Bab 14
Fareen pertama
kali menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Bandar yang jauh lebih maju dari kampungnya.
Dia bukan mahu mengutuk kampungnya tetapi sudah memang kenyataan yang KL ni
bandar yang ‘up’ sikit. “Aku tak selesalah wei...” Getus Balqish. Dari riak
wajah Balqish, sahabatnya ini memang tak suka berjalan!
“Kenapa?” Soal Fareen bingung.
“Kau tahu tak Reen, KL ni memang bandar
yang famous tapi yang aku tak suka kat sini sebab banyak debu, asap
kenderaan dan bangunan yang
tinggi-tinggi... Lepas tu jalan sesak. Isy bencilah!” Omel Balqish.
“Qish... Tak baik merungut tau. Kita
datang sini dengan niat nak bekerja. Kau tak teringin ke nak ada duit sendiri
untuk sambung belajar? Aku dah dapat tawaran tu, cuma aku saja tak nak pergi.
Kau tahu sendiri kan yang kos universiti tu bukannya murah...” Ujar Fareen.
“Memanglah aku teringin nak sambung
belajar. Wei Reen, aku lupa pulak nak bagitahu kau.”
“Bagitahu apa? Cakap jelah sebelum teksi
sampai ni.”
“Semalam kan, Azrie sms aku. Dia kirim
salam sayang kat kau...” Balas Balqish sambil mengenyitkan sebelah matanya.
“Waalaikumussalam... Sayang? Isy merepek
jelah kau ni!”
“Eh betul apa. Aku tengok cara dia mesej
tu kan macam dia rindukan kau Reen...”
“Dahlah. Forget about him. Now, I must focus to find a new job for my futher study.”
“Wahh Fareen speaking seyh! Tu teksi dah
sampai...” Getus Balqish sambil tangannya menuding ke arah teksi yang
betul-betul di hadapan mereka.
“Adik berdua ni nak pergi mana?” Tanya
pemandu teksi yang umurnya di dalam lingkungan 40-an.
“Err, sebenarnya pak cik... Kami ni dari
kampung. Kami tak tahu nak pergi mana. Lagipun sekarang kami nak cari kerja.
Pak cik ada tahu mana-mana tempat yang kosong tak?” Ujar Fareen lembut.
“Ohhh dari kampung rupanya. Pak cik rasa
ada kut. Nanti pak cik cuba tanya kat restoran kawan pak cik. Rasanya kat situ
ada.” Jawab pak cik.
“Alhamdulillah. Kalau macam tu bawak
kita orang kat sana boleh?” Ujar Balqish.
“Boleh aje nak...
Setelah sampai di depan restoran, Fareen
terpaku melihat restoran mewah yang dihiasi pelbagai hiasan. “Pak cik? Ni
restoran ke hotel?” Soal Balqish kagum melihat restoran mewah itu.
“Mestilah restoran. Pandai Encik Syahril
bina restoran ni. Sebabnya sesiapa yang berkunjung ke hotel akan singgah di
restoran ni.” Terang pak cik itu.
“Wahh saya suka tengok restoran ni.
Hotel dia pun besar. Siapa Encik Syahril tu, pak cik?” Soal Balqish. Banyak
betul soalan dia.
“Encik Syahril tu pemilik hotel dan juga
restoran ni. Kadang-kadang selalu jugak dia melawat hotel ni. Selain Encik
Syahril, isteri dia Puan Syazira pun selalu datang jugak. Keluarga mereka
memang kaya-raya. Biasalah masing-masing berjaya kan...”
“Ohhh macam tu rupanya. Puan Syazira tu
pemilik apa pulak?” Tanya Balqish. “Aduhh si Balqish ni banyak tanyalah. Aku
datang sini nak kerja, bukan nak ajak berbual...” Dengus Fareen lalu
pandangannya berlari ke arah seorang lelaki yang berkot hitam bersama seorang
perempuan cantik di sebelahnya.
“Puan Syazira tu pemilik butik dan juga
seorang pereka fesyen yang terkenal. Hmm, dah lama kita berborak ni. Jomlah
masuk. Pak cik kenalkan kamu berdua dengan kawan pak cik.”
“Ehh kejap! Encik Syahril tak uruskan
restoran ni ke?”
“Dik, Encik Syahril pemilik aje. Bosnya
ialah kawan pak cik sendiri. Kalau kita nak jumpa dia, memang taklah sebab dia
selalu sibuk dengan kerjanya...” Getus pak cik itu lagi.
“Qish... Tengok tu!” Getus Fareen sambil
jarinya menuding ke arah lelaki yang berkot hitam dan juga perempuan cantik.
“Apa?” Alangkah terkejutnya Balqish
apabila melihat Azrie bersama seseorang. “Reen, tu Azrie kan?” Getusnya.
“Entahlah. Aku rasa ya.” Desis Fareen.
Pantas tangan Fareen mengepit kemas lengan sahabatnya yang hampir-hampir mahu
mendekati Azrie bersama perempuan itu.
“Kenapa kau halang aku? Bukan itu yang
kau nak ke?” Balqish merengus geram. Sudah rezeki di depan mata, jual mahal
pulak. Balqish sememangnya tahu tujuan sahabatnya ke sini mahu mencari Azrie.
Bila dah sampai sini, lain pula jadinya. Haih Fareen, Fareen...
“Bukan apa Qish. Aku cuma tak nak dia
tahu yang aku kat sini. Lagipun aku kenal perempuan yang jalan sebelah dia
tu...”
“Lah... Siapa?”
“Nanti aku cerita. Sekarang ni pak cik
tu tengah tunggu kita kat dalam. Kau tunggu apa lagi? Tunggu Ariff datang
pulak?”
“Hisy merepek je kau ni!”
Comments