Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 25

Bab 25
Dah tiga hari Fareen terkurung di dalam stor yang berbau busuk dan meloyakan itu. Ya Allah, semoga cepat-cepatlah aku keluar dari sini. Aku dah tak sanggup nak duduk kat sini. Aku dengan tak mandi, tak solat, tak makan dan juga tak minum. Kalaulah aku tak jejak kan kaki aku kat sini. Tentu aku tak diseksa seteruk ni. Sabar Reen, ni semua dugaan.

“Best tak duduk kat dalam ni?” Soal Aida. “Nah ni untuk kau. Kesian kau dah tiga hari tak makan ya...” Aida terus menghulurkan sebungkus nasi campur kepada Fareen.
Fareen tidak mahu menerimanya kerana di dalam fikirannya hanya mahu cari jalan untuk keluar dari sini saja. Hilang selera makannya.

“Kau tak nak wei? Nak aku bagi tikus makan nasi kau ni? Kalau kau buat hal lagi, tengoklah nasib kau macam mana nanti. Kan Emelyn?” Ujar Aida sambil menyuapkan nasi campur itu ke dalam mulut Fareen.

Fareen membuka mulut juga walapun terpaksa.

“Babe, kau nak tau tak... Sekarang ni Azrie dah get back dengan Aida. Tak lama lagi dia orang akan bertunang. Kau tak cemburu ke? Tipulah kalau kau tak cemburu.” Getus Emelyn.

Fareen hanya merenung anak mata Emelyn. Dia sudah tidak terkata apa. Biarlah cintanya itu pergi begitu saja. Baginya, cinta itu buta. Sesiapa saja boleh memiliki cinta. Sedangkan sekarang cinta boleh dimiliki dengan wang.

“Menyesal aku tak goda Azrie dulu.” Sindir Fareen sambil tersenyum sinis.

“Apa kau cakap perempuan? Ambik ni!” Getus Aida lantas menyimbah asid ke muka Fareen. Nasib Fareen baik kerana asid itu hanya terkena di pipinya. Ya Allah, sakitnya! Sungguh pedih.

Fareen nekad. Dia harus keluar juga dari stor ini. Lantas dia menolak kedua-dua tubuh dua orang gadis yang tidak berhati perut ni. Sambil menahan kesakitan di pipinya, Fareen menampar pipi Aida bertalu-talu. Inilah kali pertama dia melawan dengan cara yang begitu kasar sekali.

Aida hilang sabar lalu tangannya pantas mencapai pasu bunga dan berlari mengejar Fareen. Dia terus mengetuk kepala Fareen dengan pasu bunga yang dipegangnya.

Fareen terpaku di situ. Pandangannya menjadi kabur. Dia memegang kepalanya yang dihentak dengan pasu bunga tadi. Begitu banyak darah merah yang mengalir dari kepalanya. Adakah sampai sini saja riwayatnya? Ya Allah, ampunkan lah segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku. Abah, ibu maafkan Reen sebab tak dapat balik kampung.

“Babe, macam mana ni? Aku tak nak dia mati macam tu je.” Gumam Aida.

“Kalau kau tak nak dia mati, jom kita bawak dia pergi hospital. Tapi bukan ke kau suka dia mati? So, takdelah dia nak rampas Azrie dari kau kan?” Ujar Emelyn.

“Masalahnya aku tak nak masuk penjara! Dahlah jom cepat tolong aku angkat Fareen ni. Nanti kalau ada orang nampak mampus aku.” Desis Aida.

Setelah keluar dari balai polis, Balqish masih lagi resah. Dia sungguh risau dengan keadaan Fareen. Dia mengangkat sedikit mukanya untuk melihat muka dua orang lelaki yang sedang berbincang di depannya ini. Mesti Azrie risau sangat pasal Fareen. Tengok muka dia pun dah tahu risau.
“Macam ni lah Qish, awak balik dulu. Pasal Fareen, biar kita orang yang settlekan. Okey?” Ujar Azrie. “Nak saya hantar awak balik?” Sampuk Ariff.

“Hmm, boleh jugak. Terima kasih sebab ambik berat pasal Fareen. Agaknya kalau takde korang, macam manalah saya nak handle benda ni sorang-sorang.” Getus Balqish sambil mengesat air matanya dengan tisu.

“Selagi awak berdua masih kawan saya, selagi tu saya akan ambik berat pasal awak. Percayalah saya takkan tinggalkan awak dengan Fareen. Ingat tu...” Bidas Azrie sambil mengeluarkan tiga not lima puluh ringgit lalu menghulurkannya pada Balqish.

“Nah ambiklah, Saya ikhlas ni.”

“Untuk apa ni? Takpelah Azrie. Saya ada duit sendiri.” Balas Balqish lalu melangkah masuk ke dalam kereta Ariff.


Azrie menghentak kuat tangannya di atas katil. Dia pening memikirkan masalah yang dialaminya sekarang. Baru saja dia nak pikat hati Fareen tetapi banyak masalah yang timbul. Fareen hilang? Siapa yang menculiknya? Takkanlah Fareen lari balik kampung kut... Dah tanya keluarga dia memang takdelah. Ya Allah, ke mana gadis pujaanku pergi sedangkan ramai hati yang menyayangimu termasuklah aku. Fareen Nuralisa, where are you going dear!!!

Secara tidak sengaja, petang tadi Azrie meminta beberapa gambar Fareen dari Balqish untuk buat kenang-kenangan. Lantas dia membuka gallery di dalam telefonnya untuk mencari gambar Fareen. Fareen, kalaulah kau tahu betapa rindunya aku pada kau? Aku tahu kau pun tengah rindukan aku kan. Kata orang, kalau kita sedang rindukan seseorang maknanya orang tu pun tengah rindukan kita atau tengah fikir pasal kita. Betul ke? Fakta atau auta? Hmm...

Sedang Azrie leka merenung gambar Fareen, telefonnya tiba-tiba berdering. Nama Emelyn tertera jelas di skrin iPhone 5snya.

“Aku tau siapa dalangnya. Kalau kau nak tau kat mana Fareen berada, datanglah ke Hospital Specialist Senawang.” Ujar Emelyn sinis. Dia sengaja membongkarkan rahsia Aida kerana dia tak tahan dengan perangai Aida yang makin lama makin kejam tu.

Belum sempat Azrie menjawab kata-kata itu, Emelyn pantas mematikan talian.


“Mak ai! Jauhnya Senawang. Betul ke perempuan apa yang perempuan ni cakap? Kalau betul, esok jugak aku datang kat hospital tu. Just wait and see... Kalau dia tipu, nahaslah. Jangan-jangan, dalangnya Hadi? Siaplah kau Hadi! Mampus kau aku kerjakan esok, desis Azrie.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam