Assalamualaikum...
Holla! Selamat malam semua. Kali ni Ira nak share tips macam mana Ira study walaupun Ira ni takdelah pandai sangat. Cuma nak share and bagi kata kata semangat untuk korang. Haa, siapa yang rasa dah study pulun2 tapi tak dapat straight A jugak. Tak dapat 4 flat jugak. Sebenarnya Ira nak tekankan kat sini based on your effort.
Macam ni,
Ada orang dia study pulun2 tapi bila time exam tak dapat jawab sebab malam tu dia overnight. So dia mengantuk otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. Apa yang Ira buat masa ni, tawakal jelah. Kita dah study kan? InsyaAllah Allah tolong.
USAHA + TAWAKAL + DOA
Kenapa 3 benda tu penting sebab kita tak tahu rezeki Allah bagi macam mana. Kadang kadang Ira pelik tau. Ira tengok ada orang tu dalam kelas tak study pun tapi result dia boom! Cemerlang! Kenapa? Sebab kita tak tahu mungkin dia berhubung dengan Allah dalam diam. Ira ada terbaca kat mana mana laman sosial yang kalau dosa kita banyak sangat pun susah ilmu ni nak masuk. So rajin2 lah berhubung dengan Allah ye. Percayalah, Allah akan sentiasa ada dengan kita tak kira susah or senang.
STRES?
Kalau boleh kurangkanlah stres tu senang nak study. Jerawat pun lari hehehe.
Sebenarnya kan, Ira ni jenis study last minute. Kalau boleh Ira nak nasihat kat korang yang amik UPSR, PT3 and SPM bagai tu... Jangan study last minute. Sebabnya nanti korang sendiri yang akan sakit sebab banyak sangat benda nak dibaca. Time tu semua nak hafal. Sebab tu masa Ira sekolah dulu Ira ni kurengg sikit. Masa kat kolej ni lah Ira rasa ok sikit.
Ok sebab ada Test, Quiz, Assignment yang membantu. Kalau takde semua tu berapa jelah markah Ira huhuhu. So Ira fikir ada benda2 tulah Ira semangat nak belajar kat sini walaupun Ira selalu down pastu salahkan kolej ni tapi Ira motivate diri Ira untuk belajar. Study Nadhira! Kau boleh! If korang selalu motivate diri korang time korang down, itu pun sebenarnya membantu korang untuk study tau.
Kali ni Ira tak nak melalut lagi.
Kalau korang rajin cari tips kat encik google ni kan, mesti ramai yang cakap fokus cikgu ajarlah. Fokus apa yang lec ajarlah. Ira jujurlah. Dulu kat sekolah ye Ira fokus, tumpukan perhatian kat cikgu tapi kat u ni... Kadang ada subjek yang Ira malas nak fokus or mengantuk sangat Ira tak tumpukan perhatian pun. Ira main phonelah. Pastu fikir benda lainlah. (Jangan ikut perangai Nadhira yang tak semenggah ni)
Tapi gais... Ira jujur Ira memang study last minute even masa study week pun Ira banyak membuta aje. HAHAHAHA. Sebelum hari atau 2, 3 hari nak exam tulah Ira baru buat short notes. Tengok nota2 slide yang lec bagi then buat nota berdasarkan apa yang Ira faham. Pastu Ira baca yang nota yang Ira buat jelah. Kalau tak faham ke apa, Ira prefer balik nota yang lec tu bagi. Hmm...
NOTA
Jenis Ira ni kan, Ira suka buat nota yang colour2. Highlight point2 penting pastu hafal and hadamkan. Tu je sebenarnya. Siapa yang malas nak buat nota sendiri tu baca jelahh nota yang cikgu/lec bagi tu ok.
Untuk pengetahuan koranglah, Ira ni suka tau pergi mana2 sorang2. Sebab Ira memang suka sorang2. Sebab tu kadang2 orang pelik kenapa Ira ni lonely sangat. Macam ni gais, Ira bila sorang2 senang nak pergi mana2. Nak buat apa pun sendiri. Senang kan? Kadang dah bosan sangat tu Ira baliklah rumah. Huhuhu. So sesiapa yang sentiasa perlu ada kawan tu belajarlah berdikari. Belajar untuk amik tahu semua benda sendiri.
Then KAMUS and GOOGLE TRANSLATE ni pun penting sebenarnya kalau korang nak cari maksud perkataan. Kalau nak buat assignment yang jenis suka copy paste macam Ira ni haa rajin2 lah bukak google translate. Ia memang membantu sangat. Sebab tu suka hantar assignment awal hehehehe.
Ira rasa Ira dah banyak sangat membebel ni. Ok Ira short form jelah eh.
- Usaha + Doa + Tawakal
- Jaga solat, Solat Dhuha
- Mintak restu mak ayah
- Study smart bukan study hard
- Buat short notes
- Makan dalam kelas :p (Student universiti/kolej je yg paham)
- Tidur dalam kelas :p (5min je jgn lama2)
Orite good luck gais!
P/s :
Kan Ira dah cakap Ira bukan nak bagi tips sangat pun banyak melalut je huhuhu. Yelah orang suka bercakap macam ni lah. Tak boleh nak straight to the point. Hmm pape pun belajar rajin2 ok! Kita tak tahu Allah bagi rezeki macam mana. Takde istilah orang bodoh dalam dunia ni. Bodoh tu cuma perkataan. Dia sebenarnya malas. Yang malas tu jadi bodoh haha. Semua orang pandai. Based on your own effort.
Comments