Skip to main content

Nadhira bangkit kembali !

Assalamualaikum...

Image result for alone girls images

Lama dah tak tulis blog ni. Banyak habuk dah. Haih. Busy sangat sejak Ira sambung study ni. Sampai bukak laptop pun bersemut tadi. Potong line betul baru nak update apa yang patut kan, SEMUT dah berjemaah datang. Ira takut semut tu buat sarang je dalam external disk. Wuish meremang Ira bila terbaca kat Mr Google pasal laptop bersemut ni. Mintak dijauhkanlah. Haa sekarang ni kalau boleh Ira nak kembali berblog balik. Nak sembuh dari depression. InsyaAllah.

Mana pembaca setia Ira? Hehe. Maaf sebab dah lama tak menulis. Tak luahkan perasaan. Yang paling sedih dah lama tak buat cerpen dengan novel. Padahal banyak je pengalaman Ira dah kumpul. Hmm. Ira kan suka pendam kan so Ira banyak luahkan perasaan melalui cerita Ira. Kalau korang baca cerita, korang akan tahu. Asal dengan tajuk tu? Dah nak tahun baru kan, so nak bangkitlah dari kisah silam. Ira dah tanam azam nak sembuh dari depression and kelam kabut semua tu. Ira bukan nak puaskan hati semua orang tapi nak puaskan hati sendiri. Penatlah asyik nangis tanpa sebab je.

So sekarang misi Ira, Ira nak buat research. Entah apa apa je kau ni kan. Researchlah apalah. Ceritalah, novel lah bagai. Kalau tak suka Ira tak suruh baca pun. Tekan pangkah terus. Senang kan. Ira nak cari kat mana mana sumber cara atasi depression ni. Cara elak overthinking and yang paling penting MOVE ON. Ira nak teruskan hidup. Tak naklah asyik murung and nangis tak tentu pasal. Boleh jadi gila err. Bila Ira jadi macam tu, Ira selalu motivate diri Ira tapi nangis jugak, Fikir jugak. Haraplah tahun 2018 ni boleh betul betul sembuh dari semua penyakit tu. Ya Allah Ira ni perempuan. Tak sah kalau tak fikir bukan bukan. Macam mana eh nak elak dari semua ni? Naluri seorang perempuan selalunya betul. Perempuan juga dilahirkan macam ni. Betul tak? Apa pendapat korang?

Entry seterusnya... Aku cintakan dia tapi dia? 


Comments

Maria Firdz said…
Boleh.. Dekatkan diri dengan Pencipta Cinta... Insha Allah akan temui cinta sejati...

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam