kat kau nanti
aku jugak yang susah.” Ujar Balqish sambil mencuci pinggan.
“Seriuslah
Qish... Aku dah bincang dengan keluarga aku dah pasal ni. Kau pulak? Lagipun
aku nak jugak carik duit sendiri. Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”
Balas Fareen.
“Boleh tu
memanglah boleh. Aku tak kisah. Family aku no hal. Aku dah cakap hari tu.
Masalahnya sekarang, kat KL tu kan sesak? Bandar penuh dengan asap. Rimas
aku...”
“Eh kejap,
kejap. Aku rasa kau ada niat lain ni... Betul tak? Kau nak carik Azrie kan?
Mengaku jelah Reen!” Usik Balqish lalu membaling buih pada sahabatnya yang
sudah tersengih-sengih itu.
“Mana adalah!
Kau tengok muka aku sekarang ni, ada muka aku macam nak jumpa Azrie ke? Takde
kan...”
“Tahulah muka
kau tu lawa! Tak payah tengok pun aku dah tahu macam mana.”
“Ambik ni!”
“Adoii sakitlah
Reen! Kau ingat lengan aku ni ada lemak ke? Dahlah lengan aku ni kurus kering.
Aku tak macam Qila yang berisi tu...” Ujar Balqish sambil mengusap lengannya.
“Amboi sedapnya
korang duk mengata awek aku ehh!” Tegur Asyraf lalu membuang habuk yang
disapunya tadi pada Fareen dan juga Balqish. Balqish bingkas bangun untuk menumbuk
pipi Asyraf kerana sahabatnya yang seorang ini tidak tahu menjaga kebersihan.
“Apalah kau Qish, tumbuk aku tak kuat...”
“Bila masa aku
mengata Qila, ni ha Aqish selalu mengata awek kau tu... Tapi aku nak mintak
maaflah bagi pihak Aqish...” Getus Fareen lalu tersenyum.
maaflah bagi pihak Aqish...” Getus Fareen lalu tersenyum.
“Kalau Reen yang
mintak maaf aku maafkan sebab dia ni baik orangnya. Kalau minah colgate ni aku
was-was nak maafkan. Hahaha!” Ketawa mereka pecah berderai akibat si Asyraf
yang selalu memanggil Balqish “Minah Colgate” kerana Balqish selalu menonjolkan
giginya apabila bergambar bersama.
“Sampai hati
korang kan...” Aqilah menyampuk lalu mencebikkan bibirnya.
“Kenapa pulak?
Hati saya dah terlebih dah ni untuk awak...” Jawab Asyraf.
“Wekk!” Balqish
sengaja membuat gaya muntah di depan Asyraf. Ketawa Fareen pecah berderai lagi
melihat gaya sahabatnya ini. Kena marah baru tahu...
“Thanks korang
sebab selalu buat hidup aku happy...” Desis Fareen.
“Asal cakap
macam tu? Kau kan kawan kita orang... Apa orang kata tu? Friend Forever! Susah
senang kita bersama. Jangan pulak aku susah, kau lari. Aku dah anggap korang
semua ni macam adik-beradik aku. Ye tak?” Ujar Balqish sambil membetulkan
tudung bawalnya yang senget-benget itu.
“Ye Puteri
Balqish a.k.a Minah Colgate!” Getus Fareen, Asyraf dan juga Aqilah serentak.
Comments