Skip to main content

Susahnya nak jadi baik !

Assalamualaikum everybody,


Post Ira kali ni serius. Tak main main. Habis selama ni Ira main mainlah? Hmm korang rasa? Fikirlah sendiri... Btw, untuk pengetahuan korang gambar kat atas tu bukan Ira tau, gambar dari google. Ira tengok kan ramai kat sekolah Ira mengenakan tudung labuh. Ira suka tengok dia orang pakai tudung labuh. Nampak cantik sangat. Walaupun hati Ira belum terbukak lagi nak bertudung labuh tapi sekarang ni Ira berubah sikit sikitlah nak labuhkan tudung.

Memanglah tutup aurat tu wajib tapi tak semestinya yang pakai tutup litup tu baik. Tak... Ada jugak yang free hair baik. Ada yang solat lima waktu sehari semalam tapi tak pakai tudung. Ramai. Cuma kita yang tak tahu. Apa yang kita tahu semua perempuan yang pakai tudung tu baik, alim. Bak kata kawan Ira, pakai tudung labuh satu tanggungjawab yang besar. Kenapa? Sebab bagi dia kalau orang pakai tudung labuh tapi couple lepas tu cakap mesra mesra dengan lelaki. Awak rasa?

Kena fikir jugak pasal tu. Yalah kita kan perempuan. Nanti apa pulak kata orang kan. Harap pakai je tudung labuh tapi perangai macam... Dah stop! Ira malas nak cerita panjang pasal tudung ni sebab Ira pun bukan baik sangat. Sebenarnya tak salah nak cakap mesra dengan lelaki. Nak cakap pun agak agaklah. Macam Ira, Ira selamba je cakap dengan lelaki. Tapi Ira taulah nak jaga  batas pergaulan. Takdelah sampai langgar hukum Allah swt.

Ira bukan nak cakap Ira ni baik. Memang betul yang start tahun ni Ira memang azam nak berubah. Ira dah tak nak campur orang lagi. Bukan maksud sombong cuma Ira lebih suka diamkan diri. Tegur pun orang yang tertentu je. Yang macam dah biasa dengan Ira. Biarlah orang nak kata apa. Memang kat sekolah Ira selekeh mekeh. Biarlah... Bukan siapa nak tengok pun. Nak belajar kan. Bukan pergi sekolah nak bercinta atau err.

Ira akui memang susah nak jadi baik. Susah sangat nak jadi muslimah yang sejati. Apa bekalan Ira untuk akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman. Eh betul ke? Hmmm... Ira sebenarnya banyak sangat kekurangan. Bila tengok orang lain, Ira rasa diri Ira ni teruk sangat. Kata orang, Ira ni baik tapi Ira tak rasa pun yang Ira ni baik. Jahat adalah hehehe.

Senang macam ni lah, biar muka tak cantik tapi hati bersih. Ira tak suka berkawan dengan orang yang nampak baik tapi sebenarnya dialah dalang. Maknanya depan Ira baik macam malaikat. Senyum manis lagi. Tapi hakikatnya dia kutuk belakang Ira habis habisan. Sebab tu Ira kata tadi, Ira malas nak campur orang sangat sebab tulah. Kang lebih lebih orang mengata. Kita buat baik macam mana pun tetap ada orang tak suka.

Susah nak buat orang suka perangai kita. Emm takpelah... Yang penting Ira ada Allah swt dengan keluarga Ira yang selalu ada dengan Ira bila Ira susah. Nak harapkan orang? Jangan haraplah. Bila kita senang je orang cari :) Sekian.


Semua statement atas ni betul...

Comments

Amani said…
Keep it Up ira... Moga istiqamah.
Saya doakan kamu menjadi muslimah solehah :D
Allah uji untuk lihat sejauh mana kesungguhan kita... Semoga terus istiqamah :)

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam