Bab 33
Hujan lebat
membuatkan Fareen terasa dingin dan sejuk sekali. Rindunya kat dia, ujar Fareen
sejurus memerhatikan keadaan deruman ombak yang berdekatan dengan rumahnya.
“Reen... Bila Reen nak pergi majlis
konvokesyen Azrie tu? Ibu tengok Reen duduk rumah, makan tidur jek... Puan
Syazira tak marah ke kalau Reen tak masuk kerja? Dah berapa hari dah ni Reen
cuti.” Getus Farah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fareen.
“Rasanya esok kut. Reen ingat, Reen nak
belikan Azrie sesuatu yang berhargalah. Nak mintak tolong Balqish, dia sibuk
kerja kat KL. Aqilah pulak... Dia tidur rumah sepupu dia yang kat Kedah tu. Hmm
siapa ek Reen nak mintak tolong? Haa, ibulah. Nanti kalau tak hujan malam ni,
teman Reen pergi kedai hadiah eh... Bolehlah bu.” Dengus Fareen pada ibunya.
“Fareen Nuralisa, anak ibu...” Panggil
Farah sambil mengusap lembut rambut Fareen.
“Ya ibu?”
“Reen tahu kan yang Reenlah satu-satunya
anak ibu? Ibu harap ibu dapat tengok kamu berumah-tangga dan ibu nak sangat
kamu sentiasa bahagia bersama Azrie. Nanti ibu akan cakap dengan Azrie yang dia
tak boleh kecewakan anak ibu ni...” Luah ibu sambil menitis air matanya.
“Reen janji, Reen akan sentiasa
bahagiakan ibu dan buat ibu bangga. Itulah impian Reen selama ni. Pasal Azrie
tu, ibu jangan risau. Kami saling mencintai...” Balas Fareen lalu memeluk
ibunya.
“Ingat pesan ibu, jangan derhaka pada
suami kamu bila dah kahwin nanti. Ikut je apa yang dia suruh. Ibu harap Reen
dengan Azrie akan kekal selamanya. Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu
berdua.”
“Amin, terima kasih ibu kerana doakan
kebahagiaan kami. Reen sayang ibu...”
Pagi ini, Fareen bersolek nipis saja
untuk kelihatan lebih menyerlah kerana hari ni merupakan hari penting buat
tunangnya. Dia menggayakan jubah puplem yang berwarna merah jambu dan juga
selendang di atas kepalanya.
Setelah bersiap dalam sepuluh minit,
Fareen terus saja masuk ke dalam perut kereta abahnya, Hairul. Abah akan
menghantarnya sampai ke terminal lalu dia akan menaiki bas saja untuk ke Kuala
Lumpur.
“Terima kasih abah.” Kata Fareen lantas
mengucup tangan Hairul. Dia pantas naik ke dalam bas supaya tidak terlambat.
Fareen berharap sangat yang dia tidak
terlambat untuk menghadiri majlis konvokesyen tunangnya hari ini. Dia
mengeluarkan kotak jam Casio dari beg sandangnya sambil merengus,
“Harap-haraplah aku cepat sampai. Kalau tak mesti Azrie kecewa sebab aku tak
datang ke hari istimewanya.”
“Datang pun anak mama ni.” Getus Puan
Syazira sambil tersenyum ke arah Fareen.
“Mana Azrie, ma?” Fareen cuba mencari
kelibat Azrie. Batang hidung Azrie pun dia tak nampak. Mana tunang aku ni?
“Hai sayang... Terima kasih kerana sudi
datang.” Ujar Azrie dari belakang sambil menutup mata Fareen dengan tangannya.
“Awak... Saya cari awak dari tadi tau.
By the way, nah. Ni hadiah khas untuk awak. Ibu yang cadangkan saya belikan
hadiah ni. Suka tak? Sorry tau sebab saya lambat. Bas banyak berhenti tadi.”
“Sweetlah korang ni. Cemburu aku
tengok... Fareen, awak sorang je yang datang? Mana Qish?” Tanya Ariff.
“Aqish kan kerja. Dah lupa ke? Apa pun
tahniah kat korang tau sebab dah berjaya dapatkan segulung ijazah.” Tukas
Fareen.
“Thanks a lot sayang. Suka tu memang
suka tapi kalau awak ada lagi saya suka. Saya tak kisah kalau awak lambat 12
jam pun saya terima. Sebabnya awak terlalu istimewa dalam hati saya ni. Tanpa
hadiah ni pun, saya tetap akan hargai awak sayang...” Luah Azrie.
Fareen begitu terharu mendengar luahan
hati tunangnya ini. Macam tak percaya ada jugak lelaki yang sanggup
berterus-terang depan kawan-kawan dia. Awak pun terlalu istimewa dalam hati
saya Azrie, desis Fareen dalam hati.
“Baguslah kalau kamu semua ada kat sini.
Malam ni mama nak adakan kenduri kesyukuran dan Azrie, jemput semua kawan-kawan
kamu ya?” Sampuk Puan Syazira.
“Baiklah mama. Azrie akan jemput semua
kawan-kawan Azrie termasuklah my sweetheart ni...” Jawab Azrie sambil mencuit
nakal hidung Fareen.
“Apa kata kalau mama tangkap gambar kamu
semua? Boleh buat kenang-kenangan nanti.” Tukas Puan Syazira lantas
mengeluarkan kamera.
“Wait mama... Ambik gambar Azrie dengan
tunang kesayangan Azrie dulu.” Sampuk Azrie.
“No problem my son.”
Emelyn yang berdiri tidak jauh dari situ
terserempak dengan Fareen. Fareen memandang sinis terhadapnya.
“Err, Fareen... Bukan kau tengah tangkap
gambar ke tadi?” Getus Emelyn.
“Kenapa? Kau nak bunuh aku lagi ke? Mana
Aida? Ratu cantik dunia tu? Bukan hari ni dia pun konvokesyen ke.” Sindir
Fareen. Hatinya mula panas apabila teringat kejadian yang menimpanya tempoh
hari.
“Tak Fareen. Sebenarnya aku nak mintak
maaf kat kau. Aku dah banyak dosa kat kau. Tolonglah maafkan aku. Aku takde
niat pun nak bunuh kau. Ni semua rancangan Aida. Aku ikut aje. Memanglah hari
ni dia konvo tapi...” Luah Emelyn.
“Tapi apa?”
“Dia dah masuk hospital sakit jiwa kat
Tanjung Rambutan. Dia memang dah gila wei. Aku sedih sangat tengok perangai
dia. Sebab lelaki dia boleh jadi macam tu. Sejak family dia tinggal kat luar
negara, hidup dia makin liar. Dia dah mula pergi club. Dia dah mula hisap
rokok. Hidup dia dah tak tentu arah sekarang ni. Aku dah tahan dengan perangai
dia sebab dia selalu ketawa sorang-sorang. Lepas tu dia selalu sebut nama
Azrie, nama kau...
Dia banyak kali cakap yang dia nak bunuh
kau. Sebab tulah aku hantar dia masuk hospital sakit jiwa biar dia tenang kat
sana.” Terang Emelyn panjang lebar.
“Astagfirullah. Dia dah gila sebab Azrie?
Ya Allah, kau tahu tak Emelyn yang perbuatan kau tu salah. Kenapa kau hantar
dia kat hospital gila? Kenapa kau tak bawak dia jumpa ustaz ke supaya dia boleh
tenang? Ataupun kau buatlah apa yang patut. Aida tu kan kawan kau. Sampai hati
kau buat macam tu kat dia. Tergamaknya kau.” Ujar Fareen.
“Tapi Reen, dia betul-betul dah gila!
Disebabkan Azrie, Aida jadi macam tu.”
“Suka hati kaulah. Aku tak nak campur.
Itu semua urusan korang. Bye, Assalamualaikum...” Getus Fareen lalu melangkah
ke bilik air.
Comments