Bab
12
Aku sedari
tadi mendiamkan diri kerana malu nak berhadapan dengan Shahrul. Walaupun aku
bersama Aina, tetap malu jugak. Yalah Aina saksi perbualan aku dan juga lelaki
itu. Sebenarnya aku rasa sunyi jugak tanpa dia. Aku dah jatuh cinta ke kat dia?
Hmm entahlah...
“Alya... Alya!” Teriak Aina memanggilku.
“Kau mengelamun apa? Esok kita ada temu janji Add Math dengan Sains! Shahrul
dengan Faiz dari tadi tunggu kau ajar kita orang add math. Kau nak belajar ke
tak ni...” Omel Aina.
Aku ketawa sinis lalu mengambil buku
latihan Add Mathku dan juga buku rujukan Sains yang kubeli hari tu. Lantas aku
menunjukkan satu persatu jalan kerja dari buku latihanku pada dia orang. “Wei
Alya, aku tak fahamlah apa yang kau ajar ni. Cuba slow sikit...” Getus Faiz.
“Aku slowlah
ni. Senang aku ajar sorang-soranglah dulu. Mula-mula aku ajar Aina lepas tu
kau, lepas tu...”
Aku terkejut melihat kemesraan Aina dan
juga Shahrul. Rapatnya dia orang sedangkan aku asyik nak mengelak dari dia je.
Macam pasangan kekasih pun ada jugak.
“Woi Alya, kau nak ajar aku ke tak ni?
Dari tadi asyik duk pandang Shahrul dengan Aina je... Ohh aku tau, kau cemburu
eh... Mengaku jelah yang kau tu cemburu.” Desis Faiz.
Merah padam muka aku apabila Faiz
menuduh aku sebegitu. Ada ke dia cakap aku cemburu? Eh tolong sikit. Takkanlah
aku nak cemburu dengan kawan baik aku sendiri..
.
“Cepatlah Alya! Dahlah aku nak baliklah
macam ni. Buang masa aku je datang sini.” Rungut Faiz lalu mengajak Shahrul
untuk balik ke rumah.
Tiba-tiba air mataku menitis. Aku ni
bukan senang nak menangis depan orang. Aku pantas mencapai sapu tanganku untuk
mengelap air mataku.
“Kau tengok, Alya dah nangis. Kau punya
pasallah ni. Pergilah balik... Belajar Add Math sorang-sorang.” Getus Aina lalu
memujukku.
“Aku tak nangislah. Memandai je kau ni
Aina.”
Aku tengok Shahrul buat bodoh je lantas
dia bersuara, “Dia nak ambik perhatianlah tu sebab takde orang layan dia. Sebab
tu dia nangis. Faiz, jomlah balik.”
“Tau takpe kau. Mengada je lebih. Taulah
anak orang kaya!”
Sampai hati Shahrul cakap aku nak ambik
perhatian? Aku nangis sebab Faiz tinggikan suara kat aku bukan sebab nak ambik
perhatian. Tapi betul ke Shahrul dah benci aku... Sungguh aku tak nak semua ni
jadi sebab sekarang aku cintakan dia. Terbalik pulak ek. Mula-mula dia cintakan
aku lepas tu dia bencikan aku.
Cinta vs benci. Agaknya dia nak cuba
benci aku kut. Dahlah aku malas nak buat ramalan sendiri. Baik aku hantar Aina
balik dulu.
Setelah menghantar Aina, aku sempat
singgah si Petronas untuk mengisi minyak. Maklumlah aku ni kedekut sikit nak isi
minyak walaupun ni motor aku sendiri. Hehe...
“Kau dah gila ke senyum sorang-sorang?”
Tegur Tina.
“Eh Tina. Lama tak jumpa kau. Kau
sekolah kat mana sekarang?”
“Kau tak payah sibuklah Alya. Wei
ambiklah nasi goreng ni. Aku nak balik cepat ni...” Tukas Tina lantas masuk ke
dalam kereta siapa entah. Malas nak ambik tau. Yang aku nampak, ada sorang
lelaki yang memandu.
Ketika di rumah, aku terus meletakkan
nasi goreng yang diberikan oleh Tina tadi di atas meja. Kenapa tiba-tiba Tina
bagi aku nasi goreng ni sedangkan dia benci sangat kat aku? Akulah musuh
utamanya. Aku rasa macam tulah. Entah-entah dia ada niat jahat tak? Tapi aku
tengok tadi dia macam kelam-kabut nak balik sebab tu dia bagi.
Alah makan jelah. Lagipun perut aku dah
berkoroncong hebat dah ni! Nak tunggu mama balik, lambat. Baik aku makan...
Tanpa berfikir panjang aku terus membuka
nasi goreng itu dan makan dengan lahap. Kalau abang Afiq nampak ni mesti dia
ejek aku budak pelahap!
Comments