Skip to main content

My Crazy Tutor #3









Bab 3

Kali ni Anis betul-betul buat kereta Honda milik Fayyad calar. Apa aku nak buat ni? Kalau dia perasan kereta dia calar ni, habis aku nanti!

“Kenapa muka kau nampak takut sangat ni?” Sapa Syasya.

“Tadi aku main basikal Ain lepas tu aku terlanggar kereta Honda tu. Aku tengok ada kesan calar sikit. Aku takutlah pemilik dia marah.” Ujar Anis sambil menunjukkan kesan calar di kereta itu.

“Biarkan jelah. Kau kenal ke dengan pemilik kereta Honda tu?”

Anis diam. Fikirannya bercelaru. “Ke...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya Fayyad muncul. Dia melihat kesan calar di keretanya. Teruk betul ni, getus Fayyad.

Dia pantas menarik tangan Anis lalu masuk ke dalam kereta Hondanya. Syasya terganga apabila melihat Anis pergi dengan lelaki kacak itu. “Impian kau akan jadi kenyataan, Anis. Prince Charming kau betul-betul wujud!” Desisnya.

Sampai di restoran mewah, Fayyad masih memegang tangan Anis. Dia membawa gadis itu ke bahagian belakang sekali.

“Kenapa awak bawak saya pergi sini?” Soal Anis tercengang melihat keadaan restoran mewah ini.

Fayyad memesan pelbagai menu kepada pelayan restoran itu dan mengeluarkan sekeping kertas. Dia menghulurkan kertas itu kepada Anis. Anis mengerutkan wajahnya lalu dia ambil kertas itu. Dia baca satu persatu perkataan yang tertera di kertas itu.

“Apa ni?” Soal Anis.

“Kontrak.”

“Kontrak apa?”

“Aku nak kau jadi kekasih aku dalam masa tiga bulan ni. Lepas tiga bulan kita putus. Tapi masa kau jadi kekasih aku nanti jangan nak senang lenang pulak eh. Banyak kerja yang kau kena buat macam yang dah tertulis kat dalam kontrak tu. Kalau kau tak nak ikut jugak, kau kena bayar ganti rugi kereta aku tu.” Terang Fayyad angkuh sekali.

“Mana boleh macam tu! Awak tutor saya... Saya mana boleh jadi kekasih awak. Lagi-lagi awak buat kontrak yang entah apa-apa tu. Kenapa awak buat semua ni?”


“Sebab kau pelajar. Aku tahu kau tak ada duit nak bayar ganti rugi kereta aku tu. Harga dia RM 5000, kau sanggup ke nak bayar? Lagipun aku dah lama tak puas hati dengan kau sejak dari pertama kali kita kenal lagi. Cepatlah tanda tangan kontrak tu!”

Anis hanya mendiamkan dirinya. Lantas dia ambil pen dari begnya untuk menandatangani kontrak itu. Makanan yang dipesan oleh Fayyad sampai. Dia hanya melihat Fayyad makan. Banyaknya makanan... Kenapa dia tak bagi aku satu pun, getus Anis.

“Apa pandang-pandang? Nak ke?” Soal Fayyad sambil senyum sinis.

Anis mengangguk. Lantas Fayyad memesan makanan untuknya. Kali ni lagi banyak!

“Kenapa kau tengok je semua makanan tu?” Soal Fayyad.

“Saya rasa saya tak boleh habiskan semua tu.” Jawab Anis.

“Aku tak kira, habiskan semua atau aku mengadu kat ibu kau yang kau dah calarkan kereta aku. Kalau aku mintak ganti rugi, kau tak sanggup nak bayar.”

“Yalah-yalah saya habiskan semua ni.”

Lantas Anis menghabiskan semua makanan yang ada di depan matanya. Perutnya sudah betul-betul kenyang. Fayyad menghantarnya pulang ke rumah. Dia tumpang solat zuhur di rumah Anis. Sementara menunggu gadis itu bersiap untuk belajar, dia keluar sekejap ambil angin di tasik yang berdekatan dengan apartmen Anis.

Setelah siap, Anis keluar dari biliknya sambil memegang buku-bukunya. Dia memandang ruang tamunya. Kosong dan sunyi sepi. Tak ada orang pun? Mana pergi dia ni...

Dia menjerit memanggil ibunya yang sedang sibuk di dapur. “Ibu, mana pergi tutor Anis?”

“Dia kata nak pergi ambil angin kat tasik. Kejap lagi dia sampailah tu.” Balas Puan Aisyah.

Anis mengusap dadanya berulang kali. Dia merenung buku-bukunya. Malasnya nak belajar waktu panas macam ni. Si Fayyad tu boleh lagi ambil angin kat tasik tu? Tak patut betul! Telefon bimbitnya berbunyi tanda sms masuk.

Hari ni kita belajar kat tasik.

Mesej dari Fayyad. Anis sengaja menukar nama kenalannya dari My Tutor ke Crazy Tutor kerana tak tahan dengan perangai gila lelaki tu! Selalu buat dia stres...

Isy, tak naklah. Kat tasik tu panaslah...

Datang sini sekarang jugak atau aku mengadu kat ibu kau pasal kereta aku yang calar tu.

Haa, yalah-yalah!

Anis mendengus. Dia singgah ke dapur untuk mengucup tangan ibunya. “Nak pergi mana dengan beg, buku-buku ni?” Soal Puan Aisyah. Selalunya anak perempuanya ini akan keluar dengan kawan-kawannya saja. Buang tabiat ke sampai bawak beg sekolah dengan buku?

“Nak pergi belajar kat tasiklah ibu. Cikgu Fayyad suruh Anis datang sana.”

“Kalau macam tu pergilah. Jangan tak belajar pulak kat sana. Apa-apa ibu telefon cikgu kau tu ya...” Kata Puan Aisyah lantas membekalkan nasi goreng kampung.

“Untuk apa ni ibu?”

“Ibu saja masak lebih untuk bagi kau makan dengan cikgu kau tu. Ni air milo panas. Jimat sikit duit tak payah nak beli kat sana.”

“Hmm...” Jawab Anis lalu mengatur langkah keluar dari apartmennya. Malasnya nak pergi tasik!

Sampai di tasik, dia nampak Fayyad sedang mengelamun seorang diri di depan tasik. Dia tidak mempedulikan lelaki itu lalu dia melabuhkan punggungnya di pondok kecil. Dia mengeluarkan buku rujukannya.

Hatinya tidak tenang mahu belajar kerana melihat keadaan Fayyad yang sedari tadi mengelamun seorang diri. Kenapa dengan dia tu? Baru putus cinta ke... Anis mendekati Fayyad lantas menyapa lelaki itu dengan selamba.

“Awak ni kenapa? Dari tadi saya tengok awak mengelamun sorang-sorang kat sini? Baru putus cinta eh... Saya sedia mendengar kalau awak sudi nak kongsi kan masalah awak.” Ujar Anis.

Fayyad diam. Tiada sebarang respon.

Hati Anis panas membara lalu dia mengetuk perlahan kepala lelaki itu sambil senyum sinis. “Sakitlah... Kau ingat kepala aku ni batu ke!”

“Padan muka awak! Siapa suruh diam dari tadi...”

Fayyad mencubit lengan Anis. “Aku diam ada sebab. Kau jangan kacau aku boleh tak?”

“Hello, awak tu tutor saya. Saya dari tadi tunggu awak mengajar saya.”

“Minggu depan cuti sekolah kan? Kau ada plan apa-apa tak?” Soal Fayyad serius.

“Tak ada kut. Kenapa? Awak nak bawak saya pergi jalan-jalan ke... Boleh jugak!”

“Cuti sekolah dua minggu kan? Seminggu kau ikut aku pergi shopping dan tengok wayang, seminggu lagi aku nak bawak kau pergi Genting Highland dengan ibu kau sekali. Nanti dia fikir lain pulak. Amacam?”

Anis diam. Dah lama juga dia tak pergi makan angin! Seronoknya...

“Jangan nak berangan awal-awal. Aku buat semua ni sebab suka-suka je. Kau jangan ingat aku syok kat kau.”

“Eii siapa yang fikir macam tu, perasan...” Mata Anis sengaja dijulingkan ke atas. Menyampah!

“Manalah tahu kau fikir macam tu. Lagipun aku tak inginlah nak suka kat budak sekolah macam kau ni. Kau bukan taste aku...”

“Apa-apa jelah!”

Petang itu Anis belajar subjek fizik dan kimia. Hampir pecah kepalanya kerana satu jam menghafal formula dan dipaksa siapkan latihan selama tiga puluh minit! Fayyad ni memang betul-betul dah gila.

“Saya nak balik! Saya penatlah dari tadi asyik belajar aje. Bosan awak tahu tak!” Getus Anis lalu dia menutup semua buku-bukunya.

“Anis Kirana, kau tahu tak masa aku belajar dulu tiga jam! Kau ni baru belajar satu jam dah nak merungut. Macam mana nak berjaya kalau malas...” Omel Fayyad.

“Esok jelah sambung. Saya betul-betul dah penat ni.”

“Suka hati kaulah Anis. Kalau keputusan kau teruk jangan nak salahkan aku.”

Anis senyum lalu dia mengeluarkan bekal nasi goreng kampungnya bersama air milo panas. Tadi panas sekarang dah sejuk. “Fayyad, makanlah... Ibu saya sengaja masak lebih untuk kita makan.”

Fayyad capai bekal itu. Nasi goreng kampung itu mengingatkannya kepada seseorang yang amat disayanginya dulu.

****
“Awak, makanlah nasi goreng kampung tu. Saya masak yang paling istimewa untuk awak.” Ujar Syaza kepada teman lelakinya, Fayyad.

Fayyad capai bekal nasi goreng kampung itu. Dia jamah sedikit. “Sedap awak masak. Syaza, dah setahun kita couple. Tapi perangai awak tetap tak berubah. Kenapa awak masih nak layan kawan-kawan lelaki awak tu?”

“Apa yang awak cakap ni Fayyad? Dia orang semua kawan saya jugak tapi saya tak pernah ada perasaan kat dia orang! Dahlah tak payah makan nasi tu. Bukan nak terima kasih orang masak.”

“Okey terima kasih. Tapi awak tahu kan saya ni kuat cemburu. Awak jauh kan lah diri awak tu dari dia orang.”

“Saya peduli apa. Saya lebih suka kawan dengan lelaki dari kawan dengan perempuan. Fayyad, saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya tak nak kehilangan awak. Saya dah penat nak bergaduh dengan awak. Kalau awak nak tahu selama ni saya bahagia dengan awak. Kalau boleh saya nak kahwin dengan awak.”

Fayyad diam lalu dia menggenggam erat tangan Syaza. “Saya pun sayangkan awak sebab tulah saya tak nak tengok awak rapat dengan kawan -kawan lelaki awak. Papa dengan mama saya pun dan berkenan dengan awak. Saya janji akan melamar awak minggu depan.”

Syaza merapatkan mukanya di dada Fayyad. “Saya sentiasa cintakan awak Tengku Fayyad bin Tengku Farid dan saya janji bila dah jadi isteri awak saya akan jadi isteri yang paling baik dan solehah untuk awak.”

****
Kata-kata Syaza masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia amat mencintai gadis itu tetapi sayang dia pergi buat selama-lamanya dan tak akan kembali lagi. Disebabkan itu hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana perempuan sampailah dia bersama dengan seorang gadis mentah yang bernama Anis Kirana.

“Awak, awak...” Ujar Anis sambil menampar muka Fayyad perlahan. Fayyad terus kembali di alam nyata. Rupa-rupanya tadi dia hanya mengelamun.

“Jom balik.”

Fayyad mengangguk. Entah kenapa, sejak bertemu dengan Anis hatinya sering berdebar-debar. Dia seperti tidak mahu melepaskan gadis itu begitu saja.






















Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam