Assalamualaikum...
Hai semua.. Selamat malam!
Uihhh buat apa tu korang yang tidur lagi malam malam macam ni? Jadi burung hanti ek hehehe...
Sekali lagi Ira biarkan blog ni berhabuk tanpa sebab! Sedih sekali tapi kali ni Ira ada topik nak share dengan korang semua...
Pasal high end punya brand...
Victoria Secret and Batch & Body Work
Yang mana korang prefer?
Kalau Ira dua dua sekali hahaha tapi masing masing ada kelebihan and kekurangan masing masing. Haaa ni laaa nak share ni.
Tu diaaa bila Ira tambah koleksi semasa membazirkan duit.. Kenapa brand bath and body work ni lagi banyak koleksi? Bukan apa brand tu selalu buat combo price atau sale. Datang-datang salesgirl tu cakap ada beli 2 free 1 sekian sekian.. Then Ira pun belilah. Harga pun takdelah mahal sangat pun. Mampu milik laa yang travel set kecik tu.
Harga : RM30++ (Travel Set) , RM75++ (Normal)
Ada lotion, macam macam perfume, candle, mandian and also sanitizer. Nanti mesti orang cakap alaa, orang kaya je masuk kedai tu semua. Hello, saya tak kaya pun tapi saya suka masuk sebab datang datang je sale haha. Suka sangat beli and buat collection but at the same time Ira akan tengok mana yang Ira nak pakai. Nasiblah kulit badan ni tak sensitif bila tukar2 lotion janji kulit sihat tak kering.
Cakap pasal teksture, bau dan harga.
Teksture nice, best gila! Wangi sangat... Kalau suka bau soft, sweet just nice silalah shopping di sini ye hehe. Harga pulak nak kata mahal tu yelah saiz normal tu dikatakan boleh tahan jugak harga dia. Saiz kecik pun dah RM30 kan tapi bagi Ira la, berbaloi la beli mahal mahal tapi best, kualiti tiptop haa gitu. Kalau beli mahal mahal takde kualiti pakai kejap dah hilang bau tak guna jugak. So far, kalau pakai satu set jenis yang sama lagi naik ah bau dia. Ira bila balik rumah mak adik adik mulalah tegur wanginya kakak hihi.
So kalau diberi pilihan untuk memilih Iraa rasa better Bath & Body Work laaa.. Sebab ada macam macam jenis pilihan nak beli. Nak beli mandian ke.. Lotion ke.. Candle ke. Hand wash ke. Kalau VS Ira tak tahu ada mandian ke tak sebab perasan banyak jual pefume, lotion and pakaian wanita. Faham2 sendiri ye.
Okay laa semua, Ira nak sambung layan kdrama Hotel Del Luna ni... Mata ngantuk tapi lawan jugak takpe esok cuti!
Comments