Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Kenapa aku ? Kenapa aku yang kena nangis !

  Hari sudah pun larut malam tapi badanku terasa bertenaga kerana aku sudah pun tidur pada petang tadi. Aku terlelap pun kerana otakku penat yang teramat memikirkan perkara yang bodoh.  Kenapa kalini aku begitu lemah sedangkan mereka kelihatan sangat tenang? Aku mahu kekuatan aku semula. Luka di dalam hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku yakin aku menangis kerana luka yang aku rasakan saat ini begitu pedih sedangkan mereka? Jujur aku tidak mahu melihat mereka bersama semula kerana aku mahukan yang terbaik untuk dia ! Aku mengalirkan air mata bodoh ni kerana aku cemburu. Ya, aku cemburu sebab aku dah ada perasaan.. Aku nak dia bersama perempuan yang benar benar boleh menjaga dia bukan perempuan yang macam dia yang mahukan perhatian dan merosakkan orang yang aku sayang. Biarpun aku ni kelihatan bodoh sebab bertepuk sebelah tangan tapi nama dia sentiasa ku doakan. Aku nak dia bersama orang yang tepat.  Biarlah aku nampak bodoh.  Aku rasa kalini aku dah banyak kali menan...

Antara sahabat atau cinta

  Malam ini aku terasa mahu berkongsi sesuatu...  Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku masih mengharapkan sesuatu tapi aku sendiri tidak pasti apakah ia adakah balasan perasaan sebagai seorang kawan atau sebaliknya?  Aku sendiri penat.  Penat dengan semua persoalan yang sering bermain di fikiranku. Aku sendiri tahu aku bukan cita rasanya. Ya, dia sentiasa menginginkan perempuan perempuan yang cantik. Sedangkan aku hanya kentang. Bukanlah maksudku aku langsung tidak cantik. Aku mengaku diri aku juga cantik tapi tidak sehebat cita rasanya. Aku kalah dengan perhatian. Walaupun sedikit perhatian itu sudah membuatkanku bahagia.  Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku mahu meluahkan sedikit di sini. Disebabkan kejadian tu aku menyimpan perasaan terhadap dia. Dia juga sedar tentang perasaanku. Pada mulanya aku hanya menganggap perasaan itu hanyalah suka sebagai sahabat tapi aku salah. Apabila bertanyakan pendapat orang lain, perasaan itu rupanya lebih. ...

AKU RAJIN........

  Rajin. Aku tidaklah rajin mana tapi disebabkan aku terpaksa aku lakukan demi tanggungjawab yang dipikul. Apabila difikirkan, penat juga jadi aku.  Dari sekolah menengah lagi aku sudah lakukan 2 kerja demi menyara diri dan juga membantu keluarga aku walaupun tidaklah sesenang orang lain tapi aku suka membantu. Kadang aku ingin sekali menjadi wanita sempurna, berduit yang mampu menjadi secantik bidadari tapi aku sedar aku tidak mampu. Jujur aku terasa dengan percakapan adik adikku "Kau hari hari kerja, buat business tapi miskin jugak." Aku sedih mendengarkan itu. Ya, aku rajin bekerja dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi dan juga memikirkan komitmen yang ada kerana aku tidak mahu menyusahkan keluargaku atau sesiapa. Aku juga tahu aku sudah besar panjang. Aku mahu menjadi wanita berdikari. Aku juga yakin aku kuat untuk menanggung semua ini. Hanya Allah saja tahu niatku. Niatku ingin membuatkan keluargaku bahagia. Walaupun sedikit tapi melihat senyuman mereka cukup m...