Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Kenali Perwatakan Melalui Kentut

Assalamualaikum :) Tadi blog-walking jumpa post ni. Jadi dengan ini korang tak perlu lagi berteka teki bila keluar bersama kawan-kawan kerana dapat mengagak sifat mereka daripada cara kentut yang mereka lepaskan :P 1.   Tidak Jujur       Orang yang kalau kentut terus menunding jari dan menyalahkan orang sekeliling 2.   Penakut       Orang menahan kentutnya kerana takut sampai berjam-jam lamanya 3.   Berwawasan       Mereka yang tahu masa terbaik untuk melepaskan kentut 4.   Bermasalah       Orang cuba nak kentut tapi tak boleh kentut 5.   Cakap Tak Serupa Bikin       Orang yang nak kentut tetapi tercirit pula 6.   Misterius       Bila dia kentut tak siapa yang tau 7.   Gugup / Darah Gemuruh       Orang yang mudah melepaskan kentut apabila disergah 8.   Berkeyakinan Tinggi       Orang yang melepaskan kentut dengan lantang 9.   Suka Makan Angin       Mereka yang melepaskan kentut sambil berjalan di khalayak ramai 10. Kurang Aja

Mengadu kat Blog jelah

Assalamualaikum guys Ekceli aku tak tau lagi nak mengadu kat siapa. Kat blog jelah eh? Harap siapa yang baca luahan hati aku ni faham perasaan aku macam mana. Semua orang tau nak marah marah aku je. Bila aku cerita perkara sebenar, dia orang mengejek aku. Nak ngadu kat kawan pun, dia orang takkan faham punya. Layan aku nak tak nak je. Sakit hati aku hanya Allah swt je yang tau. Sabar jelah Nad... Tahun 2014. Tahun yang paling teruk yang pernah aku rasa sebab... Sebab aku banyak kali kena buli kat sekolah. Dia orang suruh aku buat apa? Buatkan kerja dia orang. Depan mak ayah baik macam malaikat. Dengan orang lain, jahat nauzubillah. Seriusly tahun ni, banyak kali aku nangis tak tau sebab apa. Mungkin hati aku ni terlalu sakit. Dia orang tak sedar yang dia orang dah banyak kali sakitkan hati aku. Aku harap tahun depan tahun yang lebih baik dari tahun ni. Aku tak nak lagi kena buli macam dulu. Kena hina, kena kutuk macam macam sampai aku nak bunuh diri. Tapi Allah swt tu Maha Agung.

Ira kerja dengan Unifi eh ?

Assalamualaikum guys Hello, morning! Pening pulak kepala aku ni sebab overnight. Tak tidur sampai pagi. Boleh pecah kepala otak ni. Yeke? Ira dah biasalah... No problem lah.  Dulu Ira pegi sekolah tak tidur langsung. Segar bugar mata den ni. Haha terkeluar loghat orang nogori pulak. Sorry Im not orang negeri sembilan tu! Ira orang Johor seratus peratus... Hee Kalau ada orang cakap yang Ira ni kerja kat Unifi tu tak betul. Memang Ira nk kerja part time kat situ tpi tempat kerja sebenar dia jauh! So, dia suruh Ira promote jelah. Dia kata kalau Ira dapatkan pelanggan Unifi untuk dia orang, nanti dia orang akan bagi komisyen. Tak kiralah kita promote guna apa. Facebook ke, Insta, Blog and sebagainya. Kalau dh siap pasang nanti dia akan bagi komisyen. Tapi sebenarnya Ira malaslah lah nak promote2 ni. Yelah kalau muka cantik macam Emma Maembong tu takpelah. Hehe. Sekali promote dah ramai org berebut rebut nak beli. Kalau Ira? Krik krik je kut. Haha. Sedangkan suruh contact pun, takde s

Aku ke Eryna tu?

Assalamualaikum Hello guys. Ira tau korang memang baik kan? Tolong klik  link  ni boleh? Thanks :) Sebelum Ira mula, Ira harap korang tak ambik hati sebab entry kali ni Ira nak bahasakan diri Ira dengan 'aku'. Boleh? Bolehlah... Eh? Hihi. First of all, aku nak terus terang yang novel Diari Cinta Eryna tu banyak pasal aku sendiri. Maksud aku, ada pengalaman aku sendiri dan banyak imaginasi je. Aku kan suka berangan. Dulu aku pernah tulis diari. Banyak gila pasal crush! Kalau nak ikutkan banyak diari aku wei. Tapi banyak yang dah buang sebabnya aku tak nak ingat dia orang sampai bila-bila. Bila pindah je buang diari tu dalam tong sampah. Memanglah perempuan ni senang jatuh cinta dan sukar untuk melupakan. Yes dear, itu memang tepat sekali. And one more thing yang korang perlu tahu tentang diri aku,aku bukan PLAYGIRL! Kalau lelaki tu takpelah, kita dah biasa dengar tentang lelaki PLAYBOY ni. Ekceli aku memang tak suka lelaki playboy. Kecuali playboy yang betul-betul sedar ta

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah

Assalamualaikum guys Ira yang kat sebelah konduktor tu. Alah yang pakai kot hitam tu. Firstly kita throwback dulu pertandingan ni. Nak tau tak ni pertandingan apa? Ni pertandingan bicara berirama peringkat daerah seremban 1. Nama sekolah Ira, Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan. Pernah dengar tak? Kalau tak, cari kat google ^^ Ira bangga sangat sebab sekolah Ira jadi johan dalam pertandingan ni. Berkat usaha kita orang dan juga tunjuk ajar dari Cikgu Hidayah, Cikgu Suhaila dan lain-lain, akhirnya smk mantin dapat masuk peringkat negeri dalam pertandingan ni. Tapi peringkat negeri Ira takde gambar. Nasib tak menyebelahi kami, banyak sekolah yang terer kan... Tu yang tak menang. Tapi kita orang memang ada harapan untuk menang. Hehe. So, anugerah yang kita orang dapat time daerah ni adalah : Johan  Bicara Berirama Konduktor Terbaik Skrip Terbaik Alhamdulillah terima kasih Ya Allah :) Peringkat Daerah : 30 April 2014 Pering

Kerana Dia Istimewa Bagiku 31

Bab 31 P ertemuan di antara mereka bagaikan mimpi. Tiba-tiba saja hari ni mereka menjadi tunangan yang sah dan tak lama lagi Fareen bakal menjadi isteri Azrie. Betul ke? Macam tak percaya je! “Wei korang... Aku masuk dalam dulu eh. Tak nak kacau korang dating... Aku lapar ni, datang bau sedap terus meleleh air liur aku ni. Masakan kampung memang sedap!” Ujar Ariff lalu melangkah masuk ke dalam rumah Aqilah. “Kenapa awak diam je? Tak nak cakap apa-apa ke? Hari ni kan kita dah bertunang... Jom saya bawak awak pergi pantai. Dah lama kan tak hirup udara segar macam dulu.” Getus Azrie cuba memegang tangan Fareen . Fareen pantas menepisnya. Fareen masih mendiamkan diri. Tiada satu pun respon positif darinya. Dia hanya membalasnya dengan pandangan sinis. “Jom!” Azrie terus menarik tangan Fareen untuk jalan beriringan dengannya di tepi pantai. Sebenarnya Fareen hendak juga bercakap dengan cinta hatinya. Tapi disebabkan kejadian yang lepas, dia terus jadi orang lain. Kala

Kerana Dia Istimewa Bagiku 30

Bab 30 Reen ad kt umah aq... B alqish tersenyum lebar apabila menerima mesej dari sahabatnya Aqilah.  Dia lega kerana Fareen berada di rumah Aqilah. Senanglah kerjanya nanti. Dia copy mesej dari Aqilah itu lalu paste ke dalam group whatsapp yang ditubuhkan oleh Azrie itu. Btul ke fareen ad kt umah qila? Betullah. Buat ap sye nk tipu. qila yg ckp. Klau mcm tu esok jgk sye bwk semua org gi sne Aq nk ikut bro! Ariff menyampuk sambil menghantar emotion ‘smile’ ke dalam group whatsapp itu. Ikut jelah.... Tkde spe hlg kau. Naik kereta aq jek. Sbb mybe qish naik kereta aq dgn mak ayah fareen. About my mum, she drive her own car with my dad. Bguslah. Lgipun dh lme aq x main air kat pantai port dickson tu. Wuu bestnya! Bnyklah kau punya air! Org nk dtg meminanglah mangkuk... “Assalamualaikum...” Ucap Farah sebaik sahaja sampai di depan pintu rumah anak jirannya, Aqilah. “Waalaikumussalam, Farah. Dah sihat ke? Fareen ada kat dalam bilik. Masuklah dulu...” Bala

Kerana Dia Istimewa Bagiku 29

Bab 29 S elepas membayar tambang teksi, Fareen bergegas ke pantai. Dia sungguh rindu suasana di pantai ini. Setelah berbulan-bulan di KL, barulah dia dapat balik ke sini kerana di sana tiada tempat untuk dia meluahkan segala-galanya. Selalunya di pantai inilah dia menangis, menjerit sekuat hatinya dan macam-macam lagilah. Dia leka bermain air laut seorang diri lalu dia sendiri tidak perasan yang air laut sudah terkena di kain baju kurungnya. Habis basah kuyup. Yeah, dah lama tak main air... “Fareen kan?” Soal Aqilah yang sedari tadi memerhatikan Fareen dari jauh. “Haah. Qila? Rindunya kat kau! Rindu nak borak gila-gila dengan kau. Mana Asyraf, boyfriend kau yang setia hujung nyawa tu?” Usik Fareen. “Aku pun rindu sangat kat kau, Reen. Jom ikut aku balik rumah kejap. Ada something yang aku nak tanya kau ni...” Ujar Aqilah. Aqilah pantas mengangkat beg Fareen lalu mengatur langkah ke rumahnya. Sebenarnya Aqilah tahu yang Fareen lari dari hospital. Baru Balqish memb

Kerana Dia Istimewa Bagiku 28

Bab 28 F areen membuka matanya perlahan-lahan. Dia terdengar kuat alunan yasin yang dibacakan oleh abahnya dan juga Azrie. Azrie? Apa dia buat kat sini? Dia cuba memandang di sekelilingnya. Ada Balqish, ibu, Puan Syazira, Ariff dan siapa pulak lelaki yang kelihatan berumur sedikit ni... Air mata Azrie kelihatan menitis di tapak tangannya. Dia menangis sebab aku? Kenapa dia nangis? Orang lain yang bersama aku tak nangis pun, desis Fareen lalu membuka matanya luas. Mujur takde Aida dan sahabatnya yang sama-sama kejam tu. Rasanya dah lama aku tak sedarkan diri. “Reen? Kau... Dah sedar?” Getus Balqish sambil tersenyum nipis. Semua orang di situ memandang tepat ke arah muka Fareen yang sedang terlantar di atas katil itu. “Ya, aku dah... Sedar. Qish, kenapa semua orang ada kat sini?” “Kami semua ada kat sini sebab nak satukan kamu berdua sayang...” Jawab ibu pendek. Apa maksud ibu kali ni? Nak satukan aku dengan siapa pulak? “Betul tu. Kita orang semua sayangkan kau. T

Kerana Dia Istimewa Bagiku 27

Bab 27 “M acam mana? Ada berita apa-apa tak pasal kawan saya?” Soal Balqish pada Azrie. Dari riak muka Azrie, Balqish dapat meneka yang Azrie ada menyembunyikan sesuatu. “Azrie, cakaplah... Jangan diam je! Fareen tu kawan saya dan bakal kekasih awak jugak.” Bentak Balqish sambil menghentak meja. Ramai orang di restoran mewah di mana tempat dia bekerja itu memandangnya. “Apa tengok-tengok hah? Ada hutang? Kalau takde, mind your own business! Jangan suka menyibuk hal orang.” Getus Balqish geram. “Sabar Qish. Duduk-duduk. Saya memang ada berita terbaru pasal Fareen. Awak jangan risau, dia selamat tapi keadaannya...” “Mana awak tau dia selamat? Awak bagitahu jelah! Tak payah nak elak-elak dari saya. Cuba cerita tu straight to the point?!” Ujar Balqish. “Fareen koma dan sekarang dia dirawat di Hospital Specialist Senawang. Kalau awak nak pergi melawat dia, awak kena contact parent dia dulu. Yelah awak jugak yang cakap dulu Fareen tak sempat nak jenguk mak ayah dia, di

Kerana Dia Istimewa Bagiku 26

Bab 26 S ampai saja di dalam Hospital Specialist Senawang, Azrie terus menuju ke kaunter untuk menanyakan tentang pesakit yang bernama Fareen. “Maaf nurse, kat sini ada tak pesakit yang namanya Fareen Nuralisa? Kalau ada tolong bagitahu saya kat mana bilik pesakit tu.” Ujar Azrie pada jururawat yang bertugas di situ. “Tak silap saya ada. Baru semalam dia masuk. Boleh saya tau encik yang datang ni siapa?” Jawab nurse. “Saya kawan baik dia nak datang melawat. Please nurse, tolong bagitahu saya kat mana bilik dia. Emergency ni!” Getus Azrie. “Okey encik. Encik boleh naik lif bawah ni lepas tu pergi tingkat dua. Haa kat situlah bilik pesakit yang bernama Fareen tu.” “Ohh kalau macam tu, terima kasih banyak ehh nurse.” “Sama-sama...” Puas hati Azrie kerana dapat tahu di mana Fareen berada. Kalaulah dari dulu Emelyn contact dia. Kan senang sikit kerja aku. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh nurse tadi, Azrie terpaku di tepi katil. Dia be

Kerana Dia Istimewa Bagiku 25

Bab 25 D ah tiga hari Fareen terkurung di dalam stor yang berbau busuk dan meloyakan itu. Ya Allah, semoga cepat-cepatlah aku keluar dari sini. Aku dah tak sanggup nak duduk kat sini. Aku dengan tak mandi, tak solat, tak makan dan juga tak minum. Kalaulah aku tak jejak kan kaki aku kat sini. Tentu aku tak diseksa seteruk ni. Sabar Reen, ni semua dugaan. “Best tak duduk kat dalam ni?” Soal Aida. “Nah ni untuk kau. Kesian kau dah tiga hari tak makan ya...” Aida terus menghulurkan sebungkus nasi campur kepada Fareen. Fareen tidak mahu menerimanya kerana di dalam fikirannya hanya mahu cari jalan untuk keluar dari sini saja. Hilang selera makannya. “Kau tak nak wei? Nak aku bagi tikus makan nasi kau ni? Kalau kau buat hal lagi, tengoklah nasib kau macam mana nanti. Kan Emelyn?” Ujar Aida sambil menyuapkan nasi campur itu ke dalam mulut Fareen. Fareen membuka mulut juga walapun terpaksa. “Babe, kau nak tau tak... Sekarang ni Azrie dah get back dengan Aida. Tak lama lagi