"100 days with Mr. Arrogant..."
Anis Kirana, seorang gadis yang comot dan suka berangan. Kononnya ada prince charming yang akan menyelamatkannya satu hari nanti. Disebabkan angan-angannya yang entah apa-apa itu, pelajarannya semakin merosot. Ibunya, Puan Aisyah sibuk mencarik private tutor khas untuk anak perempuannya itu. Sejak kehadiran tutor kacak yang bernama Fayyad, hidupnya tidak tentu arah. Mana taknya, siang malam disuruhnya bukak buku! Dalam diam Anis menyimpan perasaan terhadap tutornya itu. Muka sebiji macam hero filem korea! Setiap hari dia cair melihat gelagat lelaki itu mengajar.
****
“Sampai bila kau nak berangan Anis Kirana? Ibu risau tengok pelajaran kau semua merosot... Matematik tambahan dua markah je? Kau ni buat tak pakai otak ke hah?!” Omel Puan Aisyah.Anis yang sedang leka menonton filem korea kegemarannya langsung tidak mendengar omelan ibunya. Ipad di tangannya tidak lepas sedari tadi. Muka Puan Aisyah merona merah. Anak perempuannya ini memang tak suka dengar cakap!
“Anis Kirana binti Azhari!!!” Laungnya lantas memiat telinga Anis. Anis pantas menjerit kesakitan sambil mengusap telinganya.
“Ya, ibu...” Balas Anis lalu letak Ipadnya di dalam laci.
“Ibu cakap tadi kau dengar tak?”
Anis garu kepalanya. Dia tersengih nakal. “Tak dengar.” Jawabnya selamba.
Puan Aisyah mengetuk perlahan kepala anak perempuannya. “Tulah berangan lagi tengok filem korea tu. Asyik-asyik cinta sampai pelajaran kau semua merosot! Kalaulah arwah ayah kau masih hidup, mesti dia kecewa tengok kau macam ni.”
Anis mengetap bibir. “Ibu jangan cakap pasal arwah ayah. Tak baik.”
“Tahu pun. Ibu tak kira apa pun alasan kau lepas ni, ibu nak percubaan SPM ni semua A. Kalau tak dapat semua A, berhenti sekolah je. Tak guna lagi belajar kalau tak minat.”
Terbeliak mata Anis apabila mendengar perkataan semua A itu. Sudahlah peperiksaan pertengahannya banyak yang gagal. Aduh macam mana ni? Wake up Anis!
“Macam mana Anis nak dapatkan semua A tu ibu?” Soal Anis.
“Ibu nak cari kan kau private tutor dalam masa terdekat ni. Ibu akan pastikan tutor kau tu mengajar dengan baik.”
Anis diam sambil berfikir sejenak. Private tutor? Lepas ni tak bolehlah aku tengok filem korea sambil makan coklat lagi, getus hatinya.
****
Langkah lelaki itu semakin hampir. Anis sudah tidak sabar lagi ingin melihat wajah prince charmingnya itu. Agaknya siapalah... Tiba-tiba dia terkejut melihat wajah lelaki itu. Lelaki itu mendekati wajahnya sambil ketawa. Anis menjerit sekuat hatinya lantas dia terjaga dari tidurnya. Dia bermimpi rupanya!Semua yang berada di dalam kelas itu memandang Anis. Anis menjerit lagi sehingga guru yang mengajar subjek kimia membaling pen marker ke arahnya.
“Haa, tidur lagi dalam kelas! Tulah sebabnya tak beri tumpuan masa cikgu tengah mengajar. Kalau awak buat macam ni lagi dalam kelas saya, saya panggil ibu awak Anis Kirana.” Ujar Puan Sazzy.
Anis hanya menundukkan kepalanya.
Waktu rehat bermula. Anis masih lagi di dalam tandas. Dia merenung mukanya di dalam cermin lalu dia membersihkan mukanya dengan air di sinki.
“Tulah kau, suka sangat tidur dalam kelas. Mesti mimpi pasal prince charming kau yang entah apa-apa tu kan? Kata Syasya yang merupakan sahabat baik Anis di sekolah ini.
“Mana ada aku mimpi pasal dia. Kau ni merepek jelah.” Anis cuba mengelak.
“Kalau tak, tak adalah kau menjerit sampai satu kelas dengar...” Tempelak Syasya sambil membetulkan rambutnya.
Anis memuncungkan mulutnya lantas dia keluar dari tandas. Hari ni moodnya kurang baik disebabkan mimpi itu jadi isu dalam kelas. Satu kelas cakap aku ni tak betul! Dia berjalan pulang ke rumah dengan wajah kusut. Rumahnya tidak jauh dari sekolah.
Sedang dia mahu melintas jalas, sebuah kereta berhenti mengejut di depannya. Anis hampir dilanggar oleh kereta Honda ini. Nasib baik dia tidak jatuh di atas jalan. Dia menghampiri kereta Honda itu lalu dia mengetuk cermin tingkap.
“Nak apa?” Tanya pemilik kereta Honda yang berkaca mata hitam itu. Suaranya garau dan kasar sekali. Apa? Dia langsung tak mintak maaf?!
“Awak hampir nak langgar saya boleh lagi awak tanya nak apa? Awak ni tak ada otak ke?” Kata Anis sambil bercekak pinggang.
“Siapa yang nak langgar kau? Kau tu yang tiba-tiba nak lintas. Bukan salah aku. Kau yang sepatutnya tengok kiri kanan dulu sebelum melintas.” Angkuh sekali pemuda itu.
“Nasib baik kereta aku tak calar. Kalau calar, kau kena bayar beratus ribu untuk ganti rugi.” Sambungnya.
Anis mengetap bibir lantas dia meninggalkan pemuda itu. Dah buat salah, tak nak mengaku pulak!
Comments