Bab
9
Sejak Tina
keluar dari sekolah ni, aku puas. Bukan apa, aku cuma lega sebab takde orang
lagi yang nak mengutuk aku. Aku nak fokus dalam kelas pun senang. Shahrul pun
tak ganggu aku lagi sejak aku tak bagi dia jumpa aku walaupun sekejap. Sekarang
ni aku bahagia dengan hidup aku.
“Wei petang ni aku ingat, aku nak ajak
kau beli buku rujukan. Lagipun bulan depan kita nak trial spm kan.” Ujarku pada
Aina.
“Boleh jugak. Tapi tengoklah ayah aku
bagi ke tak. Kau tu takpelah anak orang kaya...” Balas Aina.
“Alah kau ni... Senang lepas habis waktu
sekolah ni, kita pergi nak? Nanti aku bawak kau pergi MPH yang dekat-dekat
dengan supermarket tu. Bukan jauh pun...” Nak pujuk Aina ikut aku punyalah
susah. Bila aku ajak dia, ada je alasan dia. Err...
“Yalah tapi janji sekejap je tau.” Desis
Aina.
“Yalah mak cik!”
Tamat je waktu sekolah, aku terus
menghidupkan enjin motorku lalu membonceng Aina. Kita orang cuma nak pergi MPH
jek. Sambil-sambil tu boleh survey
novel. Hehe...
Sampai di MPH, aku memakirkan
motosikalku di depan Tutti Frutti. Korang jangan salah anggap pulak, aku bukan
nak makan Tutti Frutti. Aku saja nak parking motor aku kat situ sebab MPH kat
atas. Kiranya kedai kat sini dua tingkatlah. Terpaksa naik lif!
Aina dah lama hilang kat tempat novel
sementara aku tengah sibuk cari buku rujukan. Si Aina ni memang tau. Tadi cakap
dengan aku nak teman sekejap je. Alih-alih dia pulak yang menghilang dulu. Lama
pulak tu. Buku rujukan ni pun satu. Hari tu ada kat rak ni.
Biarlah aku cari lama-lama sikit. Nak
kenakan Aina...
Sedang aku cari buku rujukan, aku dapat
rasakan yang ada seseorang sedang memerhatikanku. Siapa ek? Ni yang aku tak
suka ni. Aku bingkas berjalan ke rak komik pula. Rak novel jauh lagi. Nasib
baik buku yang aku nak beli tu ada.
“Tasha kan?” Tegur seseorang. Sejak bila
pulak ada orang panggil aku dengan nama Tasha ni. Setahun aku, Shahrul sorang
je yang panggil aku Tasha.
Aku terus mendongakkan kepalaku. Aku
terkejut kerana orang yang sedang berdiri di depanku sekarang ialah Shahrul.
“Kau buat apa kat sini? Kau ikut aku
eh?” Ujarku selamba.
“Taklah mana ada. Kebetulan saya nampak
awak kat sini... Tadi saya lepak kat Tutti Frutti dengan Faiz, ternampak pulak
awak dengan Aina. Sebab tu saya tegur awak. Saya bukan apa, saya cuma nak ajak
awak datang rumah saya je. Ada kenduri tahlil arwah ibu saya.” Getus Shahrul
jujur.
Alamak, malunya aku! Aku ingat dia ikut
aku. Buat malu jek. Ohh baru aku tau yang Shahrul ni anak yatim. Sepanjang aku
chat dengan dia dulu, dia tak pernah cakap pun yang dia anak yatim. Maafkan aku
Shahrul, desisku di dalam hati.
“Selama ni aku ingat kau berpura-pura.
Rupa-rupanya kau ni betul-betul baik. Maafkan aku wei...” Getusku perlahan.
“Kat sini rupanya kau Alya. Aku dah
bayar dah pun novel yang aku nak beli tadi. Eh Shahrul, awak pun ada kat
sini...” Sampuk Aina.
“Saya saja datang sebab nak jemput
korang berdua datang rumah saya. Boleh kan Aina, Tasha?” Ujarnya.
“Datang rumah awak buat apa? Soal Aina
sambil mengerutkan wajahnya.
“Ada kenduri tahlil arwah ibu saya esok.
Esok kan hari Jumaat... Nanti lepas isyak, datanglah. Ayah saya memang suruh
saya jemput kawan-kawan sekolah. Tadi saya lepak dengan Faiz pun sebab nak
bagitahu dia pasal kenduri ni.”
“Okey awak! Nanti kita orang datang.
Bye...” Getus Aina lantas menarik lenganku untuk ke kaunter pembayaran. Mesti
Aina pelik tengok aku tak bayar-bayar lagi buku rujukan ni.
“Kau ni dah kenapa Alya? Dah jadi patung
cendana dah? Cepatlah bayar buku rujukan tu. Aku nak balik cepat ni... Nak
tolong mak aku masak.”
Aku tersentak sekaligus mematikan
lamunanku. Kenapalah setiap kali Shahrul muncul di depanku, mesti jantung aku
berdegup dengan kencang. Padahal aku dah nekad tak nak suka dia lagi disebabkan
kejadian hari tu.
“Bayar jelah... Kau tunggu apa lagi.”
Tukas Aina geram. Geram dengan sahabatnya yang sedari tadi mengelamun.
Selepas menghantar Aina ke rumahnya, aku
terus balik. Balik je abang Afiq aku bising sebab aku balik lambat. Sepatutnya
mama yang bising. Sibuk betullah abang ni!
“Kenapa balik lambat? Aku report kat papa baru tahu. Hari ni papa
balik dulu dari kau tau. Habislah kau Alya...” Desis abang Afiq sambil
mengejek.
“Eh kejap, selalunya papa out station
kan? Hari ni tak pergi pulak?” Takut jugak aku kalau papa ada kat rumah. Kalau
papa mengamuk, habis satu rumah ni dia marah.
“Hari ni papa balik awal sebab mungkin
penat kut. Kau pergilah naik. Nanti kang papa turun tengok kau balik lambat,
baru padan muka!” Getus abang Afq.
Tanpa menghiraukan abangku yang sewel
ni, aku terus naik ke atas. Nasib bilik aku ni yang paling hujung. Kalau tak,
nak belajar pun susah sebab abang aku ni suka bukak radio kuat-kuat dalam bilik
dia!
“Alya, mama suruh kau turun makan. Dari
tadi asyik duk berkurung dalam bilik je apehal...” Ujar abang Afiq dari luar
bilikku.
Baru aku sedar yang aku ni tak mandi
lagi sejak aku balik dari MPH tadi. Aku sempat mengerling ke arah jam dinding.
Aduh aku terlepas maghrib lagi...
Aku bingkas masuk ke bilik air untuk
membersihkan diriku yang berbau ni. Sebelum tu aku masih lagi berfikir nak
pergi kenduri tahlil tu atau pun tak. Kena mintak kebenaran papa dengan mama
dulu. Alah nanti turun makan, aku cakaplah. Bukannya Shahrul buat kenduri tu
hari ni. Apalah kau Alya...
Comments