Hari sudah pun larut malam tapi badanku terasa bertenaga kerana aku sudah pun tidur pada petang tadi. Aku terlelap pun kerana otakku penat yang teramat memikirkan perkara yang bodoh.
Kenapa kalini aku begitu lemah sedangkan mereka kelihatan sangat tenang?
Aku mahu kekuatan aku semula. Luka di dalam hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku yakin aku menangis kerana luka yang aku rasakan saat ini begitu pedih sedangkan mereka? Jujur aku tidak mahu melihat mereka bersama semula kerana aku mahukan yang terbaik untuk dia ! Aku mengalirkan air mata bodoh ni kerana aku cemburu. Ya, aku cemburu sebab aku dah ada perasaan.. Aku nak dia bersama perempuan yang benar benar boleh menjaga dia bukan perempuan yang macam dia yang mahukan perhatian dan merosakkan orang yang aku sayang. Biarpun aku ni kelihatan bodoh sebab bertepuk sebelah tangan tapi nama dia sentiasa ku doakan. Aku nak dia bersama orang yang tepat.
Biarlah aku nampak bodoh.
Aku rasa kalini aku dah banyak kali menangis sebab benda benda bodoh. Lagi lagi setiap kali ternampak korang seperti berbisik sesuatu atau melakukan sesuatu. Aku dah serik ! Hati aku ni berkata kata. Tak mustahil korang akan berbaik semula di belakangku. Sedangkan dulu korang berhubungan di belakangku. Sudahlah ini kali pertama aku kena teruk macam ni. Aku dah tak mampu sebenarnya nak tengok muka korang dekat ofis tu. Aku penat sangat sangat ! Memanglah bagi orang lain nampak biasa, tapi bagi aku ni penghinaan sangat besar sebab ia melibatkan perasaan aku dan hati aku. Aku rasa bodoh sangat sebab percayakan orang yang salah dan menganggap musuh sebagai sahabat aku. Arghh ! Aku benci dua dua ! Kenapalah perasaan ni menyelubungi diriku. Aku penat ya allah.
Comments