Skip to main content

Posts

SPLIT PERSONALITY (DID)

  Assalamualaikum, Holla ! Memang setahun sekali je eh i update this blog. Orang sibuk dengan Asean i sibuk nak meroyan dekat blog. Hahaha =) Ok back to the topic. Actually i terdetik nak tulis about this sebab 2 days ago i meet my friend. My friend ada tegur yang i sekarang dah berubah mendadak. She say that i have this split personality simptom. Dia ada cakap why now i jadi macam ni? Dia dah tak kenal i yang sekarang. Before that, kenapa i tukar bahasa i you ni hahahaha . Bukan in this blog i bahasakan myself Ira ke? Sorry readers. People changed. =(  Sejak i masuk industri hiburan ni, diri i banyak berubah. Now i akan guna i you with certain people and disebabkan tu jugaklah i banyak berubah. I rasa mungkin disebabkan tekanan hidup dan my trauma yang buat i jadi macam ni. Tak semua orang akan faham what happen to me now. Semua orang akan salahkan diri i sendiri. Orang lain pula akan suruh i bukak buku baru. How i nak bukak buku baru sedangkan i sendiri yang akan simpan semu...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

BUKAN GADIS BIASA - SINOPSIS

  Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media.  Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana.  "Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat...

CERITERA SEORANG PEREMPUAN KUAT

  Jadi perempuan itu harus kuat. Biarpun banyak air matamu mengalir kerana orang orang yang tidak menghargaimu tapi kamu tetap jugak harus kuat kerana apa, kamu itu berharga.  Jangan jadi lemah semata mata ramai orang tidak suka padamu sebaliknya jadikan sifat mereka itu sebagai langkah kamu untuk bangun.  Ingat sayang, kekuatan kamu itu mahal.  Tidak semua orang memilikinya. Kamu harus tetap kuat ya.  Kamu itu cantik. Kamu itu bijak. Kamu itu seorang yang sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kamu berjaya menjadi diri kamu sendiri.  Pesanku, kamu juga harus pandai memandu. Kerana apa, kamu itu kuat.  Kamu itu sudah berjaya sampai ke tahap ini. Kamu kuat kerana dugaan yang menimpamu. Ingat cantik, dugaan itu menguatkanmu bukan melemahkanmu. Betapa besarpun dugaan itu, Allah itu memilih kamu kerana apa, Kamu itu kuat.  Kamu mampu menghadapinya. Sesekali boleh jadi lemah tapi sekali aja. Lemah kerana lelaki bodoh meninggalkanmu? Bia...

Kehilangan seorang lagi yang kuanggap sahabat

  "Aku tak nak apa apa pun dari kau" Ya sebenarnya itu jawapan yang aku nak bagi  dekat kau sebab kalau kau nak tahu aku memang nak kau stay je dengan aku sebagai kawan aku. Kau tahu, dulu aku semangat pergi kerja sebab kau tau. Kau yang selalu menyakat aku dengan lawak lawak bodoh kau. Terkadang aku pukul kau sebab aku memang selesa dengan kau. Aku selesa share segala masalah aku dekat kau masatu. Kau ada je dengan aku masa aku down. Kau selalu bagi kata kata semangat kau.Tapi bila dah jadi macam ni aku sedih. Aku hilang sorang lagi yang aku anggap sahabat bagi aku.  Aku jugak yang mulakan semua ni sejak kau dah ada perempuan tu kat sisi kau. Aku tak ada niat pun nak benci dia tapi keadaan yang paksa aku jadi macam ni. Aku jadi benci sebab kita dah tak macam dulu. Walaupun perempuan tu tak pernah buat salah dengan aku tapi aku tak suka. Mungkin ada hikmah semua ni jadi tapi jauh di sudut hati aku, aku rindu frienship kita. Bagi kau tak ada pun semua ni boleh buang macam ...

Andai ajalku tiba dulu....

  Disebabkan ugutan itu aku terlalu takut.  Aku takut sangat hanya Allah saja tahu.  Aku tidak mahu ajalku jatuh ke tangan orang yang salah. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari orang yang berniat jahat terhadapku. Aamiin ya rabb.  Aku sungguh tidak menyangka semua ini akan berakhir seperti ini. Aku juga tidak mahu nyawaku melayang disebabkan perangai manusia yang sebegini. Disebabkan seorang lelaki seorang sahabatku tergamak mahu membunuhku. Dia benar benar mengugut untuk membunuhku. Kenapa semua ini jadi dekat aku? Selepas dugaan demi dugaan. Aku yakin Allah hantarkan semua dugaan ini untuk menguji keimanan aku. Allah pilih aku sebab aku mampu.  Tapi, jika benar ajalku sudah dekat aku mahu meminta maaf pada semua orang yang membaca ini. Aku takut sangat kalau orang berdendam dengan aku Apatah lagi membenciku sehingga mahu menganiayaku begini. Tipulah kalau aku kuat sehingga tidak mengambil peduli tentang semua ini. Dia duduk satu block rumah dengan aku, sememangny...

Kebenaran itu pahit......

  Terkadang manusia leka tentang apa yang dilakukan dan mereka terus melakukan itu tanpa rasa bersalah namun aku sekarang tidak tahu harus menyalahkan diriku atau meminta maaf atas perbuatanku. Aku sememangnya kalah dengan emosiku sendiri kerana aku berasa serba salah tapi niatku cuma mahu membantu. Niatku baik dan tidak mahu sahabatku itu terjebak dengan dua orang lelaki yang sering menyakitinya. Sumpah aku langsung tidak berniat untuk memalukan dirinya apatah lagi menceritakan itu. Beribu kali aku menyalahkan diriku kerana terpaksa menceritakan itu tapi apabila aku berfikir ke aras positif dan itu memang lebih kepada kebaikan dirinya aku redha dia menuding jari menyalahkan aku. Aku menangis kerana aku aku tidak tahan lagi atas kata kata caci maki terhadapku. Ya, aku nampak di matanya dia tidak akan berpaling kepada kami tapi jujur aku katakan aku sayangkan dia sebagai kakak aku. Biarpun dia hanya menyalahkan diriku tapi aku yakin allah akan tunjukkan jalan yang benar kepadanya. Y...

Kenapa aku ? Kenapa aku yang kena nangis !

  Hari sudah pun larut malam tapi badanku terasa bertenaga kerana aku sudah pun tidur pada petang tadi. Aku terlelap pun kerana otakku penat yang teramat memikirkan perkara yang bodoh.  Kenapa kalini aku begitu lemah sedangkan mereka kelihatan sangat tenang? Aku mahu kekuatan aku semula. Luka di dalam hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku yakin aku menangis kerana luka yang aku rasakan saat ini begitu pedih sedangkan mereka? Jujur aku tidak mahu melihat mereka bersama semula kerana aku mahukan yang terbaik untuk dia ! Aku mengalirkan air mata bodoh ni kerana aku cemburu. Ya, aku cemburu sebab aku dah ada perasaan.. Aku nak dia bersama perempuan yang benar benar boleh menjaga dia bukan perempuan yang macam dia yang mahukan perhatian dan merosakkan orang yang aku sayang. Biarpun aku ni kelihatan bodoh sebab bertepuk sebelah tangan tapi nama dia sentiasa ku doakan. Aku nak dia bersama orang yang tepat.  Biarlah aku nampak bodoh.  Aku rasa kalini aku dah banyak kali menan...

Antara sahabat atau cinta

  Malam ini aku terasa mahu berkongsi sesuatu...  Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku masih mengharapkan sesuatu tapi aku sendiri tidak pasti apakah ia adakah balasan perasaan sebagai seorang kawan atau sebaliknya?  Aku sendiri penat.  Penat dengan semua persoalan yang sering bermain di fikiranku. Aku sendiri tahu aku bukan cita rasanya. Ya, dia sentiasa menginginkan perempuan perempuan yang cantik. Sedangkan aku hanya kentang. Bukanlah maksudku aku langsung tidak cantik. Aku mengaku diri aku juga cantik tapi tidak sehebat cita rasanya. Aku kalah dengan perhatian. Walaupun sedikit perhatian itu sudah membuatkanku bahagia.  Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku mahu meluahkan sedikit di sini. Disebabkan kejadian tu aku menyimpan perasaan terhadap dia. Dia juga sedar tentang perasaanku. Pada mulanya aku hanya menganggap perasaan itu hanyalah suka sebagai sahabat tapi aku salah. Apabila bertanyakan pendapat orang lain, perasaan itu rupanya lebih. ...

AKU RAJIN........

  Rajin. Aku tidaklah rajin mana tapi disebabkan aku terpaksa aku lakukan demi tanggungjawab yang dipikul. Apabila difikirkan, penat juga jadi aku.  Dari sekolah menengah lagi aku sudah lakukan 2 kerja demi menyara diri dan juga membantu keluarga aku walaupun tidaklah sesenang orang lain tapi aku suka membantu. Kadang aku ingin sekali menjadi wanita sempurna, berduit yang mampu menjadi secantik bidadari tapi aku sedar aku tidak mampu. Jujur aku terasa dengan percakapan adik adikku "Kau hari hari kerja, buat business tapi miskin jugak." Aku sedih mendengarkan itu. Ya, aku rajin bekerja dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi dan juga memikirkan komitmen yang ada kerana aku tidak mahu menyusahkan keluargaku atau sesiapa. Aku juga tahu aku sudah besar panjang. Aku mahu menjadi wanita berdikari. Aku juga yakin aku kuat untuk menanggung semua ini. Hanya Allah saja tahu niatku. Niatku ingin membuatkan keluargaku bahagia. Walaupun sedikit tapi melihat senyuman mereka cukup m...

KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN DIRIKU

Kenapa aku? Di saat aku begitu baik dengan seseorang sehingga tidak sedar dipergunakan dan kelemahan aku dipermainkan. Kali pertama aku kena sebegini rupa oleh seseorang yang aku bergelar sahabat dan aku sangat menyayangi dia. Kenapa semua ni jadi dekat aku? Aku yakin pasti ada hikmahnya Allah hantar dia untuk bagi pengajaran untuk aku. Tapi aku tak boleh terima hati aku terlalu sakit apabila memikirkan itu.  Aku menyambut tahun baru dengan hati yang hancur berkecai. Sedangkan dia? Bahagia seolah olah tiada apa yang berlaku. Aku ikhlas bersahabat dengan dia. Aku sayang dia tapi dia... Memperlakukan aku seperti aku musuhnya. Dia yang mendengar segala curahan hati aku, masalah hidupku juga memberi kata kata semangat kepadaku, sentiasa berada di sisiku ketika aku memerlukan tapi apa yang aku dapat? Tikaman yang amat sakit ya allah. Kenapa dia mempersoalkan apa yang dia lakukan! Allah lebih mengetahui. Allah melihat. Allah menilai apa yang benar dan juga apa yang salah.  Benar, se...

Peluang pekerjaan TIPIS SEBAB COMPANY PILIH ORANG??

  Assalamualaikum hai korang! Alhamdulillah harini Ira rasa Ira dah sihat walaupun ada batuk sikit sikit. Balik dari Cameron Highland haritu demam panas macam kena sampuk. Dengan gelang emas hilang! Hmm... Dahlah bf Ira hadiahkan beli dekat Poh Kong mana Ira tak risaunya. Sampailah sekarang kosong je rasa tangan ni. Takpelah benda nak jadi. Ira redha.  Memandangkan Ira masih duduk rumah ni Ira nak cakap sikit. Bukan sikit tapi banyak sebab Ira geram kenapa sekarang ni Ira tengok peluang pekerjaan semakin tipis. Yelah Ira sendiri dah nak beratus kerja Ira apply tapi semua kena reject melainkan kerja berkaitan sales saja yang contact Ira. Ira strictly tak nak kerja bahagian sales sebab Ira sendiri ada small business kan.  So sambung kepada pekerjaaan. Ira tak tipu tau. Ira hanya mintak jawatan Admin Assistant, Admin Executive tapi ya allah susahnya mereka nak accept. Ira bukan mintak kerja manager ke apa. Ira hanya mintak kerani. Tapi dia orang langsung tak pandang. Semua p...

Gagal JPJ Motor JATUH TITI

 Assalamualaikum... Hai korang! Selamat Hari Gawai kepada sahabatku yang menyambut hari gawai.. Malam ni Ira saja nak share dengan korang pengalaman Ira menghadapi ujian JPJ motor harini. Tahu tak apa yang jadi?? Korang baca tajuk pun dah boleh tahu sob sob! Ira nangiss tau masa jatuh titi tu sebab terlalu gabra lepastu Ira sedih lagi sebab penat penat BF Ira ambik cuti harini datang jauh jauh semata mata nak sokong Ira. Ira masih tak boleh terima lagi kenyataan tu. Yelah masa QTI Ira boleh naik atas titi tu dengan baik. Bila ujian betul betul hampeh.. Sebenarnya bukan apa tau, Ira tak cukup mental and fizikal. Ya, cikgu dah pesan kena makan breakfast and tidur awal apa semua. Tapi Ira degil. Dahlah malam tak boleh tidur. Asyik asyik terjaga. Kena bangun pukul 5.30 pagi sebab van ambik pukul 6.30 pagi. Pening weh kepala. Dengan tidur tak cukupnya. Lepastu dalam van cubalah nak lelap tapi tak boleh. Tak lalu nak makan roti yang Ira bawak. Ingatkan JPJ bagi la masa untuk breakfast. T...

Patut ke aku tak pergi ujian fizikal JPJ tu?

 Assalamualaikum... Sedikit luahan hati lagi harini.Sebenarnya ira dalam dilema nak pergi ke tak ujian fizikal jawatan JPJ tu sebab Ira risau awal bulan June ni Ira dah masuk kerja office lain and tarikh ujian fizikal tu pulak 9 June 2022. See, kenapa bagi time tu?? Kenapa tak bagi sekarang at least Ira masih ada masa untuk prepare. Kalau dah tahu awal awal senang. Dahlah interview saja 3 kali. Betapa susahnya nak masuk kerja kerajaan ni melainkan kau ada cabel. Haih. Harini tak tahulah macam hari malas sedunia pun ada. Lepastu bila duduk sorang sorang kat rumah, dalam bilik ni haa mulalah semua benda nak fikir. Rasa beban ya allah... Korang rasa patut ke Ira pergi? Sebab yelah benefit kerja kerajaan ni banyak. Dapat elaun lagi. Senang lulus loan. Tapi hmmm. Stress fikir. Masalah hidup begitu berat. Mampu bersabar. Mana nak fikir ujian JPJ motor 2 June 2022 ni. Haraplah urusan ira dipermudahkan aamiin ya rabb. Doakan Ira lulus ujian JPJ motor ya!

PENGGANGGUR ATAU BUAT BUSINESS??

 Assalamualaikum hai semua! Tak nak lah down lama lama. Banyak benda lagi nak fikir.  Life sendiri, Business, Kelas JPJ Motor, Nak cari kerja tetap yang betul.  See? Ira nak jadi material girl tapi banyak benda yang menghalang Ira untuk capai semua tu. Antaranya masalah kewangan. Ira pernah tau penat sangat jadi baik sampai Ira nak freehair. Beberapa bulan jugak freehair. Sebenarnya keluar dengan bf Ira je Ira freehair. Dia macam on off pakai tudung. Tapi start kerja Hermosa Wear tu. Alhamdulillah Ira dikelilingi dengan orang yang baik baik. Ada yang menjaga aurat Ira. Ira terkedu. Ira terharu. Ira sendiri on off pakai tudung masatu. Masuk office je fully bertudung. So Ira bersyukur Ira dapat hidayah untuk menutup aurat semula. Ira ni takdelah baik mana. Nakal jugak. Tu yang asyik tukar kerja he huhu. Takdelah banyak sangat tukar kerja. Tahun ni baru berhenti Hermosa Wear. Sekarang tengah struggle nak cari kerja yang basic at least RM1800 atau RM1700 sebab Ira nak beli ke...

Perantaraan di antara pasangan seseorang

 "Awak koyakkan surat ni," "Takkanlah saya nak koyakkan surat ni. Surat ni surat awak. Surat yang dia bagi dekat awak. Saya doakan satu hari nanti awak dengan dia jugak." Sejak tu aku bercinta dengan dia. Setahun kenangan bercinta dengan dia tapi tak dihargai. Masa aku bercinta dengan dia. Dia sibuk cari ex dia dan perempuan lain.  5 tahun berlalu. 5 tahun aku biarkan semua tu berlalu dengan pantas sehingga dalam masa 5 tahun jugak aku jumpa lelaki lain yang ibarat dewa sebab dia cuba sedaya upaya untuk bahagiakan aku. Tapi kadang kadang aku tak tahan jugak dengan perangai panas baran dia. Harini aku call mak. Mak cakap dia dah bertunang. Mulut aku memang cakap aku langsung tak kisah. Tapi dalam hati aku agak terasa sedih. Bukan sedih tapi sebenarnya happy. Aku happy dapat dengar berita tu lepastu aku pergi dekat facebook dia. Aku tengok sendiri gambar dia dengan perempuan tu bertunang. Mak tiri dia sarung cincin dekat tangan perempuan cantik tu. Alhamdulillah aku b...

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

NEVER GIVEUP !

Assalamualaikum, Hai korang semua, Selamat malam kepada burung hantu semua termasuk Ira hukhuk. Esok nak kerja pagi ni pukul 8.30 pagi  tapi disebabkan mata tak boleh nak tidur. Siang dah banyak tidur macam ni la gamaknya. So apalagi kembali kepada hobi menulis gue ~ Macam awkward pulak bahasakan diri  dengan nama panggilan Ira.. Yelah dah mana mana sekarang orang panggil nad. Tiberr kat blog Ira. Takpelah dah biasa.  Okay Ira will straight to the point. Sekarang ni tahun 2022 dah kan. Tak naklah sedih dengan benda benda lama. Ira dah tak kisah siapa nak pergi atau siapa nak stay dalam hidup Ira yang penting Ira nak kecikkan circle Ira sekarang. Banyak2 circle semua toksik buat apa kan? Jadi I have my own reason to do that. Maaf speaking tak berapa pandai tapi kalau menulis dalam english bolehlah jugak hehe. Lepastu hujung tahun 2021 Ira banyak jugak down sebabkan Ira dah berhenti kerja mydin kan. Ramai jugak la tegur kenapa berhenti kerja mydin, dah elok kerja dalam HQ t...

Susahnya nak edit blog!

 Assalamualaikum.. Hai semua! Ira agak stress sebab dah lama tau Ira tak mengedit blog yang berhabuk ni. Tadi sajelah tukar template blog ni lepastu Ira dah macam lupa and awkward tau sebab dia punya cara tu lain gila. Yelah dah berapa tahun tak edit mana taknya lupa. So pakai la template apa yang ada then nak tulis novel dekat wattpad. Bikin sakit kepala saje!

Salah ke aku tak ambik DEGREE?

Assalamualaikum.. Hai korang! Sorry topik kali ni sedih sikit sebabnya rasa nak meluahkan perasaan yang terpendam yang mungkin orang tak faham. Bukan apa, niat di hati nak sangat sambung belajar ambik degree tapi aku tak mampu. Aku banyak komitmen sekarang. Kalau aku belajar. siapa nak bayar motor Lc aku. Then siapa nak bayar sewa bilik aku. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi lagi nak tunang sekarang ni.Banyak benda aku fikir. Banyak sangat dugaan. Aku sanggup buat small business sebab nak ringankan beban pasangan aku tapi orang bukannya faham pun. Yelah memang aku hidup bukan nak puaskan hati semua orang tapi siapa yang tak nak sambung belajar kan? Tipulah kalau pegi kedai tengok stationery tak tergugat. Serious aku memang seorang yang suka belajar sebab tu aku stay je dalam business sebab nak cari ilmu. Sekarang ni pulak aku dah berhenti kerja Mydin sebabnya aku memang dah buat keputusan untuk cari kerja lain. Aku fikir aku ni muda lagi. Masih banyak lagi tempat lain aku boleh dapat p...