Bab
6
“Bah!” Abang
Afiq aku ni memang sengaja tau. Aku tengah sibuk buat homework, dia boleh sergah aku.
“Aku tengok hari ni kau nampak moody jek... Kenapa? Ceritalah kat aku.
Mana tau aku boleh tolong.” Ujar abang Afiq. Menyibuk je kerja dia. Nak cerita
ke tak ek? Err malaslah. Nanti dia sibuk mengadu kat mama.
“Takde apalah abangku sayang. Alya cuma
stress belajar je. Pergilah berkurung kat dalam bilik tu. Abang kan tak suka
diganggu.” Jawabku lalu mengeluarkan buku teks Sejarah untuk menyiapkan nota.
“Hari ni aku malas nak berkurung dalam
bilik. So sekarang kerja aku nak
menganggu kau. Takpe kan? Haha...” Getus abang Afiq.
Ada jugak yang kena backhand nanti. Aku dahlah banyak kerja ni, lagi dia nak menggangu
aku tak tentu pasal. “Kalau macam ni, Alya nak buat kerja kat dalam biliklah.
Menyemak jelah abang ni.”
Selesai menyiapkan kerja yang bertimbun
ni, aku terus membuka laptop.
Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu status yang terpampang di laman
facebook.
Aku terkejut kerana nama aku terselit
sekali dalam status tu. Siapa yang bertuah update
status ni? Ohh rupa-rupanya Tina. Aduh kenapa dia cakap aku dating dengan
Shahrul sambil ehem ehem. Ya Allah macam mana kalau kawan-kawan aku yang lain
baca status ni? Buruklah reputasi aku sebagai pengawas sekolah nanti.
Kalau abang aku yang baca lagi parah.
Nanti dia mengadu kat papa dengan mama, mampus aku. Nak sembunyi kat mana muka
aku ni?
Aku terus menutup laptop. Kenapalah Tina buat aku macam ni? Sampai hati dia.
Takkanlah disebabkan kejadian petang tadi, dia berdendam dengan aku. Tak
pasal-pasal nanti aku kena lucut jawatan pengawas disebabkan status entah
apa-apa ni.
Aku pantas mencapai telefon bimbitku
lalu menghubungi sahabatku iaitu Aina. Aku bimbang kalau Aina terpedaya dengan
status merepek ni.
“Assalmualaikum Aina!” Ucapku di dalam
talian. “Waalaikumussalam, ada apa call aku ni? Aku ngantuklah Alya...” Getus
Aina malas.
“Aku harap bila kau bukak facebook
nanti, kau tak percaya apa yang Tina tulis kat status dia. Please Aina. Kau
jelah satu-satunya orang yang paling aku percaya.”
“Kejap, aku nak bukak facebook guna
phone aku. Nanti apa-apa hal, aku call kau. Bye.” Jawabnya lantas mematikan
talian.
Aina terperanjat juga apabila melihat
status Tina yang diva itu. Kurang ajar punya perempuan.
Sampai hati dia fitnah
kawan aku? Mana Alya nak letak muka dia nanti? Takpe, aku boleh cover dia nanti kat sekolah. Aku takut
ramai orang benci dia je. Aku kena bersihkan nama dia, desis Aina.
Selesai membaca status di facebook, Aina
bingkas mencari contact nama Alya.
“Hello Alya, aku dah tahu segalanya.
Kesian kau wei. Aku janji aku akan bersihkan nama kau. Tapi sebelum tu, kita
kena bekerjasama dengan Shahrul dulu. Kalau tak nanti reputasi kita buruk kat
sekolah.” Ujar Aina dalam talian.
“Apa? Bekerjasama dengan Shahrul? Eii
tak nak aku! Aku dah nekad tak nak jumpa dia lagi. Kalau kau nak, kau
bekerjasamalah sorang-sorang.” Tukasku tak puas hati.
“Janganlah macam ni wei. Kau kan kawan
baik aku. Takpe kau kena open minded
sikit. Kalau kau asyik fikir pasal benda ni, sampai bila pun tak habis. Kau
buat bodoh je kalau siapa tanya kau pasal benda ni. Yang penting aku nak kau happy macam selalu.” Nasihat Aina. Aku
terus mematikan talian.
Aku harap esok kat sekolah takde apa-apa
yang jadi. Aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Aku mahu bersolat
hajat supaya Allah swt mempermudahkan segalanya. Insya-Allah... Usai solat
hajat, aku terus melelapkan mata. Semoga aku mimpi yang indah saja.
Comments
http://sarahhijabista.blogspot.com/