Skip to main content

Posts

Ohhh Stalker #14

Bab 14 Y eay! Akhirnya perjuangan aku selama 4 tahun ni berhasil jugak. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Tahun ni umur aku 18. Nanti lepas ni bolehlah aku sambung belajar kat universiti macam abang Afiq! Tapi aku rasa niat aku nak sambung belajar tu nanti jelah. Sebab aku fikir aku nak kerja sambilan dulu. Kalau boleh aku nak kumpul duit sendiri untuk tanggung kos pembelajaran aku. Aku malas nak susahkan papa dengan mama aku lagi. Pasal hadiah yang aku nak beli dulu, aku dah beli dah. Hadiah tu khas untuk si dia. Walaupun hubungan aku dengan Shahrul tak baik, aku tetap nak berbaik dengan dia. Tapi bukan kekasih, aku nak berkawan dulu dengan dia. “Wei Alya, berapa kau dapat?” Tegur Aina di depan pejabat. “Aku dapat biasa jek. Kau cakaplah dulu, kau dapat berapa?” Ujarku. “Aku pun dapat biasa je. 6A jek. Kau? Tapi aku besyukur sangat-sangat sebab berkat kita belajar selama ni ada hasil jugak.” “Aku, Err...” “Lambatlah kau. Bak sini tengo...

Ohhh Stalker #13

Bab 13 “A lya!!! ” Laung abang Afiq. Aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerana perutku sakit sangat sejak dari tadi. Takkanlah disebabkan nasi goreng yang aku makan tadi kut? Ya Allah sakitnya... “Bukak pintu ni kejap.” Pintanya. “Abang nak apa? Alya tak boleh bangunlah.” Memang betul aku tak boleh bangun. Aku dah tak larat nak bangun sebab dari tadi asyik ulang-alik pergi bilik air jek. Macam manalah aku nak jawab paper Add Math dengan Sains esok. “Afiq nak apa?” Aku terdengar suara mama menegur abang Afiq. Yalah terjerit-jerit panggil nama aku. Dia nak apalah agaknya. “Takde ma, laptop Fiq hang lah. Fiq cuba nak tanya Alya dia ada guna laptop Fiq ke tak.” Ujar Afiq. “Kejap mama pergi tanya Alya dulu. Alya, bukak pintu ni kejap.” Aku berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk bangun membuka pintu. Abang Afiq punya pasal, aku terpaksa akur. “Ada apa mama? Alya tak sihatlah. Abang ni mengacau betullah.” Keluhku. “Kalau kau tak guna laptop aku, takdelah aku kacau ...

Ohhh Stalker #12

Bab 12 A ku sedari tadi mendiamkan diri kerana malu nak berhadapan dengan Shahrul. Walaupun aku bersama Aina, tetap malu jugak. Yalah Aina saksi perbualan aku dan juga lelaki itu. Sebenarnya aku rasa sunyi jugak tanpa dia. Aku dah jatuh cinta ke kat dia? Hmm entahlah... “Alya... Alya!” Teriak Aina memanggilku. “Kau mengelamun apa? Esok kita ada temu janji Add Math dengan Sains! Shahrul dengan Faiz dari tadi tunggu kau ajar kita orang add math. Kau nak belajar ke tak ni...” Omel Aina. Aku ketawa sinis lalu mengambil buku latihan Add Mathku dan juga buku rujukan Sains yang kubeli hari tu. Lantas aku menunjukkan satu persatu jalan kerja dari buku latihanku pada dia orang. “Wei Alya, aku tak fahamlah apa yang kau ajar ni. Cuba slow sikit...” Getus Faiz. “Aku slow lah ni. Senang aku ajar sorang-soranglah dulu. Mula-mula aku ajar Aina lepas tu kau, lepas tu...” Aku terkejut melihat kemesraan Aina dan juga Shahrul. Rapatnya dia orang sedangkan aku asyik nak mengelak dari d...

Ohhh Stalker #11

Bab 11 T epat pukul 8.00 malam, aku sampai di rumah Shahrul dengan abang Afiq dan juga Aina. Kalau mama tak suruh abang Afiq teman aku, takdelah dia ikut aku sampai ke sini. Malam ni aku mengenakan baju kurung yang berwarna coklat dipadankan dengan selendang. Kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini. Ramai jugak yang datang ke rumah Shahrul ni. “Masuklah... Terima kasih Tasha, Aina sebab datang.” Pelawa Shahrul di depan rumah. Cantiknya dia malam ni, desis Shahrul di dalam hati. “Ohh rupa-rupanya ni rumah pakwe kau eh. Handsome jugak pakwe kau.” Bisik abang Afiq di telingaku. “Diamlah abang... Kalau dia dengar nanti, buat malu Alya je.” Jawabku kurang senang dengan perangai abang aku sorang ni. “Siapa ni Tasha?” Soal Shahrul sempat lagi mengukirkan senyuman pada abangku. Shahrul pantas bersalaman dengan abang Afiq tanda hormat. “Ni abang ‘kesayangan’ aku...” Getusku. “Asal kau panggil adik aku Tasha?” Soal abang Afiq dengan soalan bodoh. Dah lupa agakn...

Ohhh Stalker #10

Bab 10 “A lya!” Woi cepatlah turun...” Laung abang Afiq kuat memanggilku. Dia ni memang tak reti sabarlah. Aku baru nak pakai baju ni haa. Bukannya meja makan tu lari! Buk! Aku baru nak turun tangga abang Afiq aku dah rempuh aku. Nasib aku tak jatuh sampai bawah tadi. Dah tak pasal-pasal aku timpa dia. Tulah siapa suruh gatal nak naik tangga. Aku nak turun, dia boleh nak naik balik. Tadi beria panggil aku. “Kau ni macam cempedak busuklah! Cepatlah bangun. Sakit badan aku tau tak!” Desis abang Afiq mengaduh kesakitan. Aku pantas bangun dan terus menuju ke meja makan untuk makan bersama papa dengan mama. Aku sengaja mencebikkan bibir biar mama salahkan abang Afiq. Dalam rumah ni, kalau abang Afiq buat salah, mama selalu salahkan aku. Anak lelaki kesayanganlah katakan... “Kenapa ni Alya? Ada masalah ke?” Soal mama sambil mencedokkan nasi ke dalam pingganku. “Tu haa abang sengaja langgar Alya masa Alya nak turun tangga tadi. Sakit badan Alya dibuatnya...” Kataku sambil...

Ohhh Stalker #9

Bab 9 S ejak Tina keluar dari sekolah ni, aku puas. Bukan apa, aku cuma lega sebab takde orang lagi yang nak mengutuk aku. Aku nak fokus dalam kelas pun senang. Shahrul pun tak ganggu aku lagi sejak aku tak bagi dia jumpa aku walaupun sekejap. Sekarang ni aku bahagia dengan hidup aku. “Wei petang ni aku ingat, aku nak ajak kau beli buku rujukan. Lagipun bulan depan kita nak trial spm kan.” Ujarku pada Aina. “Boleh jugak. Tapi tengoklah ayah aku bagi ke tak. Kau tu takpelah anak orang kaya...” Balas Aina. “Alah kau ni... Senang lepas habis waktu sekolah ni, kita pergi nak? Nanti aku bawak kau pergi MPH yang dekat-dekat dengan supermarket tu. Bukan jauh pun...” Nak pujuk Aina ikut aku punyalah susah. Bila aku ajak dia, ada je alasan dia. Err... “Yalah tapi janji sekejap je tau.” Desis Aina. “Yalah mak cik!” Tamat je waktu sekolah, aku terus menghidupkan enjin motorku lalu membonceng Aina. Kita orang cuma nak pergi MPH jek. Sambil-sambil tu boleh survey novel. ...

Ohhh Stalker #8

Bab 8 A ku terkesima melihat taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga mawar dan ada seseorang yang sedang menghampiriku sambil memegang sebuah kotak yang berbentuk hati. Aku lihat dia seperti mahu mengucapkan sesuatu sambil menarik lenganku lalu dia membawaku ke tepi tasik. Wajahnya mirip sekali dengan Shahrul. Serius aku tak pernah lagi pergi ke tempat yang indah macam ni. Aku rasa tenang sangat. Adalah dua tiga ekor angsa sedang berenang-renang riang di dalam tasik. Betul ke sekarang ni aku ada kat sini dengan putera kacak ni? Aku kat syurga ke sekarang ni... Tapi bila difikirkan balik, layak ke manusia yang banyak dosa macam aku ni masuk syurga? Hmm. Lelaki yang di sebelahku masih tersenyum manis. Kotak merah yang berbentuk hati masih lagi dalam pegangannya. Apa isi dalam kotak tu ek? “Alya...” Panggilnya perlahan. Aku terdengar namaku dipanggil. “Tasha...” Aik sekejap Alya, sekejap Tasha. Siapa yang sebenarnya panggil aku ni? Lelaki ni ke orang lain... “Alya bangun....