Skip to main content

Siapa Aku Sebenarnya?

Assalamualaikum...

Sebab apa aku selalu mengeluh? Aku mengeluh ada sebab. Sebabnya aku selalu dipinggirkan. Persoalannya, aku dipinggirkan oleh siapa? Bukan keluarga tapi adalah hamba Allah. Ramai orang selalu pinggirkan aku. Anggap aku ni tak wujud. Aku tanya korang ni, seoronok tak hidup macam tu? Bagi aku, tak seronok langsung.

Aku datang ke tak datang sama je kat sekolah tu. Orang tetap anggap aku ni tak wujud. Sebab apa aku cakap macam tu? Hmm... Banyak sebabnya. Sebabnya aku sendiri pun tak faham kenapa orang buat macam tu kat aku. Macam contohnya, aku bertugas kat koperasi tapi bila dah habis waktu rehat, aku belum balik kelas lagi so aku stay jelah kat koop dulu. Ada sorang kawan aku ni, dia nak balik kelas, dia salam dua orang kawan dia je. Aku? Dia langsung tak salam. Padahal kita orang dah lama kawan. Lamalah jugak. Dalam setahun lebih gitu. Aku babailah dia. Dia langsung tak pandang. Aku jadi bengang bila orang buat macam tu kat aku.

Aku rasa macam tak penting langsung dalam hidup orang lain. Aku rasa macam tu sebab orang cuma perlukan aku bila dia orang susah je. Bila aku senang, semua nak dekat. Bila susah semua biarkan aku. Seolah olah aku ni betul betul tak wujud. Dahlah birthday aku pun tak ingat. Aku terasa betul dengan perangai korang. Aku sabar and diam je bila korang buat macam tu kat aku. Aku buat blog ni bukan untuk mengutuk korang tapi apa yang aku cakap semua ni betul.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni korang macam nak tak nak je kawan dengan aku. Aku ni teruk sangat ke? Hodoh sangat ke? Aku tanya ni weh, teruk sangat ke perangai aku sampai korang suka palau aku. Apa tu palau? Macam aku cakap dengan kau, kau cakap dengan orang lain. Kau tak dengar pun cakap aku. Itulah namanya fake friend. "Ya Allah, berikanlah aku seorang kawan yang betul betul baik." Amin...

Siapa aku sebenarnya? Layak ke aku untuk dijadikan kawan baik? Semua kawan baik aku entah kemana. Langsung tak tanya khabar aku. Terbalik. Aku pulak yang tanya khabar korang. Korang?Langsung tak ingat aku. Kalau ingat kenapa tak tegur aku kat facebook? Padahal aku selalu je on fb tu.

Bak kawan lama, kawan baru. Semua sama je. Lebih baik aku ni tak payah ada kawan. Ada kawan serupa macam takde kawan. Sama je kan? So deal. Sekarang ni aku lebih suka bersendirian tanpa kawan. Kalau tak duty kat koop tu, aku saja duduk library nak pinjam buku. Tapi library pulak tutup untuk budak pt3 oral. Sibuk je hehe. Aku takdelah nak betugas hari hari. Aku bukan hadap sangat koperator terbaik tu. Aku datang bertugas, bertugas. Asalkan aku amanah, jujur, ikhlas. Bukan kerana duit.

Kalaulah hidup aku ni dihargai... Hargai aku bila aku dah susah payah tolong orang. Aku tau yang aku ni tak berapa layak nak jadi kawan korang sebab aku tak sempurna. Semua orang tak sempurna melainkan Allah swt. Siapa kau nak judge aku? Judgelah aku sampai aku dah takde kat dunia lagi. Baru puas hati korang kan. Insyaallah satu hari nanti aku akan lupakan semua masalah aku. Macam mana? Err rasanya aku nak pergi pantai sebab kat negeri sembilan ni kan famous dengan pantai. Port Dickson :) Tapi kalau boleh aku nak pergi jauh lagi supaya semua masalah ni hilang...

Sakitlah kepala aku asyik fikir pasal ni je. Bila aku sibuk, masalah ni takde sangat dalam kepala aku. Bila aku bosan sorang sorang, mesti masalah tu datang. Boleh aku tanya pendapat korang macam mana nak lupakan semua masalah aku? Aku harap sangat pembaca blog aku ni bagi pendapat atau komen yang betul betul buat aku rasa tenang. Anybody want to share your opinion about my problem now? Please guys, I really want your feel, opinion.

Terima kasih sebab sudi baca luahan hati Ira ni...
Thans for read guys!


Comments

Fatin Liyana said…
Assalamualaikum awak. Saya first time datang sini. Banyakkan bersabar ye awak. Saya pun pernah alami situasi macam awak. Saya dipulaukan housemate saya (aka classmate degree saya jugak) . Entah la, rasa diri ni sangat tak dihargai. Saya banyak tolong diorang terutama sekali pasal transport, sebab saya drive ke kuliah. Diorang ni cuma menumpang. Kalau saya ni kejam sangat, saya tak tumpangkan diorang pun. Tapi saya bukan orang kejam. Memang banyaklah yang saya dah tolong diorang.

The saddest thing happened to me is, kawan yang saya sangkakan kawan rapat masa kat sana tu, tikam saya dari belakang. Diorang aibkan saya di facebook. Kecewa sangat hati ni. Sampai sekarang dan bila-bila saya takkan lupakan perbuatan mereka pada saya.

Nasihat saya pada awak, banyakkan berdoa ye. Kita orang Islam ni, senjata kita adalah melalui doa. Doakan je yang baik-baik, moga diorang berubah. Kalau mereka bukan untuk awak, sampai satu masa nanti akan ada sahabat yang betul-betul menghargai awak. Percaya pada DIA. Dia tak akan uji kita jika kita tak mampu menangani masalah tu. I pray the best just for you. Ehh panjang pulak komen kita. Hehehe

Don't be sad. Allah kan ada :')
Nyamuk Terbang said…
renung balik apa kesalahan diri....
NuSaNa NoSa 91 said…
besrsabarlah.. muhasabah diri.. andai bukan salah sendiri, ada hikmah di masa hadapan.. insya-Allah, pelangi akan hadir selepas hujan.. ^_^

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam