Bab 32
Tiga
bulan kemudian
Akhirnya Fareen
berjaya membuat pembedahan plastik di pipinya yang terkena asid itu. Sampai
saja di lapangan terbang KLIA, Fareen terus menarik bagasinya dan mendekati
seorang lelaki yang amat tampan. Azrie Haikal, lelaki yang berjaya mencuri
hatinya dan kini dia bergelar tunang yang amat dicintainya.
“Hai sayang... Makin cantik awak
sekarang. Saya besyukur sebab awak berjaya melakukan pembedahan itu. Congrate
sayang.” Getus Azrie lalu membuka kaca mata hitamnya untuk melihat wajah
tunangnya itu.
“Thank you. Saya besyukur jugak sebab
tunang saya ni takde perempuan lain selain saya.” Jawab Fareen lantas mereka
jalan beriringan.
“Perempuan lain? No never okay. Saya
takkan pandang perempuan lain selain tunang saya yang cantik ni.” Desis Azrie.
Romantis sekali gaya percakapan Azrie lalu dia mencubit perlahan pipi Fareen.
“Awak, maafkan saya sebab baru hari ni
saya boleh balik. Disebabkan saya perkahwinan kita ditangguhkan.”
Azrie pantas meletakkan jari telunjuknya
pada bibir Fareen. “Tak sayang. Bukan sebab awak. Saya sendiri yang nak
tangguhkan perkahwinan kita tu atas sebab tertentu.”
“Kalau awak dah cakap macam tu,
takpelah... Awak boleh tak sebelum awak hantar saya balik PD, kita singgah
makan dulu? Saya laparlah.” Getus Fareen sambil mengusap perutnya.
“Why not sayang? Jomlah. Saya pun dah
lapar sangat ni.” Jawab Azrie.
“Tak guna!!! Aku benci perempuan kampung
tu. Sebab dia, aku merana. Azrie, kenapa kau suka sangat kat perempuan tu hah?
Hahaha...”
“Aida, janganlah macam ni. Aku tak nak
kawan aku ni jadi gila disebabkan lelaki bodoh tu. Babe, dah dua bulan kau
macam ni. Kalau family kau yang kat luar negara tu tau keadaan kau macam ni,
mesti dia orang marah. Dia orang akan salahkan aku...” Ujar Emelyn sebak.
“Siapa kata aku gila? Perempuan kampung
tu yang gila! Dia gilakan Azrie. Kalau takde orang bagitahu Fareen kat
hospital, awal-awal lagi aku dah bunuh dia. Cepat bagitahu aku, siapa yang
bagitahu Fareen ada kat hospital, hah!!!” Jerkah Aida lantas mencekik leher
Emelyn.
“Sabar babe. Nanti aku akan siasat siapa
dalangnya.”
“Aku terlalu sayangkan dia wei. Aku
sanggup buat apa je demi Azrie. Kalau aku tak dapat dia, aku akan pastikan yang
orang lain pun tak dapat dia. Please babe, tolong aku...” Rintih Aida.
“Aida, Aida... Malang betul nasib kau.
Sebenarnya akulah dalangnya. Aku akan buat kau terseksa. Macam mana kau buat
aku dulu, macam tulah aku akan balas balik kat kau.” Desis Emelyn di dalam hati
sambil menjeling tajam ke arah Aida.
“Emelyn, kau dengar tak apa yang aku
cakap tadi?”
“Haa dengar-dengar...” Tukas Emelyn
sambil tangannya ligat menyentuh skrin telefon bimbitnya untuk menghantar mesej pada Azrie.
Wei,
ko tk nk report polis ke ats ap yg jdi kt Fareen?
Tak.
Biarlah Allah swt yg balas semua perbuatan dia tu...
What?
Fareen cedera teruk smpai koma, ko tk nk report? Lelaki jenis ap ko ni! Bukan
ko tunang dia ke.
Klau
aku report, kau pun boleh msuk penjara. Sbb kau pun terlibat sama kan.
Emelyn terdiam. Dia terus membaling
telefonnya ke atas katil. Macam mana dia tau yang aku pun terlibat sama?
“Woi, apesal kau baling telefon kau? Kau
dah lupa ke yang telefon tu aku yang belikan bulan lepas. Telefon mahal tu...
Kau ni tak reti hargai barang langsung!” Marah Aida lalu mencapai telefon
Emelyn.
Buntang matanya apabila dia terbaca
banyak mesej Azrie di dalam inbox. Dia leka membaca mesej-mesej itu lalu
kulitnya yang putih melepak itu terus bertukar menjadi merah menyala.
Aida yang sedang nak angin terus
membaling telefon kepunyaan Emelyn tepat ke arah dinding. Pecah berderai
Samsung Note III yang berwarna merah jambu itu. Terkejut beruk Emelyn apabila
Aida membaling telefon bimbitnya.
“Kenapa kau baling telefon aku sampai
pecah?” Soal Emelyn sambil mengutip telefonnya yang pecah berderai. Habis skrin
telefonnya retak dan secara keseluruhannya rosak.
“Kenapa aku baling telefon kau? Eh
betina, baik kau mengaku sekarang yang kau tu dalang yang sebenar! Kau jangan
nak tuduh orang lainlah wei. Kang kau yang aku sumbat masuk penjara.” Getus
Aida tidak puas hati lalu ketawa.
“Jangan babe. Aku merayu kat kau ni. Aku
boleh jelaskan...”
“Jelaskan apa lagi? Dah terbukti kat
dalam telefon kau tu yang kau bagitahu Azrie pasal rahsia kita kan? Kau dah
janji kan tak nak bagitahu sesiapa pasal ni. Sampai hati kau Emelyn.”
“Aku... mintak maaf, Aida...” Balas
Emelyn lalu melangkah ke ruang tamu untuk mencari telefon rumah.
Dia pantas mendail nombor telefon
hospital sakit jiwa. Dia takut Aida membunuhnya. Kadang-kadang si Aida ni
bukannya betul. Dah gila! Gilakan jantan, orang lain jadi mangsa.
Comments