Skip to main content

Ohhh Stalker #7

Bab 7
“Thanks kak... Cuma akak je yang faham Arul. Semalam akak dah janji dengan Arul kan yang akak nak jumpa Tina pasal hubungan Rul dengan dia. Kalau boleh Rul nak akak terapi sikit perempuan tu. Biar dia sedar...” Getus Shahrul pada kak Shahira.

“Ya dik. Nanti waktu lunch akak jumpa dia. Terapi? Mana Rul dapat perkataan tu... Selalunya akak selalu bahasakan ‘basuh’ je supaya nak bagi pengajaran kat orang tu. Ni sampai terapi, apa ke jadahnya. Hahaha.” Jawab kak Shahira sambil menyediakan sarapan.

“Adalah rahsia. Kak...Kan best kalau ibu masih ada. Rul rindu sangat kat ibu, masakan ibu... Senang cerita, Rul rindu semuanya.” Ujar Shahrul.

“Sabar jelah Rul. Akak faham perasaan Rul. Akak pun rindu sangat kat ibu. Dan akak tak sedar dah empat tahun ibu tinggalkan kita.” Jawab kak Shahira.

“Sudah-sudahlah latu. Baik korang bersiap cepat. Ayah fikir, bila ayah beli rumah baru ni korang takkan sedih lagi. Ayah nak anak-anak ayah semua happy. Dah jangan sedih-sedih. Minggu depan ayah nak buat kenduri dan tahlil arwah.” Sampuk Encik Samad lalu menjamah roti potong yang disediakan oleh kak Shahira.

“Betul ke ni ayah? Alhamdulillah ingat jugak ayah kat ibu eh...” Ujar kak Shahira riang.
“Eh apa pulak tak ingat? Mestilah ingat. Ayah akan sentiasa ingat orang yang ayah cintai. Sampai bila-bila pun ayah takkan pasang lagi satu.” Getus Encik Samad.

“Ehem...” Tersedak Shahrul apabila mendengar luahan hati ayahnya itu. Sentiasa ingat orang yang dicintai. Kalaulah dia tak bergaduh dengan Alya semalam.

“Okeylah ayah, kak... Rul pergi sekolah dulu nanti takut lambat pulak.” Getus Shahrul lalu mengucup tangan ayah dan juga kakak kesayangannya.

Setelah tiba di sekolah, Shahrul pantas memakirkan motosikalnya di parkir. Dia terdengar Faiz dan yang lain sibuk bergosip. Apa yang dia orang tengah gosipkan tu, getus perlahan.

“Tak malu punya orang. Dah ada Tina nak yang lain pulak. Tak cukup ke dah ada yang lawa, anak model lagi. Pengawas yang skema jugak yang dia nak. Kalau akulah jadi dia, aku mesti pilih Tina.” Sindir Faiz sambil memandang sinis pada Shahrul.

Kebetulan Alya dan juga sahabatnya Aina lalu di tempat itu. Niat mereka mahu menyuruh yang lain beratur di perhimpunan tapi... Benda lain pulak yang jadi. Habislah Alya...

“Korang nak tau tak, orang tu nampak macam baik sangat. Jawatan dia tinggi tau kat sekolah ni tapi malangnya rampas boyfriend orang. Sedihnya kalau aku jadi macam dia.” Getus salah seorang geng Tina di sekolah ini. Baru je pindah dah ada geng meletop.

Panas je telinga aku ni dengar. Ni mesti sebab status semalam. Isy malunya aku. Apa nak buat ni? Ada Shahrul lagi kat sana. Kenapa Shahrul diam? Kenapa dia tak bakup aku... Hmm
“Sabar jelah Alya. Kau kena kuat.” Bisik Aina di telingaku.

“Macam mana aku nak sabar, kalau dari tadi semua orang kat sini pandang sinis kat aku? Aku rasa macam nak tutup dengan kotak je muka aku ni.” Desisku.

“Dahlah korang. Pergi beratur sekarang sebelum saya ambik tindakan. Kalau setakat buat status yang nak cari publisiti murahan baik kau pergi sekolah mak salleh sana. Senang nak jadi Hot.” Ujar Aina. Kali ni giliran Aina pula menyebelahiku.

Sememangnya Shahrul buntu. Apa yang sebenarnya yang terjadi ni? Status apa? Maklumlah semalam lepas borak dengan kak Shahira, dia terus tidur. Nampak macam dia orang semua ni kutuk Tasha. Rehat nanti aku nak jumpa Aina. Nak tanya dia kenapa dia orang semua ni mengata Tasha, getus hatinya lalu mengatur langkah ke dataran kejat.

Di dalam kelas, aku tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Fikiranku sedari tadi asyik memikirkan tentang status Tina itu.

Bukan setakat status tu saja, kawan-kawan aku yang lain termasuklah Faiz sendiri mengutuk aku. Ya Allah, apalah dugaan yang kau bagi kat aku ni... Air mataku mula menitis. Aku dah tak tahan dengan semua ni. Lainlah kalau masalah kecik je bolehlah aku stay kuat. Ni melibatkan maruah aku.

“Dahlah Alya. Janganlah nangis. Nanti orang perasan yang kau menangis. Nah ambiklah tisu ni, lap air mata kau. Nanti kalau kau nangis macam ni, aku takde mood nak belajar.”

“Thanks Aina. Kau sorang je yang faham aku. Kau fokuslah dulu apa yang cikgu ajar tu. Nanti balik aku pinjam nota kau. Sumpah, sekarang ni aku tak boleh nak fokus.” Ujarku sambil mengesat air mataku.

Aina mengeluh perlahan. Nak tak nak, dia harus cari jalan membersihkan nama Alya.

Loceng berbunyi tanda semua pelajar akan berehat. Aku bingkas ke surau untuk menenangkan diriku. Nasib baik Aina tak perasan yang aku cepat-cepat keluar tadi. Aku hanya mampu untuk beristighfar. Astagfirullahalazim... Macam ni agaknya rasa orang kena fitnah.

“Alya, Alya...” Laung Aina. Mana dia pergi ni? Selalunya dia tunggu aku. Ni tak, kat kantin pun tak ada, desis Aina.

“Aina...” Tegur Shahrul dari belakang. “Haa, kebetulan awak muncul kat sini... Ikut saya kejap. Ada benda yang saya nak bincang dengan awak.” Ujar Aina lalu mengajak Shahrul mengikutnya ke pondok bacaan.

“Sebenarnya macam ni ceritanya... Semua orang kat sekolah ni tuduh Alya rampas awak dari Tina disebabkan status murahan Tina semalam kat facebook. Kalau awak tak percaya nanti balik rumah bukaklah facebook. Berapa ramai yang yang komen kat status Tina tu. Geram saya tau! Sebab tu saya nak mintak tolong awak bersihkan nama Alya.” Terang Aina panjang lebar sambil mengetap bibirnya.

“Ohh macam tu rupanya. Awak jangan risau, saya janji saya akan tolong awak bersihkan nama Tasha walaupun Tasha tak nak jumpa saya sekalipun.” Getus Shahrul tenang.

“Hmm awak kan famous kat sekolah ni walaupun budak baru? Apa kata saya cadangkan awak buat sidang akhbar yang Alya tak bersalah. Maksud saya bukanlah sidang akhbar yang macam artis tu, kita buat simple je... Nanti saya suruhlah ketua pengawas semua tolong awak. Lepas tu kita buat pengumuman.” Tukas Aina.

“Sidang akhbar? Awak nak suruh ketua pengawas tolong kita... Okey kalau itu cara yang terbaik untuk bersihkan nama Tasha, saya setuju. Tapi ingat, saya tak nak Tasha sedih lagi.”

“Siapa Tasha? Nama kawan baik saya a.k.a bakal makwe awak tu kan Alya.” Soal Aina. Dah keluar dah perangai lurus bendul dia. Nama penuh kawan baik sendiri pun tak ingat.

“Awak ni nama penuh kawan baik sendiri pun tak ingat. Nama penuh Alya kan, Alya Natasha. Saya saja panggil Tasha sebab senang nanti saya sorang je yang panggil dia Tasha.”

“Wah sweetnya. Okeylah saya masuk kelas dulu. Waktu rehat dah habis ni.”

Masing-masing masuk kelas kerana waktu rehat sudah pun habis. Aku masih berkurung di dalam surau kerana perutku sakit. Aku tak tahu kenapa perut aku sakit sangat dari tadi. Mungkin sebab aku tak makan agaknya. Kalau mama tahu, mesti mama marah kat aku sebab tak makan. Aku malu nak pergi kantin sebab nanti dia orang ejek aku.

Tiba-tiba mata aku pusing. Pandangan di sekelilingku menjadi kabur dan badan aku lemah sangat. Aku terus rebah di atas lantai surau sambil memicit kepalaku. Aku dah tak tahan lagi dah. Kepala aku pening sangat lalu aku memejamkan mata rapat-rapat.

“Ya Allah Alya!” Jerit Aina lalu menjerit meminta tolong. Baru dia tahu yang Alya sedari tadi menyembunyikan dirinya di dalam surau. Nasib baik Aina lalu kat situ. Kalau tak alamatnya sahabatnya itu pengsan seharian di surau.


“Kesian kau Alya...” Rintih Aina di dalam hati.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulillah I