Skip to main content

Diari Cinta Eryna 13



Bab 13
“Nureen... Sorrylah sebab menyusahkan kau drive kereta aku.” Ujarku pada Nureen. “Mana ada menyusahkan kau. Dah memang tugas aku. Kau kan sakit. Jadi no problemlah!” Balas Nureen sambil matanya fokus memandu.
“Aku tak sabar nak jumpa mak ayah aku. Rindu babe!” Getusku. “Aku pun sama.” Balas Nureen. “Wei lepas ni kita berhenti kejap kat R&R sebab aku nak makan and solat sekali. Kau boleh solat ke kalau tangan kau berbalut macam tu?” Ujar Nureen.
“Okey. Aku rasa tak kut. Doktor kata tangan aku ni tak boleh kena air.” Kataku.”Aku simpati dengan kau ni Eryna. Disebakan Emylia, kau jadi mangsa keadaan. Why not kita report polis aje? Biar dia kena tangkap.” Kata Nureen. “Tak payahlah. Biar Allah swt je yang balas semua perbuatan dia tu. Yang penting benda tu dah lepas. Kalau boleh, aku nak lupakan kenangan pahit tu.” Ujarku.
“Kalau macam tu, okeylah.” Balas Nureen. Aku cuba melelapkan mataku yang tak ngantuk ni. Akhirnya aku tertidur jugak sebab lagu Tinggal Kenangan yang dinyanyikan oleh Saleem dalam radio ni mengingatkan aku kat seseorang. Hmm...
Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagikan seperti dirimu
Oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namu tak lagikan seperti dirimu
Oh kekasih
“Ada apa kau ajak aku lepak kat sini?” Soal Faizal pada Fakhrul Izwan. “Saja, tak boleh ke? Kau kan kawan aku.” Ujar Fakhrul Izwan.
“Sorry ah pasal haritu. Aku tak ada niat pun nak halau kau. Ni semua sebab aku kesiankan Eryna...” Kata Faizal.
“Tak apa. Aku tak kisah pun pasal hari tu. Aku nak tanya kau something ni.” Getus Fakhrul Izwan sambil menghirup air Nescafe. “Apa?”
“Aku dah lama tak dengar cerita Eryna dengan Nureen.” Kata Fakhrul Izwan. “Aku lupa nak bagitau kau. Eryna dengan Nureen balik kampung. Pagi tadi dia orang bertolak pergi Johor.” Ujar Faizal. “Ohh. Kampung dia orang kat Johor?” Dengus Fakhrul Izwan. “Haah. Kenapa kau nak ikut dia orang ke?” Desis Faizal.
“Thanks Izal sebab bagitau aku pasal ni.” Kata Fakhrul Izwan. “No hal bro. But kau memang nak follow dia orang ke?” Kata Faizal. “Haah, kenapa? Kau nak ikut sekali?” Soal Fakhrul Izwan. “Yup...”

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Unive...