Bab 7 T engku Syahril mundar-mandir di depan pintu pejabatnya. Menurut setiusahanya tadi, pengurus jualan di syarikatnya telah lama menghilangkan dirinya tanpa sebab. Dia buntu sama ada dia mahu menghubungi anak lelakinya, Azrie atau tak. Tapi sebagai seorang bapa, takkan dia nak ganggu percutian anaknya di Port Dickson itu? Nanti apa kata Azrie pulak? Nak tak nak, dia harus menghubungi anaknya juga. Kalau tidak, dia boleh jadi bankrup. Tengku Syahril mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menekan nombor Azrie. “Assalamualaikum papa, ada apa call Azrie pagi-pagi ni? Selalu papa kan sibuk waktu macam ni...” Ujar Azrie di dalam talian. “Waalaikumussalam. Azrie, dengar dulu apa yang papa nak cakap ni.” Balas Tengku Syahril serius sekali. “Okey.” Jawab Azrie pendek. “Papa nak Azrie jadi pengurus jualan di syarikat papa lepas Azrie balik dari PD. Please, papa harap sangat Azrie dapat beri komitmen kerana Encik Azhar sudah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dihubung