4.14 pm
Sabtu
Sekarang ni cuaca panas betul. Dekat ofis pun bahang je walaupun bawah aircond. Lepastu meja Ira pulak betul2 depan tingkap. Tingkap tu kena bukak sebab musim covid an. Sabar jelah. Kena rajin reapply sunscreen ni hehe.
Tak nak panjang berjela sekarang ni nak share pasal Ira pernah sesat kat mentari court dulu. Tak sia sia tau dulu gigih la nak pergi casting model kat leisure commerce square tu. Tu first time tau Ira pergi naik train sorang sorang. Sejak dari tu Ira dah pro naik train pegi sana sini. Sekarang ni terfikir ada hikmahnya kenapa Allah bagi Ira susah sangat dulu. Sejak kejadian tu. Ira berani buat intern dekat sini. Sewa bilik kat mentari court. Masatu tu duduk dekat blok G. Yelah jalan kaki jauh nak pergi naik brt. Kalau korang pembaca setia blog Ira korang akan tahu perjalanan hidup Ira macam mana.
Sekarang ni pun Ira menyewa dekat mentari court tapi block D la. Now jarang jarang je naik brt sebab dah ada motor sendiri. Alhamdulillah berkat kerja keras Ira dapat keluarkan my baby LC hihi. Bila Ira down sangat kan Ira selalu akan terfikir ada sebab kenapa Allah hantar aku kat sini. Mungkin inilah sebabnya. Allah nak bagi aku kerja kat sini. Kenal dengan orang orang baru yang sangat membantu Ira. Memang kalau kerja kat Mydin kau akan buat ramai kawan tapi kena pandai pandai la begaul jugak. Jangan bergaul dengan orang sembarangan nanti hati sendiri sakit.
Banyak pengalaman Ira sepanjang merantau ni. Tipulah kalau tak rindu family. Rindu sangat nak balik rumah family. Nasiblah ada my bae yang selalu ada di saat Ira tak mintak dia datang sendiri untuk membantu. Sekarang ni sebab apa Ira cakap tak sia sia sesat kat mentari court ni?
Satu, duduk dekat kawasan yang ramai dengan orang awam. Walaupun Ira ni tak berapa suka dekat tempat yang ramai orang sangat tapi Ira bersyukur masa Ira dalam kesusahan Ira jatuh tak boleh bangun haritu dia orang yang tolong. Lepastu management mentari court sangatlah bagus sebabnya Ira dah pun settle dua dos vaksin yang ramai orang masih tunggu.
Dah settle vaksin tapi still tak boleh pergi mana mana. I'm still sabar! Tunggu abah umumkan kelonggaran sop untuk kami nanti. Hopefully la.
Biarlah orang nak cakap apa ; Ira duduk dekat flat miskin ke flat buruk ke yang penting bagi Ira, Ira tahu tahap kemampuan Ira. Ukur baju di badan sendiri. Lantaklah orang cakap hidup Ira musnah ke apa sebab Ira tak kacau hidup korang. Tak mintak korang duit untuk bayar bil Ira. Ira bayar semua sendiri. Nak dengarkan kata kata korang sangat sampai bila pun takkan habis. Manusia hanya pandai berkata kata. Mengata sana sini. Kalau hulur tangan bantu takpe. Ni main cakap je lepastu ujub riak pulak tu. Tahu tak dosa korang boleh mengalir senang senang je dari lidah korang yang mengata tu. Ye walaupun hidup Ira tak kaya macam korang tapi Ira tahu Ira mampu sampai tahap mana. Ira tahu azam impian Ira. Korang yang sibuk mengata tu tak tahu apa. Nak marah Ira takde simpanan. Nak marah kenapa? Dengki sangat dengan aku kenapa? Hidup kau dah cukup sempurna. Sampai nak riak dengan aku. Takpe sabar Ira. Benda tu Ira dah tenangkan diri Ira sendiri. Kalau masih teringat apa yang dia orang cakap pasal Ira memang sakit hati. Rasa macam nak pukul. Kalaulah ada dekat depan mata ni kenalah kau!
So that's it I wanna share for today.
Ira bersyukur sangat apa yang Allah dah aturkan untuk Ira ni.
Alhamdulillah untuk segalanya. Alhamdulillah kerana Allah sentiasa permudahkan segala urusan hidup Ira. Ira akan perbaiki diri Ira InsyaAllah Aamiin. Yang penting doa is so powerful.
Comments