Assalamualaikum,
Lama tak buat cerpen. Cuba nak improve karya tapi disebabkan masa dan keadaan maka semuanya terkubur macam tu je... Kalau ada salah silap tolong komen di bawah ye. Need your support gais.
“Iris, you won…”
Bisik Erika pada seorang gadis yang wajahnya persis macam cina. Matanya sepet.
Rambutnya lurus seperti di rebonding tetapi tidak rambutnya memang begitu. Kulitnya
putih mulus dan sebab itulah wajahnya sentiasa dhiasi dengan mekap. Kalau tak
mekap tak sah. Oh, itu bukan dia. Bibirnya nipis tapi gincunya pada masa itu
sangat menarik sekali warnanya. Coklat gelap seperti coklat cadbury. Itulah
Iris Adriana, pemilik nama gadis yang telah berjaya memenangi anugerah Queen Of
The Year pada majlis makan malam sempena menyambut hari jururawat sedunia.
Erika yang merupakan sahabat baiknya sejurus teman
serumahnya itu beberapa kali menepuk bahu Iris. Iris seperti tidak percaya.
Kali pertama dia merangkul anugerah itu. Bagi Erika, wajah Iris seperti
bidadari ibarat bulan dipagari bintang. Iris sememangnya layak memenangi
anugerah itu.
“Erika,
biar betul? Aku, aku… biasa je kut,” desis Iris. Dia serba salah mahu bangun
dari tempat duduknya.
“Iris
Adriana, the queen of the year among all nurse. She deserves got this because
she always maintain her personality, natural beauty and do perfect work
everytime at here. Give a big clap to her guys,” ujar Pengerusi Hospital
Banting iaitu Doktor Nazrin.
Ketika
Iris mahu menerima anugerah itu, matanya tertancap pada sebujur tubuh sasa yang
tegak berdiri di sebelah Doktor Nazrin. Dia tidak menghiraukan seseorang itu
malah tersenyum nipis semasa diambil gambarnya.
“Uish,
dah macam dapat anugerah dewi remaja pulak siap kena pakai kalung,” desisnya
sendirian di dalam hati.
“Sayang, I make you won. You deserves got it.
You always perfect in my eyes. I love you,” bisik seseorang yang jelas
kedengaran di telinga Iris.
Merah
padam muka Iris apabila seseorang yang sebenarnya kekasihnya itu memujinya
sebegitu. Ketika dia hendak menjamah kek red perisa red velvet, Erika pantas
bersuara memecah kesunyian.
“How sweet. Kau untung dapat awek cantik
bak bidadari macam Iris ni. Bukan apa, dahlah cantik, pandai rawat pastu pandai
jaga penampilan pulak tu. Masak pun sedap. Aku tak nak cakap banyak. Dia memang
layak. Bertuah kau, Fattah,” ujar Erika sambil tersengih-sengih.
Ya,
nama kekasih hati Iris ialah Fattah. Mereka berdua sepadan. Sorang bidadari,
sorang putera. Sesuai sangatlah tu. Sebab itulah menjadi pasangan Iris, ramai
yang cemburu. Baginya model popular seperti Fattah tidak sesuai berpasangan
dengan seorang jururawat. Itu bagi gadis lain tetapi tidak bagi Iris. Fattah
tetap akan menjadi pasangannya sehingga mereka berkahwin nanti. Itu niat Iris.
Ketawa
Erika membuatkan Iris mematikan lamunannya. Tak sopan betul. Geram dengan dua
ekor ni. Tak habis-habis nak memuji. Nak bodek apalah tu. Macamlah dia tak tahu
perangai dua orang ni. Perangai lebih kurang je. Puji bersebab. Dua-dua kuat
shopping. Nanti tengoklah apa motif puji lebih-lebih ni. Isy, bukan bagi
kembang, makan pelempang namanya!
******
Jam
sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Hmm, sudah lewat ni. Maklumlah majlis habis
pukul 12 malam. Masing-masing duk menyembang, pejam celik dah pukul1 pagi. Iris
patah balik ke dalam dewan. Dia mencari kelibat Fattah dan juga Erika. Mana dua
orang ni? Semua orang dah balik. Tinggal aku je ni. Seram sejuk pulak
sorang-sorang kat hall ni, desisnya.
Fattah
bengang kerana Erika mengajaknya ke belakang dewan, alasannya mahu bincang hal
penting tapi dah setengah jam mereka berada di situ. Erika cuba mengambil
kesempatan ke atas dirinya. Dia mahu pergi kepada Iris, Erika halang.
“Kau
serius ke dengan Iris? Kau tu model terkenal. Aku tahu penganjur saja jemput
kau datang majlis ni. Aku bukan apa, aku sayang kawan aku. Kau tahu ke, Fattah…”
gumam Erika sambil mengusap muka Fattah. Dia sengaja menahan Fattah supaya Iris
terus pulang ke rumah. Erika mempunyai agendanya sendiri. Biar Iris rasa apa
yang dia rasa selama ni. Jangan ingat dia cantik, dia boleh buat apa je. Ni
Erikalah. Dia akan pastikan Iris merana satu hari nanti. Itu janjinya.
Fattah
tak puas hati. Minah ni cakap lepastu diam.
“Maksud
kau? Tahu apa?” Fattah menepis tangan Erika. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya.
Dia kurang selesa berada dekat dengan Erika. Erika seperti mempunyai niat tak
baik.
“Iris tu gila. Tiap-tiap
malam menangis pastu tak habis-habis borak pasal kahwin. Dia takut kau
tinggalkan dia. Dia tu sewel. Bilik dia, dia hias macam bilik pengantin. Cakap
pun sorang-sorang. Hisy, kau sanggup ke kahwin dengan minah gila tu? Kalau aku
jadi kau, aku tak sanggup. Baik kau cari orang lain dari sama-sama gila.
Carilah orang lain, Fattah. Kau tu handsome dan perfect. Silap-silap berderet
perempuan nak kat kau termasuklah aku.
Untuk pengetahuan kau Fattah, aku dah lama gilakan kau
dan sepatutnya kau jadi milik aku. Kau serasi dengan aku bukan perempuan tu,”
terang Erika panjang lebar. Dia menarik-narik kolar baju yang dipakai Fattah.
Kening Fattah berkerut. Dia merenung wajah Erika yang
berkulit sawo matang serta bersanggul itu. Kemudian, dia mencekup dagu gadis
itu.
“Jaga mulut kau tu, perempuan yang kau maksudkan tu bakal
isteri aku. Sebenarnya kau yang gila bukan Iris. Walau macam mana pun dia, aku
tetap nak dia dan kahwin dengan dia. Full stop. Kau sengaja tahan aku kat
belakang ni sebab kononnya dapat tackle aku. Kau sanggup buat cerita dan aibkan
kawan kau sendiri untuk dapatkan aku. Kau silap, Erika. Aku dah empat tahun
dengan Iris dan kami sangat-sangat bahagia. Kau boleh blah. Aku nak cari Iris,”
bidas Fattah lalu bergegas mengatur langkah pergi ke dewan semula untuk mencari
kekasihnya.
Terbeliak biji mata Erika melihat Fattah pergi
meninggalkannya begitu saja.
“Aku takkan kalah macam tu je. Kalau aku cakap nak, aku
mesti dapatkan. Kau tunggu Fatah. Kau mesti menyesal bila dapat tahu yang Iris
tu sebenarnya gila.
Argh!!!
Erika melepaskan
sanggulnya. Walau macam mana pun, dia mesti dapatkan Fattah dan merampas semua
kebahagiaan dan kasih sayang milik Iris itu menjadi miliknya.
******
Pulang
saja ke Victoria Apartment, Iris menghempas badannya di atas katil. Fikirannya
sejak dari tempat kerjanya asyik melayang tentang kekasihnya si Fattah. Mana
lelaki itu pergi semalam, Iris terus saja memandu keretanya pulang. Cari Fattah
tak ada. Erika entah pergi mana.
“Iris…”
Laung Erika sambil ketuk pintu biliknya. Lamunan Iris terhenti. Dia segera
buka pintu bilik.
“We need to talk,” getus Erika.
Macam
serius bunyinya.
“Later can babe? Aku nak mandi jap,”
Erika mengangguk.
Usai mandi, Iris
terpadangkan cincin berbentuk mahkota yang diletakkan di atas meja soleknya.
Cincin peninggalan arwah maminya. Iris susah berjanji dengan arwah maminya yang
cincin itu akan dipakainya pada hari pernikahannya nanti. Sebab itulah dia
mesti akan kahwin dengan lelaki pilihannya, Itu janjinya. Janji mesti
dikotakan. Dia akan kahwin dengan Fattah. Hanya Fattah. Walau macam mana dugaan
yang datang sekalipun, dia akan jaga hubungannya bersama Fattah. Air matanya
serta-merta mengalir apabila setiap kali terkenangkan arwah mami dan papanya
yang sering inginkan dirinya bahagia. Lantas Iris membuka pintu bilik rahsia
yang selama ni dia kunci. Sekali sekala saja dia akan membuka bilik tu untuk
berimaginasi. Bilik yang dihiasi lengkap dengan tema bilik pengantin. Warna
merah jambu kegemarannya dan juga warna putih di dinding itu lembut di matanya.
“You will be mine
forever, dear…”
Iris sesekali menyeka air matanya. Dia mencapai baju
pengantin kemudian leka memperagakannya. Dia memperagakan baju itu ala-ala
puteri diraja di depan cermin. Erika tinjau dari luar lalu menolak pintu bilik.
“Iris,
kau dah kenapa babe? Jom… Aku ada banyak benda nak cakap dengan kau ni,”
getusnya.
******
Malam
itu Erika menghidangkan dua cawan milo panas. Senyumannya melirik ke arah Iris.
Senyuman yang cukup sinis. Depan Iris, dia sahabat tapi sebenarnya dia ialah musuh
ketat dalam diam.
“Apa
yang kau nak bincang tu weh… Aku tak sabar nak dengar ni,” Iris mulakan bicara.
“Kau
jangan menyesal sebab aku nak bagitahu yang…”
“Apa
dia?”
Erika
menelan air liurnya.
“Aku
nak berhenti kerja. Aku nak mintak maaf Iris, selama kita kenal, kita rapat ni
aku banyak buat salah kat kau. Kau baik sangat dengan aku,” tuturnya lemah.
“Lah…
Itu rupanya. Aku nak menyesal kenapa, oh… Sebab lepas ni aku kena duduk
sorang-soranglah. Hahaha. Aku dah biasalah Erika. Dah biasa duduk sorang. Nanti
dah kahwin, berdua pulak. Aku dah lama maafkan kau. Aku sayang kau. Dah-dah tak
ada apalah weh. Nanti ada masa kita jumpa,” getus Iris lantas mendakap tubuh
Erika.
Erika
diam. Lama menyepi akhirnya Iris bersuara semula.
“Erika…
Aku rindu Fattah. Mana dia? Dah lama dia tak mesej atau call ke apa. Hmm…” Iris
ketap bibir.
Erika
meluat dengar tu semua. Dia ada plan untuk memisahkan Fattah dan juga Iris.
Sebab itulah dia mahu berhenti kerja. Fattah sepatutnya menjadi miliknya.
Cukuplah selama ni jiwanya terseksa melihat kemesraan antara mereka. Jika nak
dibandingkan, Erika lebih seksi. Gayanya setaraf model antarabangsa. Berbeza
dengan Iris. Walaupun simple tapi berfesyen. Sentiasa jaga penampilan. Erika
sentiasa cemburu melihat kecantikan semula jadi Iris. Wajah Iris mulus. Tubuh
badannya ramping.
Dia
pula sedikit gempal dan mukanya berjerawat. Akhirnya Erika bersuara setelah
lama menyepi.
“Entah,
cubalah call dia. Jangan risaulah babe. Fattah sayang kau sorang je. Jangan
fikir bukan-bukan,” tuturnya lembut untuk memujuk hati Iris.
Iris
senyap. Dia merenung cincin di jari manis. Rindunya kat awak Fattah…
******
Erika
sakit hati kerana Iris langsung tak minum air milo yang dibancuhnya. Sedikit
ubat tidur dicampurkan dengan air milo tersebut. Aku baru nak suruh kau tidur
sepanjang hari biar tak payah masuk kerja esok, desisnya.
Kakinya
ingin melangkah ke dalam bilik.
Ting
tong…
Erika
buat muka. Siapa pulak datang rumah malam-malam buta ni. Terus saja dia membuka
pintu.
“Fattah?
Buat apa kat sini,” soalnya.
“Dah
malam-malam buta macam ni, tak elok datang rumah perempuan,” tegas Erika. Dia
hanya menatap wajah lelaki itu.
“Iris
mana?” Tanya Fattah.
Tanpa
banyak cakap, Erika pantas menarik Fattah lalu mereka duduk di atas sofa. Idea
jahat Erika mula timbul. Dia menyuruh Fattah minum air milo yang hendak
diberikan kepada Iris tapi gagal kerana Iris terlebih dahulu tidur.
“Kau
dah kenapa tarik-tarik aku,” ujar Fattah.
Erika
masih lagi tersenyum.
“Minumlah
air tu. Mesti kau penat. Aku nak mintak maaf pasal haritu. Yalah sebab aku dah
burukkan Iris,” pelawanya.
Kebetulan
Fattah sudah beberapa hari tak makan kerana risaukan Iris, dia terus saja
meneguk air milo itu. Tiba-tiba matanya kabur. Pandangannya gelap. Kepalanya
terasa berat. Apa dah jadi dengan aku ni, desis Fattah. Dia terbaring di atas
riba Erika.
Erika
senyum sinis. Dia mengusap rambut Fattah. “Game
on…”
******
Sudah
sebulan Iris tidak bertemu dengan kekasihnya. Begitu juga dengan Erika.
Masing-masing bawak diri entah ke mana. Mungkin dah ada kehidupan baru.
Komitmen manusia yang Iris sendiri masih tak faham sehingga kini.
Sibuk
sangat ke kekasihnya itu? Dah sebulan menghilang tanpa berita. Malah ucapan
untuk harini, ulang tahun mereka bercinta pun tiada. Satu pesanan whatsapp
masuk.
“Fattah…”
Assalamualaikum sayang.
Saya minta maaf. Saya harap awak
faham yang kita dah tak ada jodoh. Saya nak sendiri buat masa ni. Saya harap
lepas ni saya takkan jumpa awak lagi.
Belum
sempat Iris mahu membalas mesej itu, satu lagi pesanan masuk.
Iris, saya sengaja hantar mesej ni
harini. Saya nak awak ingat benda ni sampai bila-bila. Saya tak nak perempuan
gila macam awak. Oklah sampai sini je hubungan kita. Kita putus. Bye.
Iris
tergamam. Lalu air matanya deras mengalir. Sungguh dia tak kuat. Berkali-kali
dia membaca mesej yang dihantar oleh Fattah itu. Sepatah ucapan langsung tidak
diucap. Harini genap mereka empat tahun bersama.
******
Dua tahun berlalu…
Dah dua tahun Iris mencari Fattah. Fattah hilang begitu
saja. Sia-sia saja pengorbanan Iris selama ini. Apa yang Fattah nak, semua Iris
lakukan. Dia sanggup buat apa saja, semuanya demi lelaki yang amat dicintainya
itu. Mereka hampir bertunang tapi empat tahun tu hanya sia-sia. Niat Iris mahu
menghalalkan hubungan mereka terkubur begitu saja.
Baru tadi dia pulang
dari Selayang, rumah keluarga Fattah. Keluarga dia sendiri tak pasti Fattah
berada di mana. Dia terlalu rindukan Fattah.
“Fattah… Awak pergi mana sayang… Penat saya cari awak.
Saya tanya kawan-kawan awak sorang pun tak tahu awak pergi mana. Saya tanya
keluarga awak pun mereka tak tahu di mana awak. Sampai hati awak tinggalkan
saya macam ni. Saya sayangkan awak. Sayang sangat-sangat. Dulu kita bahagia
tapi kenapa…”
Kata-katanya
terhenti. Hanya esakan yang kedengaran. Iris hanya duduk sendirian di Nu
Sentral Mall sambil terkenangkan nasibnya yang begitu malang.
“Iris Adriana… I love you…”
“Ala manja. Merajuk je kerja dia.”
“Comellah sayang.”
Terngiang-ngiang
kata-kata Fattah. Teresak-esak Iris menangis.
Apabila
dia hendak mencapai telefon bimbitnya, Iris tersedar beg slingnya tiada di
sebelah tempat duduknya. Hilang!
“Ya
Allah, mana beg aku! Weh… Semua barang-barang penting dalam beg tu. Macam mana
aku nak balik,” keluh Iris.
Dia
hilang arah ketika itu. Kepalanya terasa sakit. Hatinya pedih. Pandangannya
gelap. Kemudian dia rebah di atas lantai.
******
Iris
membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling wad. Dia toleh sebelah
wajah yang amat dikenalinya.
“Fattah?”
Lelaki
yang berada di depannya membisu. Dia mengusap rambut Iris perlahan.
“Jangan
sentuh aku!” Teriak Iris.
“Iris
Adriana…”
“Eh
setan, kau blah! Kau buat apa kat sini? Nak sakitkan hati aku? Blahlah weh! Aku
benci kau, aku benci…”
Dah
dua minggu Iris tak sedarkan diri baru harini dia dapat menatap wajah bekas
kekasih abang sepupunya itu. Mujur dia yang jumpa Iris ketika mahu pulang dari
Klang bukan orang lain. Fayyad memang sering berulang-alik dari Klang ke Nilai.
Di Klang merupakan rumah keluarga angkatnya. Ketika itu dia ternampak seorang
gadis pengsan di tepi tempat duduk Nu Sentral Mall. Di mengamati wajah itu lalu
dia tersentak. Ni bukan ke… Iris Adriana, kekasih Fattah dulu? Fayyad simpati
kerana mendapati tiada sebarang dokumen penting bersamanya. Dia yakin beg Iris
diragut.
“Tak apa Adriana, saya ada. Saya teman awak sampai awak
sembuh,” getus Fayyad bermonolog.
“Kau takyah nak hipokritlah Fattah! Bertambah benci aku
tengok kau ni. Kau tahu tak, aku dah hias satu bilik ni khas untuk kita. Cantik-cantik
aku buat. Katil apa semua mahal tau aku tempah pastu…”
Belum
sempat Iris menyambung, Fayyad pantas bersuara.
Fayyad
sebenarnya tak sanggup dengar semua tu. Dia tahu Iris sakit, Mungkin selama
Fattah bersama gadis ini, dia tidak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya, Iris
perlu sokongan dari orang yang dia sayang. Sebaliknya, begini nasib gadis itu.
“Adriana, dengar sini… Saya Fayyad, bukan Fattah. Awak
kena terima hakikat Fattah dah pergi
tinggalkan awak. Sekarang ni awak kena tahu dia dah kahwin dengan perempuan
yang mungkin awak kenal. Saya minta maaf. Saya terpaksa terus-terang dan cerita
semua ni kat awak. Dari mana saya tahu tu semua tak penting, yang penting
sekarang awak rehat secukupnya. Insya-Allah kalau awak dah pulih sepenuhnya,
saya akan uruskan urusan discaj awak. Awak jangan risau, saya ada dengan awak,
Adriana. Anggaplah yang pergi tu dah pergi selamanya. Buang kenangan tu semua
jauh-jauh. Ingat Allah. Baiki hubungan awak dengan Allah. Insya-Allah Allah
akan bantu. Saya faham perasaan awak,” terang Fayyad panjang lebar.
Iris senyap. Hatinya ibarat dihiris dengan sembilu.
Begitu pedih mendengar semua kebenaran itu. Kalau di depan matanya sekarang ini
bukan Fattah, habis tu siapa lelaki ini? Kenapa mukanya seiras dengan Fattah…
“Saya tahu mesti awak tertanya-tanya siapa saya ni kan.
Saya adik sepupu Fattah. Ya, muka kami memang iras-iras sama tapi personaliti
kami berbeza. Biasalah sepupu kan,” ujar Fayyad sambil senyum.
“Fattah kahwin dengan siapa?”
Hanya itu yang Iris ingin tahu.
Fayyad menghulurkan foto perkahwinan Fattah bersama
isteri.
Berdebar Iris apabila ingin melihat siapa gerangan
perempuan yang telah merampas permatanya. Di belakang foto itu tertulis ‘England’.
“Erika?”
******
Fayyad
lena tidur di atas kerusi malas. Iris terjaga lalu dia mencapai sebilah pisau
di atas meja. Dia hampir menikam Fayyad.
Mujur
Fayyad sempat menarik Iris dalam dakapannya dan campak pisau itu.
“Aku
benci kau Fattah!!!!!”
“Astagfirullah…
Adriana, ni saya Fayyad. Awak dah kenapa? Bahaya pisau tu…”
“Aku
tak peduli, aku nak bunuh kau jugak!”
Fayyad
memeluk erat tubuh Iris. Dia hanya membiarkan Iris dalam dakapannya. Dia risau
jika berlaku apa-apa pada Iris. Sejujurnya dia sudah mula menyayangi gadis itu.
Akhirnya
Iris akur. Dia terlelap dalam dakapan Fayyad.
******
Setahun kemudian…
Alhamdulillah akhirnya Iris disatukan dengan Fayyad.
Berkat kesabaran Fayyad menjaga Iris ketika Iris mengalami tekanan teruk,
sekarang sudah pulih. Iris menjalani beberapa rawatan. Penyakit mental
disordernya juga pulih sepenuhnya. Kini, Iris bahagia bersama jodohnya. Dugaaan
demi dugaan yang Iris lalui dan Allah telah hantarkan seorang suami yang jauh
lebih baik dan penyayang. Dia benar-benar bahagia. Cincin peninggalan arwah
maminya tersarung kemas di jari manisnya.
“Terima kasih abang
sebab datang dalam hidup saya. Kalau tak ada abang rasanya saya dah jadi orang
gila kut, hehe…” getus Iris sambil lentok kepalanya di atas bahu suaminya.
“Sebab sayang jodoh abang. Nama sayang dah tertulis dalam
kisah hidup abang… Abang sanggup buat apa je untuk sayang. Tak ada siapa boleh
pisahkah kita melainkan ajal,” ujar Fayyad lalu dia usap perut Iris yang makin
membesar.
Iris tersengih. Dia bersyukur dan terasa bahagia yang
amat. Terima kasih ya allah kerana berikan aku kebahagiaan yang sementara ini,
desisnya sendirian.
******
Pada malam itu,
Fayyad sengaja menjemput abang sepupunya Fattah dan juga keluarga kecilnya
makan malam di rumah. Tujuannya dia mahu Fattah atau isterinya menceritakan
kebenaran. Biarpun masa silam, tetapi hutang tetap hutang. Hutang mesti
dilangsaikan.
“Abang, siapa yang nak datang rumah kita tu… Saya risau
kalau saya masak tak sedap. Saya masak ayam masak merah dengan bancuh fresh
oren pastu cocktail je bang,” tutur Iris.
Fayyad senyum sambil merangkul pinggang isterinya. “Shtt…
Masakan awak tak pernah tak sedap sayang…”
“Isy abang ni,” Iris merengek.
“Dah sayang pergi tukar baju, tetamu kita dah nak sampai,”
pinta Fayyad.
“Baiklah bang,”
******
Semasa Iris menuruni anak tangga, dia terdengar
suara-suara yang amat dikenalinya. Suara tu… Suara…
Alangkah terkejutnya Iris apabila melihat sepasang suami
isteri yang tidak asing baginya dan juga seorang budak lelaki.
“Fattah? Erika?
What are you doing here?”
Buntang mata Fattah melihat wajah bekas kekasihnya.
Rupa-rupanya Iris ialah isteri Fayyad. Keciknya dunia, getus hatinya.
“Sayang duduklah… Join us,” pinta Fayyad sambil
mengerling muka Fattah dan juga Erika.
Erika merenung wajah Iris dengan serba salah. Walaupun
sudah bertahun lamanya perkara itu berlalu tapi dosanya pada Iris tetap tak
dapat dilupakan kecuali dengan dia
memohon maaf daripada Iris.
Iris hanya membatukan diri. Sejak dari tadi dia senyap.
Akhirnya Erika bersuara memecah kesunyian.
“Long time no se,
Iris… Masakan kau tak pernah mengecewakan,” ujarnya.
Iris senyum nipis. Fattah tidak berkelip memandang wajah
Iris yang semakin cantik dan berseri. Seri wanita mengandung.
Selesai makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu.
“Hmm, Iris… Sebenarnya aku… Err… Aku nak mintak maaf kat
kau. Aku yang bersalah. Akulah punca dan dalang kau putus dengan Fattah dulu.
Aku bukan apa, aku cemburu sebab kau sempurna. Semua orang pandang kau, selalu
puji kau, pastu kau…”
“Stop it Erika…”
“Tak
Iris… Aku yang plan semuanya. Aku banyak sangat dosa dengan kau. Aku dah lama
nak rampas Fattah dari kau. Yang paling buat aku serba salah bila kau susah
payah cari Fattah dan kau mesti perlukan aku masa tu. Tapi aku jahat sebab aku
berkesedudukan dengan Fattah selama enam bulan pastu kita orang terus nikah kat
sana. Aku mengandung luar nikah, Iris. Aku yang suruh Fattah hantar mesej tu
kat kau. Aku tahu Fattah masih sayangkau kau. Tapi aku yang paksa dia tidur
dengan aku. Terima aku. Kalau tak nanti aku bagitau kau yang kami dah beberapa
kali terlanjur.
Kau ingat tak Iris malam tu yang aku
hidangkan kau air milo panas, aku sebenarnya nak kenakan kau biar kau tak pergi
kerja lepas tu malam tu jugak, Fattah datang cari kau. Aku hidangkan air milo
yang aku campurkan dengan ubat tidur tu yang kau tak minum tu kat Fattah.
Fattah pengsan. Aku bawak dia tidur dalam bilik aku. Malam tulah kami terlanjur buat kali pertama, Iris.
Maafkan aku Iris. Aku dah tak tahu
nak buat macam mana lagi. Selagi aku tak mintak ampun dari kau selagi tu aku
rasa bersalah,” terang Erika panjang lebar. Dia tidak berhenti menangis dan
meminta maaf.
Iris senyap. Dia menahan air
matanya. Matanya berkaca-kaca. Dia merenung tajam ke arah Erika.
Akhirnya dia bersuara.
“Kau bukan manusia, kau memang tak
guna, setan! Setan yang bertopengkan manusia. Sanggup kau buat semua ni kat
aku? Tergamak kau weh. Apa salah aku kat kau, haa Erika!!!”
Tangan Iris laju saja menampar pipi
Erika. Fattah hanya biarkan. Dia pura-pura tidak masuk campur. Dia sejak tadi
tidurkan anak lelakinya. Walaupun tidak masuk campur, dia pasang telinga. Dia
sudah tahu semuanya. Jujur dia katakan dia masih sayang pada Iris Adriana.
Namun, nasi sudah jadi bubur. Benda dah jadi. Iris sudah pun bergelar isteri
orang.”
“Aku ni kawan kau. Aku benci kau!!!”
“Aduh, argh!”
Iris mengerang kesakitan. Dia
memegang perutnya.
“Sayang!!!!” Jerit Fayyad lantas
mendapatkan tubuh isterinya.
******
“Tahniah, awak dapat baby girl,” kata Doktor Nazrin.’
Fayyad lega. Dia bersyukur Iris dan anaknya selamat.
“Terima kasih sayang lahirkan zuriat abang,”
“Abang…”
“Ya sayang…”
Muka Iris pucat. Tubuhnya lemah. Dia tidak berdaya. Dia
peluk baby Adlina erat.
“Jaga Ad elok-elok. Jadi ayah yang baik. Saya sayang
abang. Halalkan makan minum saya selama ni. Ampunkan saya bang, lagi satu…
Tolong bagitahu Fattah dan Erika, saya dah lama ma… maafkan dia… orang…” Kata’kata
Iris terhenti. Tangannya erat memeluk tubuh suaminya dan juga baby Adlina.
Pandangannya gelap. Dia sempat mengucap.
“Iris Adriana! Sayang!!!”
Iris kehilangan banyak darah semasa melahirkan Iris
Adlina. Fayyad memeluk erat tubuh anak perempuanya dan mengucup pipi isterinya.
Dia menangis semahu-mahunya.
“Abang sentiasa ampunkan dosa sayang. Abang sayang dan
cinta pada sayang sorang. Abang janji abang akan jaga anak kita elok-elok,”
TAMAT
P/s :
Jangan menyesal sebab kehilangan. Hargai orang yang awak sayang. Jangan bila dah pergi nanti awak menyesal. Hmm, kadang-kadang orang yang paling rapat dengan kita sebenarnya dialah yang paling berbisa. Trust no one... Tengok macam Fayyad, dia sentiasa hargai isteri dia. Tak macam Fattah. Takut sangat dengan Erika lepastu menyesal tak sudah. Kadang kita tak tahu jodoh yang mana sampai dulu. Maka, sentiasalah bersedia dan baiki diri :)
Comments