Skip to main content

Diari Cinta Eryna 33



Bab 33
“Arul... Papa nak Arul uruskan projek perluasan tanah kat Johor Bahru. Assistant papa dah confirmkan yang tanah kat situ memang sesuai untuk projek kita.” Pinta Dato’ Fadzli pada Fakhrul Izwan.
“Arul okey je. Tapi macam mana dengan Eryna? Takkan dia nak tinggal sorang kat sini?” Getus Fakhrul Izwan.
“Baik Arul bincang dulu dengan Eryna okey? Kalau tak boleh nanti, susah jugak sebab projek kita tu penting.”
“Ya pa. Nanti Arul bincang dengan Eryna dulu macam mana eh.”
“Okey. Dah, pergi sambung buat kerja sana.”


“Eryna... Aunty sebernanya nak mintak maaf kat kamu.” Dengus Datin Zara padaku. Terkejut jugak aku bila Datin Zara tiba-tiba telefon aku cakap nak jumpa.
“Mintak maaf untuk apa?”
“Pasal anak aunty, Emylia. Aunty tau, Emylia dah banyak menyusahkan Eryna kan? Sebab tu aunty datang sini sebab nak tebus balik kesalahan tu. Lagi satu sebernanya Emylia mengandung bukan anak Arul...” Terang Datin Zara.
“Apa? Astagfirullah. Habis tu anak siapa? Soalku.
Datin Zara terus memegang erat jari-jemariku.
“Sebernanya Adila dah cerita semua kat aunty pasal Emylia. Emylia mengandung anak boyfriend dia, Irfan. Irfan tak nak bertanggungjawab sebab tu Emylia cakap dengan semua orang yang anak dalam kandungan dia tu anak suami kamu, Arul.” Jelas Datin Zara.
Aku mengurut dadaku tanda syukur. Aku besyukur sangat kerana Allah swt dah berikan petunjuk padaku. Aku lega kerana anak yang dalam kandungan Emylia tu bukan anak Arul tapi anak orang lain. Alhamdulillah... Tapi, aku berharap sangat yang Emylia tu berubah ke arah jalan yang benar.
“Terima kasih aunty sebab bagitau saya.” Kataku lalu mengucup tangan Datin Zara.
“Sama-sama nak...”


“Sayang... Minggu depan abang kena uruskan projek perluasan tanah kat Johor Bahru.  Sayang tak kisah ke?” Ujar Fakhrul Izwan padaku. Mataku leka memandang skrin laptop. .
“Eryna, awak dengar tak apa yang abang cakapkan tadi?” Soal Fakhrul Izwan lalu mencuit bahuku. “Dengar...” Jawabku pendek. “Sebernanya abang nak sayang ikut sekali. Tapi takut sayang sibuk ke.” Getus Fakhrul Izwan.
“Saya tak tau lagilah boleh ikut ke tak sebab dulu kan saya banyak sangat cuti.”
“Kalau macam tu nanti kempunanlah abang nak tidur dengan awak...”
“Sekejap aje kan.”
“Sekejap sayang cakap? Tak silap abang seminggu.”
“Tak apa saya okey je kat rumah ni sorang-sorang...”
“Abang rasa better sayang tidur rumah mama jelah. Abang risaulah kalau sayang duduk kat rumah ni sorang-sorang. Bahaya tau tak?” Getus Fakhrul Izwan lalu mencubit pipiku. “Sakitlah abang!” Jeritku sambil mengusap pipiku.
“Abang nak apa-apa ke? Saya nak turun ni...”
“Boleh jugak. Abang nak Nescafe satu?” Gurau Fakhrul Izwan.
“Awak ingat ni kedai mamak ke? Okeylah Nescafe ek?”
“Yup!”
“Nah Nescafe... Sedap tak?”
“Hmm, biar abang rasa dulu. Sedapnya! Pandai sayang buat...”
“Tengok tanganlah, hehehe...”
“Abang... Saya nak mintak maaf sebab banyak buruk sangka kat abang selama ni.” Ujarku sambil melentokkan kepalaku di bahu Fakhrul Izwan.
“Abang dah lama maafkan sayang. Lagipun sayang mana ada buat salah kat abang? Cuma abang je...”
“Hmm... Abang, sebernanya Eryna ada something nak bagitau abang ni.”
“Bagitau jelah. Bukan abang ni makan orang pun. Tengok muka sayang tu macam abang ni harimau je.”
“Abang ni, loyar buruk kuat! Sebernanya... Emylia mengandung bukan anak abang. Tapi boyfriend dia, Irfan.” Terangku. Bulat mata Fakhrul Izwan memandangku.
“Irfan? Budak playboy itu? Kesian abang tengok Emylia tu sebab pilih orang yang salah.”
“Awak ni tak baiklah cakap macam tu. Semua orang boleh berubah termasuklah Emylia. Mana tau satu hari nanti Emylia akan berubah jugak?”
“Abang pun harap macam tu jugak. Tapi abang tengok muka dia tu macam tak boleh berubah je...”
“Abang!”
“Ya saya?”
“Saya nak tidur!”
“Tidurlah wahai puteriku yang cantik.” Getus Fakhrul Izwan lalu mengucup pipiku. Fakhrul Izwan terus merebahkan badannya di sebelah isterinya. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku mengusap pipiku. Ish berani betul dia!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...