Bab 29
Selepas membayar
tambang teksi, Fareen bergegas ke pantai. Dia sungguh rindu suasana di pantai
ini. Setelah berbulan-bulan di KL, barulah dia dapat balik ke sini kerana di
sana tiada tempat untuk dia meluahkan segala-galanya. Selalunya di pantai
inilah dia menangis, menjerit sekuat hatinya dan macam-macam lagilah.
Dia leka bermain air laut seorang diri
lalu dia sendiri tidak perasan yang air laut sudah terkena di kain baju
kurungnya. Habis basah kuyup. Yeah, dah lama tak main air...
“Fareen kan?” Soal Aqilah yang sedari
tadi memerhatikan Fareen dari jauh.
“Haah. Qila? Rindunya kat kau! Rindu nak
borak gila-gila dengan kau. Mana Asyraf, boyfriend kau yang setia hujung nyawa
tu?” Usik Fareen.
“Aku pun rindu sangat kat kau, Reen. Jom
ikut aku balik rumah kejap. Ada something yang aku nak tanya kau ni...” Ujar
Aqilah.
Aqilah pantas mengangkat beg Fareen lalu
mengatur langkah ke rumahnya. Sebenarnya Aqilah tahu yang Fareen lari dari
hospital. Baru Balqish memberitahunya tadi.
“Hari ni mak aku tolong jaga warung kau.
Aku kesian tengok mak ayah kau wei. Sejak kau kerja kat KL tu sekarang, warung
jarang bukak sebabnya mak cik Farah tak sihat sangat. Pak cik Hairul pun sama.
Mungkin dia orang rindu sangat kat kau.” Getus Aqilah sambil melabuhkan
punggungnya di atas beranda rumahnya.
“Aku tahu tu wei. Sebab tulah masa aku
nak balik sini, aku kena culik. Tak nampak muka aku ni berbalut sebelah.
Kepalaku pun balut. Dah macam mumia dah aku ni...” Omel Fareen sambil
menunjukkan mukanya yang berbalut.
“Aku nampaklah Reen! Apa kes kau lari
dari hospital ni? Cuba cerita kat aku...”
“Eh, macam mana kau tahu aku lari ni?
Balqish sms kau kan? Isy aku baliklah kalau macam ni. Kalau boleh, aku tak nak
sesiapa pun tahu yang aku kat sini. Kau ni janganlah contact Balqish lagi.
Nanti kantoilah.” Bidas Fareen.
“Reen, aku bukan apa tau. Kita orang
semua risaukan kau. Kau tu dahlah macam ni. Nanti keadaan kau bertambah parah
tahu tak! Tapi Balqish cuma cakap kau lari je. Aku tak bagitahu dia pun yang
kau kat sini. Malam ni kau tidur jelah sini. Macam biasalah yang kita buat
dulu. Girl’s night! Hehe...”
“Hmm okey! Aku lari sebab aku tak nak
bertunang dengan Azrie. Kau tahu sendiri kan muka aku macam mana? Kalau aku
bukak balutan ni, lari kau! Pipi aku ni kena asid.” Ujar Fareen.
“Kira okey apa tunang dengan Azrie.
Bukan dengan beruk! Azrie tu handsome apa. Baik, caring pulak tu. Sesuailah
dengan kau. Semua ciri-ciri tu semua sama dengan kau. Kau cantik, baik, caring,
pandai and semuanyalah! Maknanya korang ada chemistry yang sama.” Getus Aqilah.
“Dahlah lupakan jelah pasal Azrie tu.
Aku benci dia! Sekarang ni aku nak rehat. Kepala aku sakit lagi ni....”
“Macam mana kau boleh benci Azrie pulak
ni? Bukan dulu kau suka dia ke? Aku tahu kau sakit, jomlah masuk bilik aku. Kau
rehatlah puas-puas. Malam nanti sambung gosip eh?” Usik Aqilah.
“Yelah Qila... Mulut murai betullah kau
ni. Sama je macam Aqish. Kembar seiras betul korang ni. Jenis yang banyak
cakap.” Tegur Fareen lalu menghempaskan badannya di atas katil Aqilah.
Walaupun banyak cakap, korang tetap
sahabat aku dunia akhirat. Aku takkan lupakan korang sampai aku mati, detik
hati Fareen.
Comments