Skip to main content

AKU RAJIN........

 


Rajin.
Aku tidaklah rajin mana tapi disebabkan aku terpaksa aku lakukan demi tanggungjawab yang dipikul.
Apabila difikirkan, penat juga jadi aku. 

Dari sekolah menengah lagi aku sudah lakukan 2 kerja demi menyara diri dan juga membantu keluarga aku walaupun tidaklah sesenang orang lain tapi aku suka membantu.
Kadang aku ingin sekali menjadi wanita sempurna, berduit yang mampu menjadi secantik bidadari tapi aku sedar aku tidak mampu.
Jujur aku terasa dengan percakapan adik adikku "Kau hari hari kerja, buat business tapi miskin jugak."
Aku sedih mendengarkan itu.

Ya, aku rajin bekerja dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi dan juga memikirkan komitmen yang ada kerana aku tidak mahu menyusahkan keluargaku atau sesiapa. Aku juga tahu aku sudah besar panjang. Aku mahu menjadi wanita berdikari. Aku juga yakin aku kuat untuk menanggung semua ini. Hanya Allah saja tahu niatku. Niatku ingin membuatkan keluargaku bahagia. Walaupun sedikit tapi melihat senyuman mereka cukup membuatkanku bahagia. 

Berkat mereka itu yang penting. Aku cukup menyanyangi keluarga aku. Hanya mereka harta yang aku ada. Aku tidak perlukan yang lain lagi.

Aku ingin berkongsi serba sedikit cerita hidupku... Bukan untuk mebangga diri, tidak sama sekali tapi,

Buat dua kerja ketika sekolah menengah. Pagi sekolah petang kadang kadang masuk kerja. Hujung minggu buat dua kerja iaitu jadi staff nurse dan pembantu gym merangkap cashier juga. Habis spm, kerja di hotel terkena kejutan budaya pula.

Sambil kuliah di universiti, sambil tu buat business online. Apa saja business kecil dan kerja kerja part time di kedai makan. Tidak mampu angkat berat tapi sesekali pergi join banquet hotel.

Ketika praktikal di kl, buat kerja jadi tukang cuci rumah orang sehingga larut malam. Nasib ada teman lelaki yang sudi menemani.

Habis praktikal pula, kerja jadi cashier sehingga dihina oleh ramai orang sedangkan itu kerja halal. Alhamdulillah berkat kawanku, aku jadi junior executive. Dugaaan demi dugaan aku berhenti pula sehingga menjadi assistant supervisor selama dua minggu. Dugaan lagi aku tiada kerja dan masuk pula menjadi admin assistant di sebuah butik. 

Selama 6 bulan aku berhenti lagi. Sebulan duduk menganggur di rumah bersama kucing kucingku. Alhamdulillah kini aku bergelar admin assistant semula di sebuah agensi. 

Panjang bukan kisah hidupku? 

Ya, aku memang rajin. Sekarang aku masih lagi melakukan business onlineku dan aku utamakan kerja sampinganku sebagai beauty consultant marykay. Semoga urusanku sentiasa dipermudahkan. Walaupun di mata orang lain aku tampak rajin sehinggakan menimbulkan persoalan "kak nad tak penat ke"

Aku hanya mampu tersenyum manis.

"Sebab nak ambik pengalaman"







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam