Skip to main content

Perantaraan di antara pasangan seseorang

 "Awak koyakkan surat ni,"


"Takkanlah saya nak koyakkan surat ni. Surat ni surat awak. Surat yang dia bagi dekat awak. Saya doakan satu hari nanti awak dengan dia jugak."


Sejak tu aku bercinta dengan dia. Setahun kenangan bercinta dengan dia tapi tak dihargai. Masa aku bercinta dengan dia. Dia sibuk cari ex dia dan perempuan lain. 


5 tahun berlalu. 5 tahun aku biarkan semua tu berlalu dengan pantas sehingga dalam masa 5 tahun jugak aku jumpa lelaki lain yang ibarat dewa sebab dia cuba sedaya upaya untuk bahagiakan aku. Tapi kadang kadang aku tak tahan jugak dengan perangai panas baran dia.


Harini aku call mak. Mak cakap dia dah bertunang.


Mulut aku memang cakap aku langsung tak kisah. Tapi dalam hati aku agak terasa sedih. Bukan sedih tapi sebenarnya happy. Aku happy dapat dengar berita tu lepastu aku pergi dekat facebook dia. Aku tengok sendiri gambar dia dengan perempuan tu bertunang. Mak tiri dia sarung cincin dekat tangan perempuan cantik tu.

Alhamdulillah aku bersyukur sebab akhirnya dia orang bersama, dah pun bertunang tak lama lagi mesti akan berkahwin. Ya Allah apa yang aku bayangkan selama ni akan jadi kenyataan. Kuatkah aku? Dapat je berita pasal dia tadi kepala aku dah berat. Seharian harini aku terbaring je kat atas katil. Memikirkan apa pulak nasib aku. Dahlah aku tipu dia orang yang aku dah bertunang tapi sebenarnya tak. 

Betul lah masa aku bercinta dengan dia aku dapat teka semua ni akan jadi sebab tu aku banyak tulis cerpen atau novel yang naluri aku dapat rasa yang semua ni akan jadi. Bila tengok gambar tu, aku senyum. Mengalir jugak air mata aku. Bukan sebab aku rindu dia ke apa. Tak! Masa masing masing post gambar tu dekat instagram pulak aku like je. Aku doakan hubugan dia orang kekal sampai ke anak cucu. Terima kasih kerana Allah hadirkan dia dalam hidup aku. Terima kasih kerana pernah bahagiakan aku dan pernah sakitkan aku selama setahun. Aku redha. Ada hikmah kenapa Allah temukan aku dengan dia. Banyak pengajaran yang aku dapat. Sejak tu aku jadi lebih kuat. Aku takkan jadi lemah macam dulu. Takkan jadi bodoh macam dulu. Biarlah apa yang rasa dulu hanya aku je tahu. 

Perantaraan yang sangat menarik.

Disebabkan putus dengan dengan akulah perempuan yang jadi tunang dia sekarang cari dia. Ada hikmah tu kenapa putus dengan aku. Macam aku cakap. Allah bagi aku rasa kenal dengan dia untuk ajar aku banyak benda yang aku tak tahu. Kalau aku tak kenal dia. Aku tak kenal diri aku yang sekarang.


Semoga hubungan aku yang sekarang ni pun dipermudahkan. Aamiin ya rabb.





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam