Kenapa aku?
Di saat aku begitu baik dengan seseorang sehingga tidak sedar dipergunakan dan kelemahan aku dipermainkan. Kali pertama aku kena sebegini rupa oleh seseorang yang aku bergelar sahabat dan aku sangat menyayangi dia. Kenapa semua ni jadi dekat aku? Aku yakin pasti ada hikmahnya Allah hantar dia untuk bagi pengajaran untuk aku. Tapi aku tak boleh terima hati aku terlalu sakit apabila memikirkan itu.
Aku menyambut tahun baru dengan hati yang hancur berkecai. Sedangkan dia? Bahagia seolah olah tiada apa yang berlaku. Aku ikhlas bersahabat dengan dia. Aku sayang dia tapi dia... Memperlakukan aku seperti aku musuhnya. Dia yang mendengar segala curahan hati aku, masalah hidupku juga memberi kata kata semangat kepadaku, sentiasa berada di sisiku ketika aku memerlukan tapi apa yang aku dapat? Tikaman yang amat sakit ya allah. Kenapa dia mempersoalkan apa yang dia lakukan! Allah lebih mengetahui. Allah melihat. Allah menilai apa yang benar dan juga apa yang salah.
Benar, semua manusia melakukan kesilapan.
Aku juga khilaf. Aku juga lalai. Aku harap dia dapat kesedaran. Wahai sahabat. kalaulah satu hari kau baca apa yang aku tuliskan ni aku harap kau sedar yang aku memang sayangkan kau dan anggap kau sahabat aku. Terima kasih sebab pernah jadi sahabat aku. Aku hargai kau dalam hidup aku...
Biarpun sudah sebulan berlalu, aku takkan lupa dan aku berpegang pada pendirianku bahawa walaupun bertahun tahun telah berlalu aku tetap akan ingat luka yang aku rasakan ini.
Terima kasih sahabat.
Comments