Skip to main content

Ohhh Stalker #11

Bab 11
Tepat pukul 8.00 malam, aku sampai di rumah Shahrul dengan abang Afiq dan juga Aina. Kalau mama tak suruh abang Afiq teman aku, takdelah dia ikut aku sampai ke sini.

Malam ni aku mengenakan baju kurung yang berwarna coklat dipadankan dengan selendang. Kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini. Ramai jugak yang datang ke rumah Shahrul ni.

“Masuklah... Terima kasih Tasha, Aina sebab datang.” Pelawa Shahrul di depan rumah. Cantiknya dia malam ni, desis Shahrul di dalam hati.

“Ohh rupa-rupanya ni rumah pakwe kau eh. Handsome jugak pakwe kau.” Bisik abang Afiq di telingaku.

“Diamlah abang... Kalau dia dengar nanti, buat malu Alya je.” Jawabku kurang senang dengan perangai abang aku sorang ni.

“Siapa ni Tasha?” Soal Shahrul sempat lagi mengukirkan senyuman pada abangku. Shahrul pantas bersalaman dengan abang Afiq tanda hormat.

“Ni abang ‘kesayangan’ aku...” Getusku.

“Asal kau panggil adik aku Tasha?” Soal abang Afiq dengan soalan bodoh. Dah lupa agaknya yang nama aku ni Alya Natasha. Selalu panggil aku Alya jek.

Shahrul hanya membalasnya dengan senyuman. Aku pantas mencuit bahu Aina. Faham-faham jelah. Aku cuit Aina ada sebab. Sebabya aku nak suruh dia tolong jawabkan pertanyaan abang Afiq aku yang merapu tu.

“Nama adik abang ni kan, Alya Natasha. Dah lupa ke? Adik sendiri pun tak tau. Apalah...” Ujar Aina lalu melangkah masuk ke dalam rumah Shahrul.

Selesai membaca yasin, kakak Shahrul mempelawa aku dan Aina untuk makan sekali. Aku kalau orang ajak makan, laju!

“Aku tengok kakak dia kan wei, lawa gila... Kalah kita.” Bisik Aina perlahan. “Memanglah lawa. Kau tengoklah muka ayah dengan mak dia. Aku dah tengok dah muka mak ayah dia kat frame atas meja dalam rumah dia tadi.” Ujarku sambil mencedok nasi dan juga lauk ayam masak merah.

“Patutlah ramai orang suka Shahrul. Sebab dia handsome tambah macho... Aku cair gila wei tengok dia pakai baju melayu dengan songkok tadi.” Getus Aina.

“Itu ke perempuan yang selama ni adik cari?” Ujar kak Shahira pada Shahrul sambil menuding jarinya ke arah Alya.

Shahrul berpaling lalu tersenyum sinis. “Akak rasa?”

“Entahlah Rul. Akak teka jek. Tapi perangai dia tak macam perempuan lainlah. Akak boleh tau perangai dia walaupun akak tak kenal dia lagi. Ikut psikologilah.”

“Macam mana perangai dia?”

“Akak dapat rasakan yang dia baik, baik sangat walaupun dia agak kasar. Dia nak kan lelaki tu tapi dia tak pasti lelaki tu terima dia ke tak. Akak tengok dia cantik orangnya. Kenapa adik tak suka dia je? Lupakan jelah perempuan yang Rul suka kat laman sosial tu...”

“Dialah perempuan yang selama ni Rul suka.” Jawab Shahrul pendek lalu menghampiri meja yang Alya dan juga Aina duduk.

“Patutlah dia ajak Alya datang sini. Psikologi aku mengatakan yang Shahrul dah lama minat kat dia. Kejarlah cinta kau dik. Aku takkan pernah halang kecuali dengan Tina. Kalau Tina, akak reject siap-siap.” Desis Shahira perlahan.

“Esok hari Ahad awak free tak? Saya ingat saya nak ajak awak pergi satu tempat untuk tebus kesalahan saya pasal Tina.” Getus Shahrul padaku.

Free tapi hari Isnin ni kan trial spm. Aku takut aku tak boleh fokus sebab keluar dengan kau.” Jawabku jujur.

“Okey, kalau itu yang awak nak saya takkan ganggu awak sampai kita habis spm. Lepas spm, baru saya cari awak kalau awak masih ada kat sini.” Tukas Shahrul lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya.

Eh aku ada salah cakap ke sampai dia masuk rumah? Aku cuma takut tak boleh fokus je. Dia dah berjanji pulak tu yang dia tak nak ganggu sampai habis spm. Ya Allah, ampunkanlah aku...

“Puas hati kau kan Alya... Dia nak kat kau, kau tolak dia habis-habisan. Dahlah jom balik. Abang Afiq kau dari tadi bagi isyarat suruh kita balik.” Bidas Aina.

Ya, aku betul-betul menyesal dengan kata-kataku tadi. Kalau aku tak terlepas cakap tadi, mesti Shahrul tak merajuk sampai masuk rumah.

Seperti yang dijanjikan, Shahrul langsung tak tegur aku kat sekolah. Aku rasa serba salah pulak bila teringatkan pasal semalam. Aku ingin memohon maaf kepadanya tapi ego aku terlalu tinggi. Hati cakap lain, mulut kata lain.

“Wei Rul, sedap makanan kat rumah kau semalam. Siapa yang masak?” Tegur Faiz pada Shahrul. Aku masih memerhatikan gerak geri Shahrul.

“Cateringlah bro. Sape lagi yang nak masak? Kakak aku kalau masak untuk aku dengan ayah aku bolehlah. Kalau untuk orang lain, dia tak biasa. Takut tak sedap katanya...” Ujar Shahrul sambil memasukkan tangannya di dalam poket seluar. Dia perasan yang Alya sedang memandangnya. Dia buat bodoh saja. Janji mesti ditepati. Dia takkan tegur gadis itu walaupun sekejap.

“Ohh patutlah. Wei jomlah pergi koperasi, aku nak beli roti. Lapar pulak. Kang duk lepak kat sini lama-lama, habis waktu rehat.” Getus Faiz lantas mengajak Shahrul menuju ke koperasi. Shahrul sempat memandangku sinis.

Setelah tamat waktu sekolah, aku jalan beriringan dengan Aina. Hari ni aku tak bawak motor aku pergi sekolah sebab takde minyak. Malas nak isi. Nak jimat duit nak beli something untuk... Adalah!

Manalah abang aku ni. Pagi tadi mama suruh aku balik naik abang je. Jenuh aku menunggu abang Afiq tak sampai-sampai. Kebetulan hari ni aku nak buat study group dengan Aina... So, boleh tumpang sekali. Lagipun Aina dah biasa tidur rumah aku.

“Wei Alya, tu Shahrul tak balik lagi. Apa kata kita ajak dia sekali dengan Faiz study sama-sama kat port belajar kita? Ramai-ramai lagi syok! Kau kan pandai, nanti boleh ajarkan subjek add math untuk kita orang. Kalau nak ajak abang Afiq sekali pun boleh.” Ujar Aina riang.

“Pergilah ajak dia orang. Aku takde hal. Eii tak nak aku ajak abang aku tu. Nanti tengoklah, kalau kau mintak tolong dia ajarkan mesti dia bagi banyak alasan punyalah. Yang dia tau, suka berkurung kat dalam bilik sorang-sorang. Apa dia buat, aku pun tak tau. Malas nak ambik tau!” Getusku.

“Kau ni tak baik mengata dia. Tersedak dia nanti. Kejap aku pergi tanya dia orang free ke tak petang ni.”

“Cepat sikit nanti kejap lagi abang Afiq datang pastu aku suruh dia tinggalkan kau...” Ujarku sengaja mengenakan dia.

Aina pantas menghampiri Shahrul dan juga Faiz untuk memberitahu mereka tentang rancangannya untuk belajar bersama-sama di port belajar kita orang petang ni.

“Wei korang, korang free tak petang ni? Aku ingat aku nak ajak korang belajar sekali sebab esok kan subjek susah. Add math dengan sains...” Getus Aina.

“Boleh jugak. Lagipun petang ni aku takde buat apa-apa. Boring belajar sorang-sorang. Kalau ada korang, maybe semangat sikit aku nak belajar.” Jawab Faiz.

“Okey Faiz dah setuju, awak pulak Shahrul? Nak tak ikut kita orang...”

“Saya takde hal.” Getus Shahrul.

“Yeay! Thanks korang. Nanti petang ni semua berkumpul kat rumah Alya eh? Faiz, kau tau kan rumah Alya kat mana?”

“Taulah. Rumah dia kat area rumah orang kaya-kaya. Siapa tak tau kawasan rumah orang korporat tu kan.” Tukas Faiz.

“Haa kalau macam tu, kau boleh tunjukkan rumah Alya dekat Shahrul. Tak pun suruh Shahrul naik sekali dengan kau. Senang sikit kan. Jimat duit minyak...” Bidas Aina lantas berlari masuk ke dalam kereta abang Afiq. Mujur kereta abang Afiq baru sampai. Kalau tak, mesti Alya suruh tinggalkan.

“Betul ke Alya tu duduk kat kawasan rumah orang kaya-kaya?” Soal Shahrul serius.

“Yalah. Kau tak tau ke? Tak silap aku, kau dah lama jugak pindah kat sini. Takkan kau tak tau rumah Alya tu sejenis banglo tiga tingkat. Bapak dia businessman tau. Kat sekolah ni, bapak dia ketua PIBG. Selalu juga sumbang duit untuk sekolah ni. Kiranya bapak Alya ni berjasalah jugak.” Terang Faiz.

“Ohh manalah aku tau. Okeylah bro aku balik dulu.” Getus Shahrul.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam