Skip to main content

Ohhh Stalker #14

Bab 14
Yeay! Akhirnya perjuangan aku selama 4 tahun ni berhasil jugak. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Tahun ni umur aku 18. Nanti lepas ni bolehlah aku sambung belajar kat universiti macam abang Afiq! Tapi aku rasa niat aku nak sambung belajar tu nanti jelah. Sebab aku fikir aku nak kerja sambilan dulu. Kalau boleh aku nak kumpul duit sendiri untuk tanggung kos pembelajaran aku.

Aku malas nak susahkan papa dengan mama aku lagi. Pasal hadiah yang aku nak beli dulu, aku dah beli dah. Hadiah tu khas untuk si dia. Walaupun hubungan aku dengan Shahrul tak baik, aku tetap nak berbaik dengan dia. Tapi bukan kekasih, aku nak berkawan dulu dengan dia.

“Wei Alya, berapa kau dapat?” Tegur Aina di depan pejabat.

“Aku dapat biasa jek. Kau cakaplah dulu, kau dapat berapa?” Ujarku.

“Aku pun dapat biasa je. 6A jek. Kau? Tapi aku besyukur sangat-sangat sebab berkat kita belajar selama ni ada hasil jugak.”

“Aku, Err...”

“Lambatlah kau. Bak sini tengok.” Aina ni ikut suka hati dia je rampas aku punya result. Isy!

“Wah terernya kau Alya... Tahniah! Tak sangka kau dapat 10 As. Tadi aku tanya Shahrul. Kau nak tau dia dapat berapa? Dia dapat 8A. Jeles aku tau sebab semua dapat lagi tinggi diri aku.” Ujar Aina sebak.

“Kau pun tahniah jugak sebab dapat 6A. Bukan senang nak dapat banyak A tau. Kau janganlah jeles, belum tentu orang dapat banyak A tu dapat kerja yang baik-baik. Kau tau-tau jelah sekarang kerja semua nak pengalaman, pengalaman dan pengalaman. Muak aku dengar.” Getusku cuba memujuk sahabatku yang kelihatan sedih.

“Apa kata kita pergi Secret Recipe nak? Kita kan dah freedom sekarang ni.” Ujar Aina membuatkanku teruja. Sebenarnya Aina ada agendanya tersendiri. Baru saja tadi dia berkomplot dengan Shahrul yang dia mahu satukan mereka berdua.

“Boleh jugak. Tapi aku nak balik rumah dulu, nak tunjuk result spm aku ni kat mama.”
“Okey, baliklah dulu. Nanti apa-apa hal aku contact kau.”

Sampai saja di rumah, aku terdengar perbualan family aku dari luar. Apa yang papa dengan mama tengah bincangkan tu? Abang Afiq pun ada. Macam ada hal mustahak aje.

Aku terus mendekatkan diriku di tepi pintu untuk mendengar lebih jelas lagi perbualan mereka bertiga.

“Fiq, sebelum tu mama nak mintak maaf. Sebenarnya Fiq bukan anak kandung mama. Dulu rumah ni ada pembantu rumah dan dia terpaksa berjauhan dengan suami disebabkan masalah kewangan. Sebab tulah mama suruh dia kerja kat rumah ni sebagai pembantu. Fiq jangan fikir bukan-bukan pulak pasal ibu kandung Fiq.” Terang mama panjang lebar.

Aku masih memasang telinga. Betul ke apa yang aku dengar ni? Abang Afiq bukan anak kandung papa dengan mama? Habis tu selama ni...

“Fiq faham mama. Patutlah dari dulu Fiq rasa semacam je. Habis kat mana ibu kandung Fiq sekarang?” Getus abang Afiq serius. Sebelum ni aku tak pernah nampak lagi dia serius.

Kini giliran papa pula yang bersuara, “Ibu dan bapa kandung Fiq dah tak ada. Mereka terlibat dalam satu kemalangan. Masa tu Fiq masih bayi dan tinggal dengan kami. Sebab tulah mama terlalu sayangkan Fiq sampai sekarang. Kalau boleh mama tak nak lepaskan tanggungjawab dia.” Ujar papa.

Abang Afiq terus terdiam sambil menangis. Papa, mama sekaligus mendakap abang Afiq sambil teresak-esak menangis.

“Mama harap Fiq tak kisah kalau mama jodohkan Fiq dengan Alya. Mama dah boleh nampak keserasian kamu berdua nak.” Tukas mama.

Dush! Berdesing telinga aku bila dengar mama cakap nak jodohkan aku dengan orang yang aku dah anggap abang kandung aku. Mama ni dah kenapa? Aku baru nak rasa simpati dengan abang Afiq dah mama cakap yang bukan-bukan.

“Papa pun sebenarnya dah plan lama nak tunangkan korang berdua. Kalau boleh minggu depan. Sebab Alya hari ni kan dah dapat result.” Sampuk papa.

Tak mungkin semua ni boleh terjadi! Aku cubit pipi aku berulang kali, aku memang tak bermimpi. Ni semua realiti. Aku pantas masuk ke dalam rumah. Terkejut beruk semua orang di dalam rumah ni memandangku.

“Alya tak setuju! Takkanlah Alya nak kahwin dengan abang Afiq? Orang yang Alya dah anggap abang kandung Alya sendiri...” Bentakku. Keputusan spmku terus terjatuh di atas lantai. Aku tergamam. Mukaku berubah pucat.

“Sabar Alya. Dengar dulu apa yang mama nak cakap ni. Mama tau, mama tak sepatutnya sembunyikan perkara yang penting ni.” Mama cuba memujukku namun aku terus mengetap bibir tanda protes. Aku cintakan Shahrul sorang je, desisku.

“Alya dah dengar semuanya mama, papa... Alya tau abang Afiq bukan abang kandung Alya tapi Alya tak nak kahwin dengan dia. Alya cintakan orang lain...” Getusku lalu air mataku jatuh di pipi.

“Nak tak nak Alya kena terima jugak abang Afiq.” Tukas papa. Sah semua orang bela abang Afiq. Patutlah dari dulu semua asyik nak salahkan aku jek. Rupanya ni lah agendanya. Nak satukan aku dengan orang yang aku tak pernah suka. Lagi-lagi dia. Aku benci dia!

“Papa, mama... Biarlah Alya kahwin dengan orang dia cintai. Fiq tak kisah pun. Lagipun Alya masih muda lagi.” Getus Afiq.

“Tengok, abang pun bela Alya. Pleaselah papa, mama...” Rayuku.

“Keputusan papa muktamad. Alya tetap akan kahwin dengan abang Afiq.” Ujar papa dengan nada serius. Isy geramnya aku. Aku pandang mama, mama macam akur je dengan keputusan papa. Semua tak kesiankan aku.

Aku kutip balik keputusan spmku yang jatuh di atas lantai lalu aku bergegas naik ke atas. Kejap lagi aku ada temu janji dengan Aina di Secret Recipe. Aku malas nak layan orang kat rumah ni. Semua nak membela abang Afiq je. Sikit-sikit abang Afiq.

Aku terus masuk ke dalam bilik lalu bersolek nipis kemudian aku turun semula ke bawah dan sempat lagi mengucup tangan papa dengan mama. Aku langsung tak pandang abang Afiq sebab aku tau dia bukan abang kandung aku. Selalunya aku salam tangan dia. Kali ni tak salam sebab aku tau dia bukan abang aku dan juga bukan muhrim aku.

Eh aku terlupa sesuatu! Aku naik semula ke atas dan masuk ke bilik untuk mengambil hadiah Shahrul. Mana tau Aina boleh sampaikan hadiah ni kat Shahrul. Sekarang kan dia orang kamcing.

“Tengok, Alya keluar macam tu je. Dia tak bagitahu pun dia nak pergi mana. Fiq rasa dia memang marah kat Fiq. Pandang muka Fiq pun tak nak. Tulah papa, mama... Biar Alya kahwin dengan pilihan dia sendiri.” Getus Afiq.

“Biar je Alya tu. Nanti lambat-laun dia dengar jugak cakap papa. Papa kenal perangai dia. Fiq janganlah risau pasal Alya.”

“Tapi pa...” Afiq terus mendiamkan diri apabila melihat Dato’ Alif mula menyinga. Mama sudah lama masuk ke dalam biliknya.

“Yalah. Dah tu keputusan papa kan.” Tukas Afiq lantas mengatur langkah ke biliknya.

Akhirnya Afiq akur dengan keputusan kedua orang tuanya yang dia harus dijodohkan dengan Alya. Dia sudah mula jatuh cinta dengan Alya sebaik saja dia tau yang Alya bukan adik kandungnya. Tapi, Alya kan cintakan orang lain? Takpe, kita tunggu yang mana pilihan Alya nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I