A
|
khirnya Rif pulang ke tanah air
selepas lima tahun tinggal di Korea kerana melanjutkan pelajaran. Sedang dia
menghabiskan ijazahnya di sana, dia kini berubah. Sambil dia belajar course
kedoktoran, sambil tu jugalah dia mendalami ilmu agama.
Rif yang dulu sungguh berbeza dengan yang
sekarang. Dia yang dulunya berpakaian tidak senonoh dan buruk akhlaknya kini
segala-galanya berubah. Sekarang dia bertudung labuh.
Sampai di rumah dia mendapat kad jemputan
undangan perkahwinan. Rif tidak terfikir apa-apa malah dia terus saja membuka
kad jemputan itu.
******
Keesokan paginya, alangkah terkejutnya Rif
apabila dia melihat kekasihnya melafazkan akad nikah dan menyebut nama
perempuan lain di depannya.
“Ya Allah, Kimi…” Desisnya perlahan. Rif tak
mampu nak bersuara. Dia hanya mampu menahan air matanya, Tubuhnya kaku.
Tangannya menggigil.
Rif memberanikan dirinya untuk mendekati
perempuan yang baru saja menjadi isteri kekasihnya. “Assalamualaikum, tahniah
Hani… Untung awak jadi isteri Kimi,” kata Rif.
“Waalaikumussalam, eh terima kasih. Awak ni
siapa? Kita kenal ke?” Soal Hani hairan. Ternyata Hani memang cantik. Patutlah
Kimi pilih dia.
“Hmm tak kut. Tak perlu rasanya kita kenal.
Cukuplah saya je yang kenal awak. Saya mintak diri dulu. Kirim salam pada Kimi
ya,” ujar Rif.
“Husnina!” Laung Kimi.
Langkah Rif terhenti. Suara tu… Suara tu… Mohd
Hakimi!
Jantung Rif berdegup dengan kencang sekali.
Dia menoleh memandang wajah kedua-dua pasangan sama cantik dan sama padan itu.
“Thanks Husnina sebab sudi datang ke majlis
saya yang tak seberapa ni,”
Rif hanya mengangguk perlahan. Dia tersenyum
nipis.
******
Dua hari Rif pengsan dan tak sedarkan diri.
Wajah Kimi dan Hani berselang seli berlayar di dalam fikirannya. Ya Allah Rif…
Istighfar banyak-banyak. Dia memujuk hatinya sendiri. Selepas pulang dari
majlis Kimi dua hari lepas, dia menangis semahu-mahunya dan terus pengsan.
Malam itu dia melakukan solat istikharah untuk
meminta petunjuk dari Allah SWT. Rif harap Allah permudahkan segalanya, Dia hanya
berserah.
******
Tiga bulan kemudian…
Rif terkejut melihat
keadaan Kimi sekarang. Dia seperti tidak terurus apabila Rif mahu memeriksa
semalam. Hari ni Rif kembali dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Kimi.
“Assalamualaikum,
Hakimi…” Sapanya.
Kimi membuka matanya
perlahan. “Waalaikumussalam…”
“Kenapa awak jadi macam
ni? Badan awak lemah. Awak kurang gula. Rambut awak kusut masai. Apa dah jadi
sebenarnya?”
Kimi tidak menjawab
pertanyaan Rif sebaliknya dia memusingkan tubuhnya.
******
Rif tidak berputus asa
untuk mendapat kepastian dari Kimi. Sejak Kimi ditahan di wad, dialah yang
merawat dan juga menjaganya. Yang menjadi persoalannya sekarang, mana Hani?
Kenapa dia biarkan suami dia tak terurus sebegini?
Semasa Rif mahu
menyuapkan nasi ke mulut Kimi, barulah Kimi bersuara.
“Thanks Husnina. Awak
masih sudi nak jaga saya walaupun saya menduakan awak dulu. Saya mintak maaf
sebab tinggalkan awak dulu. Saya rasa ni lah balasan Allah pada saya sebab saya
kahwin dengan bekas kekasih saya.”
Rif hanya mendiamkan
diri. Dia leka menyuap Kimi.
“Nur Rifhan Husnina…”
Berderau darah Rif
apabila Kimi memanggil nama penuhnya. Dia menghela nafas sebelum dia mahu
menyuakan soalan kepada Kimi. Dia memejam matanya lalu dia memberanikan diri
untuk bertanya tentang Hani.
“Mana isteri awak? Mana Hani? Kenapa dia buat awak macam ni? Sanggup dia tinggalkan awak dalam keadaan tak terurus macam ni,” getusnya.
“Hani menduakan saya
Husnina. Saya ingat dia dah berubah tapi saya tak sangka dia tidur dengan
lelaki lain lepas seminggu kita orang bernikah. Saya betul-betul kecewa Nina.”
Rif diam. Kimi tak tahu
betapa angin, ribut dan taufan yang sedang bergelora di dalam hatinya di saat
Kimi melafazkan akad nikah nama perempuan lain. Sabar Rif….
“Habis tu sekarang dia
kat mana? Awak tinggalkan dia macam tu aje ke atau awak dah ceraikan dia?” Soal
Rif lagi.
“Saya dah ceraikan dia
dengan talak tiga. Saya dah tak tahan dengan perangai dia macam tu. Sekarang ni
saya ingat saya dah boleh lupakan dia tapi perangai buruk dia tu tetap saya
ingat. Saya buntu Husnina. Macam mana saya nak lupakan dia?”
“Saya nak nasihatkan
awak, saya pun bukan alim sangat tapi saya cuba. Jujur saya cakap saya masih
sayangkan awak Kimi. Tipu saya cakap kalau saya tak sakit hati bila tengok awak
bernikah dengan orang lain sedangkan dulu berkali-kali awak cakap yang saya ni
yang terakhir untuk awak. Awak jugak cakap kalau awak ada duit awak akan kahwin
dengan saya lepas apa yang awak buat kat saya dulu. Sekarang Hani dah
tinggalkan awak. Saya rasa baik awak kembali kepada Allah SWT. Berdoa
banyak-banyak. Insya-Allah kalau awak dekat kan diri awak dengan Allah, Allah
akan tolong awak,” ujar Rif panjang lebar.
Kimi terkesima apabila
dia mendengar penjelasan dari Rif. Rif masih sayangkan dia?
Dia tahu Rif belajar di
Korea. Dia juga tahu Rif masih setia dengannya. Mungkin betul ni semua balasan
Allah kepadanya. Dia sudah terlanjur dengan Rif tapi dia sanggup
meninggalkannya begitu saja. Astagfirullah… Aku rasa berdosa sangat buat Rif
macam tu. Aku memang sayangkan dia tapi hati aku berbelah bagi dulu. Aku kalah
dengan ayat Hani. Sebab Hanilah satu-satunya perempuan yang boleh sabar dengan
perangai panas barannya dulu. Mungkin dia pilih Hani dulu sebab dia fikir Rif
akan cari pengganti yang lebih baik darinya.
******
Kimi sudah boleh keluar
dari wad. Dia menuju ke kaunter untuk bertanya tentang Rif. Dia terkejut
apabila pembatu perubatan yang bertugas mengatakan Doktor Rifhan tidak lagi
bertugas di hospital itu. Apabila dia mahu mendapatkan maklumat tentang Rif, pembantu
perubatan itu menjelaskan pihak hospital tidak boleh memberikan sebarang
maklumat kepada orang luar.
Sudah dua minggu Rif
tidak bertugas kerana dia diserang penyakit migrain yang begitu teruk sehingga
sukar untuk melakukan apa-apa kerja.
Rif menghubungi teman
sekerjanya Syira untuk memeriksa keadaannya. Badannya lemah. Kepalanya sakit
mencucuk-cucuk. Dia sering memicit-micit kepalanya. Kalau dulu dia migrain hanya
telan dua biji Panadol. Sekarang, kepalanya bertambah sakit apabila tekan pil
itu. Ya Allah…
Air matanya deras
mengalir apabila mendapati dia mempunyai penyakit barah otak dan mempunyai sel
kanser tahap kritikal. Sebenarnya Syira tak sampai hati mahu memberitahu
tentang penyakit itu. Dia terpaksa memberitahu juga demi kebaikan Rif.
Rif terpaksa ditahan di
wad untuk rawatan lanjut. Semasa dia ditahan di wad, kepalanya masih
mencucuk-cucuk. Dia seperti mahu menghentak kepalanya di dinding. Dia
memicit-micit kepalanya sehingga jatuh di bawah katil.
“Ya Allah…” Kepalanya
terhantuk kuat di atas lantai. Banyak darah yang mengalir dari kepalanya.
Kepalanya berhenti berdenyut. Pandangannya kabur. Akhirnya Rif menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada petang Jumaat itu.
Sudah sebulan Kimi
tidak bertemu dan juga mendengar khabar dari Rif. Mana dia pergi? Sebulan aku
cari dia. Senyap aje. Tak ada apa-apa berita pun.
Kimi pergi ke hospital
di mana tempat Rif bertugas dulu. Dia nekad untuk mendapatkan maklumat tentang
Rif. Kebetulan dia terserempak dengan Syira.
“Tumpang tanya, doktor
kenal Doktor Rifhan Husnina tak? Dia pernah kerja sini dulu. Dialah yang jaga
saya sampai saya sembuh sekarang ni. Please doktor. Saya nak tahu sangat dia
kat mana sekarang,” ujar Kimi pada Syira.
Syira menggeleng
kepalanya. “Awak ni siapa? Kenapa nak tahu sangat pasal dia?”
“Saya Kimi, Mohd
Hakimi… Saya pesakit dia dulu. Saya bekas keka….” Belum sempat Kimi meneruskan
kata-katanya Syira terus menyampuk.
“Oh jadi awaklah
Hakimi, bekas kekasih dia yang tak berhati perut tu? Yes, saya kenal awak Encik
Hakimi. Arwah Rif pernah cerita semua pasal awak dulu pada saya. Saya kesian
kat arwah sebab sebelum dia meninggal dia pegang gambar awak dan belakang
gambar tu ada tertulis dia sentiasa cintakan awak walau macam mana pun awak.
Dia simpan semua rahsia sampai dia meninggal. Saya tahu semuanya Encik Hakimi.
Dia banyak tulis pasal awak dalam diari dia. Saya rasa mungkin dia ada kanser
otak disebabkan terlalu banyak fikir pasal awak yang tak guna ni,” sinis
kata-kata Syira. Hatinya sungguh sakit apabila terkenangkan arwah Rif.
Kimi kaku di situ. Dia
seperti orang mati akal untuk berkata-kata. “Apa yang doktor cakap ni? Husnina
dah meninggal? Haha. Apa yang awak merepek ni doktor! Dia masih hidup lagi.
Kalau tak percaya saya baru usha status facebook dia semalam. Haa, tengok ni,”
ujar Kimi.
“Jom ikut saya,”
Sampai di tanah
perkuburan, terbeliak mata Kimi apabila melihat batu nisan yang tertulis nama
Nur Rifhan Husnina Binti Mohd Farid di depannya.
“Tak ni orang lain,”
katanya seperti tidak dapat menerima kenyataan.
“Saya mintak diri dulu.
Saya harap roh arwah tenang kat sana,” kata Syira.
“Ya Allah Husnina…
Kenapa awak pergi dulu sayang. Saya mintak maaf sebab tak dapat bahagiakan awak
dulu. Saya menyesal sayang. Saya betul-betul rasa menyesal. Ni saya bawak kotak
cincin untuk melamar awak jadi isteri saya tapi awak dah pergi dulu tinggalkan
saya. Saya dah nak tunaikan janji saya pada awak. Nur Rifhan Husnina, awaklah
yang terakhir. Terakhir untuk saya selamanya. Tak ada pengganti lagi. Saya
harap roh awak tenang kat sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman. Saya tetap akan cintakan awak sampai bila-bila sayang,” ujarnya sambil
menangis teresak-esak di atas tanah.
TAMAT
*P/s :
Buat cerita ni sebab Ira tertarik dengan nama sorang member Ira. Nama dia unik. Nur Rifhan Husnina. Pape pun dah lama tak masukkan cerpen dalam blog ni. Enjoy guys! Walaupun karya Ira tak seberapa. Lama dah Ira buat cerpen ni cuma terperap dalam pen drive. Huhuhu.
Pernah tau pen drive Ira kena virus. Lama pulak tu. But now, alhamdulillah karya Ira masih ada untuk korang baca. Macam mana Ira backup pen drive Ira? Google lahh :p Hihi
Comments