Bab
16
Datin Arissa
leka menyolek wajah anak perempuannya yang bakal bertunang hari ni. Dah besar
anak aku ni, desisnya.
“Tak sangka anak mama ni dah besar
panjang. Cantik je mama tengok Alya.” Puji mama. Manalah Shahrul ni. Dia dah
janji dengan aku nak batalkan pertunangan ni. Sungguh aku tak rela nak teruskan
pertunangan ni kerana aku cintakan dia.
“Kenapa mama buat Alya macam ni...”
Rintihku di dalam hati.
“Kejap lagi saudara-mara abang Afiq kamu
sampai dari Kedah. Nanti bila dah sampai, mak saudara abang Afiq akan menyarungkan
cincin ke jari manis Alya. Suka tak?” Ujar mama sambil tersengih.
Ohh maknanya abang Afiq ada saudara-mara
jugak. Isy bencilah macam ni! Aku tak nak bertunang...
Aku hanya membalasnya dengan senyuman
palsu. Fake smile! Aku terkejut
kerana Aina tiba-tiba masuk ke dalam bilikku. Dah kenapa kawan aku sorang ni?
“Aunty,
saya nak cakap sekejap dengan Alya boleh? Penting ni.” Getus Aina. Cantiklah
Aina! Ni mesti dia nak cakap yang Shahrul datang lepas tu batalkan pertunangan
ni. Yes!
“Boleh je... Aunty keluar dulu tau.” Ujar mama.
Aina hanya menganggukkan kepalanya lalu
menggenggam tanganku. “Kenapa Aina?” Tanyaku bimbang.
“Hope
kau tak sedih bila dengar berita ni.” Getusnya.
“Berita? Kau jangan cakap yang Shahrul
tak jadi batalkan pertunangan ni...” Tekaku.
“Sorry
Alya. Dia memang tak datang dan takkan batalkan pertunangan ni. Aku pun
terkejut bila dia cakap macam tu. Mungkin dia tak berani nak datang kut.” Ujar
Aina membuatkanku kaku. Aku terus menangis. Sampai hati dia buat aku macam ni.
Kalau dia tak batalkan pertunangan aku maknanya, sampai bila-bilalah aku tak
maafkan dia...
Saudara-mara abang Afiq pun sampai dan masuk
ke dalam bilikku. Aku masih menundukkan kepalaku dan air mataku sedari tadi
tidak berhenti mengalir.
“Tengok Timah, tak sangka kan anak Datin
akan jadi sebahagian dari keluarga kita. Kalaulah sekarang ni Fauziah ada dan
tengok bakal menantu dia. Cantik macam bidadari syurga saya tengok dia. Untung
Afiq.” Ujar mak saudara abang Afiq lalu menyarungkan cincin pertunangan ke jari
manisku.
“Nanti bila dah kahwin, jaga Afiq
elok-elok macam mana mama kamu jaga anak saudara kami.” Getus mak saudaranya
sambil tersenyum padaku.
“Ya mak cik...” Jawabku lalu mengucup
tangan kesemua saudara-mara yang bertandang ke biliku ini.
Setelah semuanya selesai, kini aku sah
menjadi tunangan abang Afiq. Aku terus mengunci pintu bilikku lalu menangis
semahu-mahunya. Aku membuka laci meja solekku lalu mencari majalah sekolah
untuk menatap wajah lelaki yang aku cintai.
“Kalaulah Shahrul datang tadi, mesti
semua ni takkan jadi.” Getus hatiku. Perasaan benci, meluat, nak marah semua ada.
Abang Afiq aku tu suka je sebab aku tengok muka dia sentiasa senyum dan ceria
sementara aku? Sabar Alya...
Aku pantas mencapai telefon bimbitku
lalu menghantar sms kepada Shahrul.
Smpai
bila-bila aq xkan maafkan kau Shahrul...
Telefon bimbit Shahrul berbunyi tanda
ada sms masuk. Dia yang sedang leka mencari kerja kosong di laman web pantas
membuka inbox untuk melihat siapa
gerangan yang menghantar mesej itu tadi.
“Maafkan aku Tasha. Aku terpaksa buat
semua ni demi kau.” Getus hatinya. Alya tak tau sepanjang majlis
pertunangannya, Shahrul menangis semahu-mahunya sehingga matanya lebam. Yalah
siapa tak sedih kalau orang yang paling kita cintai, bertunang dengan orang
lain.
Sabar jelah Shahrul. Kau masih ada
peluang untuk merebut hati gadis yang amat kau cintai...
Comments