Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

BUKAN GADIS BIASA - SINOPSIS

  Mungkin orang ramai menganggap aku sebagai attention seeker meskipun sahabatku sendiri. Dengan caraku yang suka berkongsi tentang hidupku di sosial media. Sejak dari dulu lagi aku begitu kerana aku sering menulis kisah hidupku kadang aku mencoretnya di buku nota sekolahku pada zaman kanak-kanakku dahulu. Aku menulisnya tetapi aku menukar semua watak, latar tempat dengan situasi yang berbeza tetapi itu merupakan kisah hidupku. Aku juga melakukan itu sejak wujudnya status dan story di segala laman sosial media.  Ramai yang mengecamku dan turut membenciku hanya kerana mereka mengganggap semua yang aku lakukan itu hanya mencari perhatian mereka sedangkan aku sememangnya begitu. Niatku hanya berkongsi apatah lagi sekarang aku sudah jauh dengan keluargaku, aku mahu mereka tahu tentang diriku di sini bagaimana.  "Jangan sibuk cari kesalahan orang lain sedangkan kau tak duduk kat tempat orang tu. Cermin diri kau tu dulu. Kenapa? Kau ada masalah hidup ke sampai nak dengki sangat?" -

CERITERA SEORANG PEREMPUAN KUAT

  Jadi perempuan itu harus kuat. Biarpun banyak air matamu mengalir kerana orang orang yang tidak menghargaimu tapi kamu tetap jugak harus kuat kerana apa, kamu itu berharga.  Jangan jadi lemah semata mata ramai orang tidak suka padamu sebaliknya jadikan sifat mereka itu sebagai langkah kamu untuk bangun.  Ingat sayang, kekuatan kamu itu mahal.  Tidak semua orang memilikinya. Kamu harus tetap kuat ya.  Kamu itu cantik. Kamu itu bijak. Kamu itu seorang yang sangat pandai berdikari tanpa mengharapkan orang lain. Kamu berjaya menjadi diri kamu sendiri.  Pesanku, kamu juga harus pandai memandu. Kerana apa, kamu itu kuat.  Kamu itu sudah berjaya sampai ke tahap ini. Kamu kuat kerana dugaan yang menimpamu. Ingat cantik, dugaan itu menguatkanmu bukan melemahkanmu. Betapa besarpun dugaan itu, Allah itu memilih kamu kerana apa, Kamu itu kuat.  Kamu mampu menghadapinya. Sesekali boleh jadi lemah tapi sekali aja. Lemah kerana lelaki bodoh meninggalkanmu? Biarkan mereka yang bodoh itu pergi kerana

Kehilangan seorang lagi yang kuanggap sahabat

  "Aku tak nak apa apa pun dari kau" Ya sebenarnya itu jawapan yang aku nak bagi  dekat kau sebab kalau kau nak tahu aku memang nak kau stay je dengan aku sebagai kawan aku. Kau tahu, dulu aku semangat pergi kerja sebab kau tau. Kau yang selalu menyakat aku dengan lawak lawak bodoh kau. Terkadang aku pukul kau sebab aku memang selesa dengan kau. Aku selesa share segala masalah aku dekat kau masatu. Kau ada je dengan aku masa aku down. Kau selalu bagi kata kata semangat kau.Tapi bila dah jadi macam ni aku sedih. Aku hilang sorang lagi yang aku anggap sahabat bagi aku.  Aku jugak yang mulakan semua ni sejak kau dah ada perempuan tu kat sisi kau. Aku tak ada niat pun nak benci dia tapi keadaan yang paksa aku jadi macam ni. Aku jadi benci sebab kita dah tak macam dulu. Walaupun perempuan tu tak pernah buat salah dengan aku tapi aku tak suka. Mungkin ada hikmah semua ni jadi tapi jauh di sudut hati aku, aku rindu frienship kita. Bagi kau tak ada pun semua ni boleh buang macam tu j

Andai ajalku tiba dulu....

  Disebabkan ugutan itu aku terlalu takut.  Aku takut sangat hanya Allah saja tahu.  Aku tidak mahu ajalku jatuh ke tangan orang yang salah. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari orang yang berniat jahat terhadapku. Aamiin ya rabb.  Aku sungguh tidak menyangka semua ini akan berakhir seperti ini. Aku juga tidak mahu nyawaku melayang disebabkan perangai manusia yang sebegini. Disebabkan seorang lelaki seorang sahabatku tergamak mahu membunuhku. Dia benar benar mengugut untuk membunuhku. Kenapa semua ini jadi dekat aku? Selepas dugaan demi dugaan. Aku yakin Allah hantarkan semua dugaan ini untuk menguji keimanan aku. Allah pilih aku sebab aku mampu.  Tapi, jika benar ajalku sudah dekat aku mahu meminta maaf pada semua orang yang membaca ini. Aku takut sangat kalau orang berdendam dengan aku Apatah lagi membenciku sehingga mahu menganiayaku begini. Tipulah kalau aku kuat sehingga tidak mengambil peduli tentang semua ini. Dia duduk satu block rumah dengan aku, sememangnya aku takut! Sejak dua t

Kebenaran itu pahit......

  Terkadang manusia leka tentang apa yang dilakukan dan mereka terus melakukan itu tanpa rasa bersalah namun aku sekarang tidak tahu harus menyalahkan diriku atau meminta maaf atas perbuatanku. Aku sememangnya kalah dengan emosiku sendiri kerana aku berasa serba salah tapi niatku cuma mahu membantu. Niatku baik dan tidak mahu sahabatku itu terjebak dengan dua orang lelaki yang sering menyakitinya. Sumpah aku langsung tidak berniat untuk memalukan dirinya apatah lagi menceritakan itu. Beribu kali aku menyalahkan diriku kerana terpaksa menceritakan itu tapi apabila aku berfikir ke aras positif dan itu memang lebih kepada kebaikan dirinya aku redha dia menuding jari menyalahkan aku. Aku menangis kerana aku aku tidak tahan lagi atas kata kata caci maki terhadapku. Ya, aku nampak di matanya dia tidak akan berpaling kepada kami tapi jujur aku katakan aku sayangkan dia sebagai kakak aku. Biarpun dia hanya menyalahkan diriku tapi aku yakin allah akan tunjukkan jalan yang benar kepadanya. Ya Al

Kenapa aku ? Kenapa aku yang kena nangis !

  Hari sudah pun larut malam tapi badanku terasa bertenaga kerana aku sudah pun tidur pada petang tadi. Aku terlelap pun kerana otakku penat yang teramat memikirkan perkara yang bodoh.  Kenapa kalini aku begitu lemah sedangkan mereka kelihatan sangat tenang? Aku mahu kekuatan aku semula. Luka di dalam hati aku belum pulih sepenuhnya. Aku yakin aku menangis kerana luka yang aku rasakan saat ini begitu pedih sedangkan mereka? Jujur aku tidak mahu melihat mereka bersama semula kerana aku mahukan yang terbaik untuk dia ! Aku mengalirkan air mata bodoh ni kerana aku cemburu. Ya, aku cemburu sebab aku dah ada perasaan.. Aku nak dia bersama perempuan yang benar benar boleh menjaga dia bukan perempuan yang macam dia yang mahukan perhatian dan merosakkan orang yang aku sayang. Biarpun aku ni kelihatan bodoh sebab bertepuk sebelah tangan tapi nama dia sentiasa ku doakan. Aku nak dia bersama orang yang tepat.  Biarlah aku nampak bodoh.  Aku rasa kalini aku dah banyak kali menangis sebab benda ben

Antara sahabat atau cinta

  Malam ini aku terasa mahu berkongsi sesuatu...  Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Jujur aku masih mengharapkan sesuatu tapi aku sendiri tidak pasti apakah ia adakah balasan perasaan sebagai seorang kawan atau sebaliknya?  Aku sendiri penat.  Penat dengan semua persoalan yang sering bermain di fikiranku. Aku sendiri tahu aku bukan cita rasanya. Ya, dia sentiasa menginginkan perempuan perempuan yang cantik. Sedangkan aku hanya kentang. Bukanlah maksudku aku langsung tidak cantik. Aku mengaku diri aku juga cantik tapi tidak sehebat cita rasanya. Aku kalah dengan perhatian. Walaupun sedikit perhatian itu sudah membuatkanku bahagia.  Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku mahu meluahkan sedikit di sini. Disebabkan kejadian tu aku menyimpan perasaan terhadap dia. Dia juga sedar tentang perasaanku. Pada mulanya aku hanya menganggap perasaan itu hanyalah suka sebagai sahabat tapi aku salah. Apabila bertanyakan pendapat orang lain, perasaan itu rupanya lebih. Aku sendiri keliru. Bena

AKU RAJIN........

  Rajin. Aku tidaklah rajin mana tapi disebabkan aku terpaksa aku lakukan demi tanggungjawab yang dipikul. Apabila difikirkan, penat juga jadi aku.  Dari sekolah menengah lagi aku sudah lakukan 2 kerja demi menyara diri dan juga membantu keluarga aku walaupun tidaklah sesenang orang lain tapi aku suka membantu. Kadang aku ingin sekali menjadi wanita sempurna, berduit yang mampu menjadi secantik bidadari tapi aku sedar aku tidak mampu. Jujur aku terasa dengan percakapan adik adikku "Kau hari hari kerja, buat business tapi miskin jugak." Aku sedih mendengarkan itu. Ya, aku rajin bekerja dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi dan juga memikirkan komitmen yang ada kerana aku tidak mahu menyusahkan keluargaku atau sesiapa. Aku juga tahu aku sudah besar panjang. Aku mahu menjadi wanita berdikari. Aku juga yakin aku kuat untuk menanggung semua ini. Hanya Allah saja tahu niatku. Niatku ingin membuatkan keluargaku bahagia. Walaupun sedikit tapi melihat senyuman mereka cukup m

KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN DIRIKU

Kenapa aku? Di saat aku begitu baik dengan seseorang sehingga tidak sedar dipergunakan dan kelemahan aku dipermainkan. Kali pertama aku kena sebegini rupa oleh seseorang yang aku bergelar sahabat dan aku sangat menyayangi dia. Kenapa semua ni jadi dekat aku? Aku yakin pasti ada hikmahnya Allah hantar dia untuk bagi pengajaran untuk aku. Tapi aku tak boleh terima hati aku terlalu sakit apabila memikirkan itu.  Aku menyambut tahun baru dengan hati yang hancur berkecai. Sedangkan dia? Bahagia seolah olah tiada apa yang berlaku. Aku ikhlas bersahabat dengan dia. Aku sayang dia tapi dia... Memperlakukan aku seperti aku musuhnya. Dia yang mendengar segala curahan hati aku, masalah hidupku juga memberi kata kata semangat kepadaku, sentiasa berada di sisiku ketika aku memerlukan tapi apa yang aku dapat? Tikaman yang amat sakit ya allah. Kenapa dia mempersoalkan apa yang dia lakukan! Allah lebih mengetahui. Allah melihat. Allah menilai apa yang benar dan juga apa yang salah.  Benar, semua manus