Skip to main content

Kerana Dia Istimewa Bagiku 1



Bab 1
Suasana di kampus hari ni begitu membingitkan telinga Azrie. Tumpuannya hendak fokus pada pelajaran terganggu kerana pelajar perempuan di depan mejanya sibuk bergosip. Entah apa yang digosipnya dia pun tak tahu. Biasalah perempuan...

Sudahlah bulan depan ujian semesternya bakal bermula. Dah dua kali dia gagal. Kali ni Azrie tak mahu gagal buat kali ketiga.

“Rajinnya you... Exam lambat lagi kan. Malam ni I dengan kawan-kawan nak pergi main boling. You nak join? Please sayang...” Lembut Aida berbahasa pada teman lelakinya itu. Azrie naik muak. Tiap kali dia nak belajar ada je yang menganggu. Lagi-lagi teman wanitanya ini. Huh!

“Kau pergi jelah... Lagipun malam ni aku nak study. Kau tahu apa? Tak pun kau ajak je Ariff ni haa.” Balas Azrie kasar. Aida mengetap bibirnya apabila mendengar kata-kata dari kekasihnya yang agak ‘liat’ nak pujuk ni.

“Isy apa aku pulak? Aku nak ikut Azrie study. Dia buat study group malam ni. Kau awek dia takkan tak tahu kot? Tahu nak enjoy je. Belajar malas!” Ujar Ariff sinis pada Aida.

Merona merah wajah Aida apabila Ariff melemparkan kata-kata sinis kepadanya. Lantas tangannya mencubit lengan Ariff yang kepoh tu. Namanya je lelaki tapi mulut kepoh macam mak nenek!

“Eii sayang! Tengoklah kawan you ni... Gediklah! I tak habis cakap lagi dia dah menyampuk. You ni buat study group, tak ajak I pun. Malam ni I nak ikut youlah. Pasal main boling tu cancel...” Getus Aida lalu memeluk lengan Azrie. “Mengada-ngada...” Desis Ariff di dalam hati.

“Aida! Apehal malam ni cancel pulak? Kau dah janji dengan kita orang kan. Nak pegi study konon. Macamlah kau tu rajin belajar macam boyfriend kau tu. Nama je awek budak hot.” Tegur Emelyn pada Aida. Aida mendengus geram. Kalau nak ikutkan hatinya, sahabatnya Emelyn ni dah lama makan kasut tumit tingginya. Sabar Aida... Nanti tahulah dia kena dengan aku!

Azrie tersenyum sinis melihat gaya kekasihnya itu. Bila fikir balik, macam manalah aku boleh terpikat dengan dia dulu? Mungkin aku suka kerana kecantikan dia je kut. Perangai... Failed!

“Azrie...” Panggil Ariff sambil memegang dua cawan air coke. Dia mengambil tempat di sebelah sahabatnya yang sibuk menelaah pelajaran.

“Apa? Jawab Azrie pendek.

“Malam ni jadi kan nak study group?” Tanya Ariff. Azrie hanya mengangguk saja. “Wei betul ke lepas exam nanti kau nak pergi Port Dickson? Tak ajak aku pun.”

Tersentak Azrie apabila Ariff bertanyakan soal ke Port Dikson itu. Niatnya memang nak ajak Ariff. Ariff ni pun satu. Belum apa-apa lagi dah kecoh.

“Ye betul. Macam mana kau boleh tahu ni? Aku memang nak ajak kau pun.” Ujar Azrie sambil menikmati mi goreng. Sebelah tangannya makan, sebelah lagi menyelak helaian buku rujukan. Pening kepala Ariff melihat rakannya ini. Boleh jadi gila kalau dia jadi Azrie.

“Twitter. Semalam aku ada tengok kau twit pasal Port Dickson tu. Ada apa kau nak pergi sana?” Soal Ariff  lagi. “Saja nak tenangkan fikiran. Kau jangan bagitau sesiapa tau. Terutama Aida. Kalau kau bagitau dia, nahas kau aku kerjakan. Aku tak nak dia tahu. Nanti dia kecoh. Kalau dia ikut, tak kuasa aku nak layan dia.” Ujar Azrie panjang lebar.

“Okey bos! Aku kan member kau. Aku takkan bagitau dia punya. Tak sabar aku nanti. Kat sana mesti ramai awek cun.” Getus Ariff lalu tersenyum sendiri. Azrie menggelengkan kepalanya. Ariff ni baik orangnya. Ke mana dia pergi, kat situlah dia ada. Ariff... Arif...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayangkan seseorang

Assalamualaikum guys... 1. Dia selalu memberikan alasan untuk berjumpa walaupun sekadar ingin memandang wajah kita, *rindu la tu 2. Dia akan mendengar dengan teliti apa yang ingin disampaikan oleh kita 3. Selalunya dia akan ingat apa yang kita telah katakan kepadanya 4. Selalu pandang kekasih mereka tepat pada mata, masa nilah perempuan selalu tersipu malu 5. Sentiasa bercakap mengenai masa depan hubungan mereka, kalau boleh memang ingin sampai kahwin *well sape tak nak kan kahwin dengan orang yang dicintai 6. Selalu bertanyakan khabar kita walaupun busy, paling kurang dia akan menelefon kita atau menghantar mesej 1 kali sehari atau 3 kali seminggu. 7. Akan cuba menyukai apa benda yang kekasihnya sukai, seperti musik, makanan, minuman dll 8.  Akan memberitahu apa yang dia sukai tanpa kita suruh 9. Kadang-kadang perangai mereka boleh jadi kebudak-budakkan demi melihat kekasihnya tersenyum atau ketawa 10. Cakap banyak lebih dari kebiasaannya bila dengan kita, 11. Aka...