Bab 35
Fareen
yang sedang leka berborak dengan para tetamu disapa oleh tunangnya tiba-tiba.
Dia hairan, muka Azrie tidak seceria selalu. Lantas lengannya ditarik kemudian
dibawa ke suatu tempat. Kenapa dia bawak aku kat tepi kolam renang pulak ni?
Azrie nak bunuh aku ke, fikir Fareen.
“Isy sakitlah Azrie!” Bentak Fareen.
Muka Azrie berubah masam lalu memandang sinis pada Fareen yang mengaduh
kesakitan kerana lengannya dipaut erat.
“Awak ni sebenarnya kenapa? Tiba-tiba je
bawak saya kat sini? Nak bunuh saya ke?” Soal Fareen selamba lalu menarik
tangannya.
“Fareen, maafkan saya. Saya tak sengaja
tarik tangan awak tadi. Sebenarnya saya cuma nak tanya awak, betul ke Aida
masuk hospital gila?” Getus Azrie.
“Kalau betul pun, kenapa awak tanya?
Awak masih ada hubungan dengan dia ke?”
“Hubungan? Nope sayang. Bila masa saya
ada hubungan dengan dia lagi? Saya cuma cintakan awak sorang dan saya akan
setia dengan awak sorang. Saya cuma tanya je kan.”
“Kalau betul awak cintakan saya dan
setia dengan saya, kenapa awak tanya lagi pasal Aida? Saya rasa baik kita
bincang pasal perkahwinan kita dari cakap pasal dia.”
“Sayang, look at me. I will married you
next month. As soon as posibble. You will be mine sayang... I never let you go.”
Gumam Azrie.
“Azrie, awak sayangkan saya kan?”
“Of courselah sayang. Kenapa?”
“Kalau betul awak sayangkan saya, saya
nak sangat jumpa Aida kat dalam hospital tu. Saya rasa bersalah sangat awak.
Disebabkan saya, Aida gila. Dia gilakan awak. Saya tau saya ni perampas.
Kalau
saya tak muncul mesti awak tak putus dengan Aida. Emelyn ada cakap yang Aida
selalu sebut nama awak sebelum dia gila.” Terang Fareen panjang.
“Sayang, apa yang awak merepek ni?
Jangan jadi bodoh boleh tak. Fareen please, jangan sebut lagi pasal dia. Dari
dulu saya tak pernah cintakan dia dan saya tak pernah ada perasaan langsung kat
dia. Saya couple dengan dia pun dulu sebab dia cantik. Tu je. Saya takkan
benarkan awak lawat dia kat sana. Kalau dia sakitkan awak lagi, macam mana?
Saya tak nak kehilangan awak lagi, Fareen. Saya terlalu sayangkan awak lebih
dari saya sayangkan diri saya sendiri.” Ujar Azrie sambil meletakkan tangannya
di dahi Fareen.
“Saya akan pergi jugak. Tapi awak kena
ikut saya sekali. Saya tau kat Tanjung Rambutan tu bahaya sebab tulah saya ajak
awak. Esok kita pergi tau.” Getus Fareen.
“Tapi awak... Yalah saya ikut awak.”
“Fareen, Fareen... Ternyata awak ni
keras kepala jugak. Aku ingatkan perempuan lembut macam kau tak degil. Hmm...”
Desis Azrie di dalam hati.
Fareen baru nak melangkah pergi,
tiba-tiba dia tersepak air lalu hampir terjatuh di dalam kolam renang. Nasib
baik Azrie sempat memeluk Fareen dari terjatuh ke dalam kolam renang. Mata
mereka bertatapan untuk seketika.
“Awak okey?” Soal Azrie.
“Saya okey. Terima kasih Azrie. Kalau
awak tak sambut saya tadi, mesti saya dah jatuh kat dalam kolam tadi.” Desis
Fareen.
“Malunya aku! Dahlah dia peluk aku depan
orang ramai. Tapi bagus jugak. Kalau dia tak peluk aku tadi, dah lama aku basah
kuyup jatuh kat dalam kolam ni.” Getus Fareen di dalam hati.
“Haa Azrie, kenapa tak ajak Fareen makan
sekali?” Sampuk Puan Syazira.
“Err, Azrie dah ajak Fareen tadi. Dia
yang tak nak. Katanya nak diet.” Seloroh Azrie sambil tersenyum.
“Diet? Bila masa saya cakap macam tu
tadi? Awak yang tiba-tiba tarik saya ke sini.” Getus Fareen lalu mencubit
lengan Azrie.
“Tapi tunggu orang ramai baliklah....”
Sambung Azrie.
“Memanglah tunggu orang balik dulu.
Senang kita buat perbincangan. Nak buat wedding kat mana, design baju, khemah
lagi.” Ujar Puan Syazira lembut.
“Mama, kalau boleh Reen nak wedding yang
biasa-biasa jek. Nanti orang kata Reen ni saja nak kikis harta Azrie.”
“Takpe sayang. Azrielah satu-satunya
anak lelaki kami. Apa salahnya nak buat besar-besaran. Kalau boleh mama nak
buat wedding kat hotel. Mama nak jemput semua kawan-kawan mama. Fareen pun
jangan lupa jemput semua kawan-kawan Fareen tau.” Balas wanita yang memakai
shawl itu.
Sememangnya dia mahukan perkahwinan yang terbaik buat anak lelakinya
itu. Sebelum dia tutup mata, biarlah anak-anaknya bahagia.
“Sengih-sengih! Macam badut aku tengok
kau ni. Aku tengok kau dari tadi mengelamun. Sharelah sikit kat aku.” Getus
Balqish lalu duduk di birai katilnya.
“Badut? Sampai hati kau kata aku badut.
Mana ada aku mengelamun. Aku cuma tengah fikirkan masa depan aku. Aku rasa
lepas kahwin nanti aku nak berhenti kerja lepas tu sambung belajar. Lagipun
duit aku dah cukup kut rasanya.” Ujar Fareen serius.
“Berhenti kerja? Aku rasa baik kau tak
payah berhenti kerja. Kalau nak sambung belajar, kau kerjalah part time kat
butik bakal mak mertua kau tu. Nanti kalau kau nak pergi kampus, siapa yang
bagi duit poket hari-hari kat kau en?”
“Hmm, betul jugak apa yang kau cakap tu.
Aku tak nak susahkan orang. Lagi-lagi Azrie. Parah ni kalau dia tau aku nak
sambung belajar.” Getus Fareen.
“Tahu takpe. Aku tau kau memang tak suka
susahkan orang. Dulu masa kita nak datang sini pun, kau tak mintak duit kat mak
ayah kau, apa lagi nak mintak kat Azrie. Memang taklah kan. Tapi bukan ke kalau
dah kahwin, suami kena bagi nafkah kat isteri? Wuu bestlah kau! Hehe...”
Seloroh Balqish.
“Dahlah wei. Jom tidur? Mata aku
tiba-tiba rasa ngantuk.”
“Tulah kau. Bila cakap pasal kahwin,
mesti ngantuklah, nak pergi toiletlah bagai. Macam-macam alasan yang kau bagi
kat aku. Kau kena ingat, tak lama lagi kau akan jadi isteri orang.” Desis
Balqish.
Fareen terus menghempaskan badannya di
atas katil lalu terlelap. “Isy dia ni, bila aku cakap je mesti tidur. Fareen,
Fareen...” Desis Balqish.
Comments