Bab
3
Hmm banyak
betul homework yang cikgu bagi hari
ni. Betullah kata abang Afiq, masuk aliran sains memang banyak homework sampai tak terbuat aku. Yang
paling aku suka siapkan, homework
mathlah. Senang nak hafal formula dia. Matematik biasa senang sikit, tapi kalau
Add Math, boleh pengsan aku. Tanya abang Afiq pun, dia tak faham.
Abang Afiq aku tu harap je terer Add
Math. Tapi bila aku tanya dia, ada je alasan dia. Katanya tak sama dengan
pelajaran dia dulu. Bila tanya mama, mama suruh aku tanya papa. Hari tu aku
saja bawak homework aku pergi ofis
papa. Aku harap sangatlah papa boleh tolong, last minute setiusaha dia je yang
muncul lepas tu marah-marah aku.
“Adik Alya, pergilah tanya cikgu. Apa
berat sangat ke mulut adik nak tanya cikgu? Soalan senang macam ni pun nak
tanya papa. Tak pun bincang dengan kawan-kawan ke. Akak memang tak boleh tolong
sebab papa adik busy sangat minggu ni. Banyak sangat appoiment.” Ujar setiusaha
papa.
Mengada betul setiusaha papa tu. Sampai
sekarang aku tak hingin nak bawak homework
aku kat ofis papa lagi. Cukuplah buat study group dengan Aina atau tanya cikgu.
Aku mengeluarkan Samsung S5ku lalu
menghantar whatsappp kepada Aina. Aku ingat petang ni, aku nak buat study group
dengan dia kat tempat biasa.
Wei,
jom stdy grup kt tmpt biase...
Aku pantas mencapai t-shirt lengan
panjang dan juga jeans. Aku menilik wajahku di cermin. Cantik jugak aku ni.
Puji diri sendiri. Apa salahnya, sekali-sekala nak puji diri aku sendiri. Siapa
lagi nak puji aku kan?
“Alya, kau nak pergi mana? Tak pakai
tudung eh...” Usik abang Afiq sambil mencuit bahuku. “Isy abang ni. Buat
terkejut Alya je tau. Mestilah pakai. Kita kena tutup aurat. Alya pakai bukan
sebab mama tapi sebab takutkan Allah swt...” Jawabku selamba. Amik kau! Kena
ceramah percuma dari Ustazah Alya.
Aku selalu pergi mana-mana pakai motor
aje. Aku ni nampak aje brutal tapi sukakan warna pink! Sampai motor aku pun
colour pink. Hari tu aku bawak Aina jalan-jalan, dia gelakkan aku sebab motor
ni.
Alamak! Masa nilah motor aku nak buat
hal. Port belajar aku jauh lagi ni. Aina mesti dah sampai kat sana. Aduh macam
mana ni? Hujan turun lebatlah pulak, desisku sendirian.
Kebetulan Shahrul lalu di situ.
Alhamdulillah nasib baik ada dia. Kalau tak, aku terkandas kat sini
sorang-sorang.
“Motor rosak ke?” Soalnya lantas menarik
lenganku untuk berteduh di pondok bas. Sesuka hati dia aje nak tarik tangan
aku. Nasib berlapik...
“Haah motor aku rosak. Tiba-tiba pulak
hari ni dia buat hal. Minyak habis kut. Aku lupa nak isi minyak tadi.” Ujarku
sambil bibirku menggeletar. Pada waktu itu aku menggigil kesejukan.
Shahrul yang sedari tadi mendiamkan diri
pantas membuka jaketnya lalu menyarungkan ke badanku yang menggigil tadi.
“Thanks...” Ucapku perlahan. Aku terkesima
dengan perbuatan dia.
“Sama-sama. Saya tau awak sejuk.
Kebetulan saya bawak nasi goreng ni. Baru beli kat warung tadi. Kalau awak nak,
ambiklah.” Getus Shahrul lalu memegang tanganku untuk meletakkan nasi goreng
itu di atas tanganku. Sungguh aku tak percaya yang ni dia. Ada jugak lelaki
sebaik dia ni.
“Sebenarnya awak nak pergi mana? Saya
boleh tolong hantarkan. Lepas hujan reda nanti. Pasal motor awak tu nanti saya
mintak tolong kawan saya.”
“Hmm aku sebenarnya nak buat study group
dengan Aina. Ni motor aku buat hal. Tak jadilah. Hujan pulak tu. Takpelah
Shahrul. Menyusahkan kau jek.” Aku mengeluarkan telefon bimbitku kerana
berdering tanda sms masuk.
X
jdi lh wei, hujan lbt kt luar... Esoklah klau x hujan.
Aku lega kerana Aina tak jadi pergi.
“Menyusahkan saya? Haha tak menyusahkan
pun. Jomlah saya hantar awak balik. Kalau nak pergi tempat belajar awak tu jauh
lagi kan.”
“Eh takpe. Aku boleh balik sendiri.”
Aku berfikir sejenak. Baik aku suruh dia
belikan minyak kat Petronas depan tu... So, takdelah aku nak naik motor dengan
dia. Bukan muhrim!
“Wei Shahrul, ambiklah duit aku ni dulu.
Tolong belikan aku minyak RM 5 boleh?” Ujarku lantas menghulurkan sekeping not
lima ringgit kepadanya.
“Nope. Tak payahlah. Awak simpan je dulu
duit awak tu. Awak janji tau jangan pergi mana-mana. Stay kat sini je. Lagipun
Petronas tu bukan jauh sangat.” Bidasnya.
Aku mengangguk tanda faham. Shahrul
bingkas menghidupkan enjin motosikalnya lalu menunggang pantas ke Petronas
untuk membeli minyak.
Belum sempat aku duduk, tiba-tiba motor
Suzuki Shahrul terpampang di depan mataku. “Ai sekejapnya dia beli? Macam
superherolah pulak dia ni... Aku rasa tak sampai lima minit dah sampai.”
Desisku perlahan.
Selepas menuang minyak ke dalam enjin
motorku, Shahrul beberapa kali menghidupkan enjin motorku sehingga motorku
berjaya dihidupkan. Aku berterima kasih pada lelaki ini kerana sanggup
membantuku tatkala aku sedang susah.
“See
you next time...” Laungku sambil melambaikan tanganku kepadanya. Dia hanya
membalasnya dengan senyuman nipis.
Sampai saja di rumah, Shahrul terus
menghenyakkan tubuhnya di atas katil. “Aku rasa dialah perempuan yang aku cari
selama ni. Yang selalu teman aku berchating. Sebab tulah masa kali pertama aku
jumpa dia, aku boleh kenal dia walaupun dia letak gambar kartun anime jepun.”
Desis Shahrul lalu membayangkan wajah Alya.
“Adik...” Panggil Kak Shahira sambil
mengetuk pintu bilik adik lelakinya.
“Ya kak... Anything?” Soal Shahrul.
“Best tak masuk sekolah baru? Macam
mana... Jumpa tak ‘awek’ yang adik cari selama ni? Kata adik, adik selalu stalk
blog lama dialah. Lepas tu selalu chatinglah kat facebook. Cuba cerita sikit
kat akak? Macam mana ciri-ciri dia, wajah dia...” Ujar Kak Shahira lembut lalu
mengambil tempat di birai katil.
“Best sangat kak. Rul dapat jumpa dia
depan-depan. Rasa bahagia sangat. Arul rasa dia tak tau tu yang selama ni
Arullah teman dia chat kat facebook dulu. Maklumlah jauh kan. Dulu kan kita
tinggal kat KL. Dah dapat transfer kat sini... Apa lagi, cari dia terus! Kalau
akak nak tau ciri-ciri dia buat masa ni, Arul tak boleh cerita sebab Arul tak
tau lagi ciri-ciri dia macam mana.” Terang Shahrul sambil tersengih.
“Untunglah adik akak sorang ni kan...
Dah jumpa princess dia memanglah. Tapi bercinta, bercinta jugak... Belajar
jangan lalai. Ingat bawak dia jumpa family kita satu hari nanti.” Getus Kak
Shahira lantas melangkah ke biliknya.
Insya-Allah satu hari nanti, dia akan
jadi milik aku, desis Shahrul sendirian lalu terlelap.
Comments