Skip to main content

Ira nak cari kerja !

Assalamualaikum korang...

Apa khabar? Sihat guys? Syukur alhamdulillah sebab hari ni maxis terlalu baik bagi pass internet free untuk Ira. Hehe terima kasih banyak ye maxis! Jasa anda amat dihargai oleh saya. So, hari ni Ira nak bebel pasal kerja. Ira tau mesti korang ni part time blogger kan? Ada yang full time. Sesetengahnya kerja. Betul tak? Hihi.


Sekarang ni Ira nak tanye, ada tak kerja kosong part time kat area Seremban ni? Ira dah puas cari kat majalah.com tu tapi bila Ira tanye banyak yang suruh promote wifi lah. Hmm sedihh. Yelah tempat yang kerja tu jauh banget! Tu yang dia orang suruh promote. Tak tahulah betul ke tak. Mentang2 lah Ira ni budak setahun jagung je en. Ira ni baru 15 tahun...

Kalau korang ada kerja kosong part time tu, silalah email Ira ye , nadsimple5@gmail.com. Offer diri ehh. Haha... Untuk cuti sekolah sebulan jek. Tahun depan dah malas dah. Hehe. Study tu penting woi. Tu yang ingat nak cari kerja part time supaya dapat kumpul duit sendiri. Duk umah bukan buat apa-apa pun kan. Buat tambah berat badan je. Teringin jugak nak pegang duit sendiri. I mean duit poket. Ira ni sanggup buat kerja apa pun asalkan halal.Korang jangan pandang rendah kat Ira tau, cikgu koperasi sekolah Ira pernah cakap yang Ira ni komited tu yang dia offer Ira suruh jadi koperator. *Kembang kejap*

Ok lah tu je Ira nak bebel! Babai!

Comments

Unknown said…
alahai sweetnya nak cari keje sementara..
semoga berjumpa dengan pkerjaan yg sesuai =)

Akak dah follow blog adik #30
Btw semut kat atas kanan tu, ingatkan laptop akak bersemut, picit2 dia berjalan jugak..

~~oh rupanya saya tertipu ~~
NADDY said…
@namyyul nurulazila In shaa allah akak comel :) Btw thanks follow... Hihi tu semut mainan jelah akak ^_^
yoorinmelacolea said…
best nye cari pocket money..akk dulu pon umur 16 tahun pon try cari kerja part time.. tp mak tak kasi plak.. cuba pergi kat kedai2 supermarket ke..secret recipy ke kann.. mana tau diorg nk ambik.. =) good luck..
NADDY said…
@yoorin melacolea Best kan? Hihi thanks kak...

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...