Suasana di kelas pagi tu sungguh tenang sekali. Ditemani bunyi kicauan burung. Biasalah sekolah di kampung memang sentiasa tenang. Tiada bangunan sana sini, asap debu dan sebagainya. Tetapi tidak bagi Naddy. Sejak awal lagi dia pindah ke kampung Sungai Merah, dia tidak suka. Menurutnya, dia benci jadi budak kampung.
Sudah tiga bulan dia berada di dalam kelas 5 Akaun 1. Pelajar di dalam kelas itu amat tidak menyenangi kehadiran Naddy kerana gadis itu sering melenting apabila ditegur. Sudahlah suka membuli. Sedang dia mahu membuka fail peribadinya, Hidayah pantas merampasnya.
“Kau kenapa nak rampas fail aku?” Getus Naddy. Pandangannya sinis sekali memandang ketua tingkatan di kelas itu. Naddy hairan dengan perangai Hidayah, naif sungguh. Walaupun dia sudah beberapa kali mahu menyakitkan hati Hidayah, Hidayah tetap mahu berbaik dengannya. Perempuan tak betul, desisnya.
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun milik Naddy ditilik oleh Hidayah. Hidayah sungguh tidak menyangka bahawa Naddy lebih bijak darinya. Keputusannya semua A tapi kenapa sahsiahnya begitu teruk? Suka sangat membuli pelajar-pelajar di kelas ini. “Nad, saya tahu sebenarnya awak pandai tapi tak nak tunjuk.” ujar Hidayah.
“Kisah apa aku. Kau sibuk sangat nak tengok keputusan aku tu apa hal? Kau tak ada hak nak buka fail peribadi aku. Bagi balik fail aku tu.” Naddy merampas semula fail peribadinya. “Lagi satu, kenapa kau sibuk sangat nak berkawan dengan aku walaupun aku ni jahat? Kau buta Hidayah. Aku ni sebenarnya jahat. Aku suka bersosial masa kat Kuala Lumpur dulu. Perangai aku teruk. Aku merokok. Tu pun kau tak sedar ke? Semua orang dalam kelas ni tak nak kawan dengan aku. Kau je bodoh. Kau naif wei.”
“Saya ikhlas kawan dengan semua orang termasuklah awak. Saya tak tahan tengok awak buli pelajar kat kelas ni. Jadi, saya merelakan hati saya untuk menegur perbuatan awak tu. Saya tahu semua orang boleh berubah. Saya tak kisah siapa pun awak, saya cuma nak awak berubah. Kita dah nak SPM. Tolonglah Nad.” ujar Hidayah. Redup matanya memandang Naddy.
Naddy tidak mempedulikan kata-kata Hidayah. Lantas dia menuju ke belakang sekolah untuk menenangkan fikirannya. Budak-budak kampung semuanya naif. Semuanya baik. Aku menyampah betullah duduk kat kampung ni. Dulu aku liar elok je. Sejak duduk dengan nenek, semua tak boleh. Ah bosan betullah hidup macam ni! Dia mengeluarkan sebatang rokok dari kotak lalu membakarnya.
Selesai latihan bola sepak, Adi mendaki tangga untuk ke tandas. Dia ternampak seorang gadis sedang menghisap rokok. Tu Nad, budak kelas aku, desisnya sendirian.
“Nad?” Sapanya. Naddy dengan selambanya memandang Adi. Dia membuang puntung rokok itu lantas mengambil sebatang lagi rokok. “Haa, kau nak apa?”
Adi menggeleng kepalanya apabila melihat perbuatan tidak senonoh Naddy itu. “Kau perempuan tak elok merokoklah. Aku sendiri tak merokok. Wei dengar tak ni?” Getus Adi lalu dia mencapai puntung rokok dari tangan Naddy.
“Ni lagi sorang. Kenapa eh budak kat sekolah ni naif? Apa pun tak boleh!” Naddy mengatur langkah pulang ke rumah.
Sebulan berlalu...
Sudah sebulan Naddy tidak hadir ke sekolah. Hidayah dengan Adi berasa bimbang. Mereka membuat keputusan untuk pergi ke rumah Naddy.
“Assalamualaikum...” ucap Hidayah dan Adi serentak. Dua kali mereka memberi salam tidak menyahut. Belum sempat mereka memberi salam kali ketiga, Naddy menyahut.
“Waalaikumussalam. Masuklah...” jawab Naddy. Suaranya serak kerana banyak menangis.
“Kenapa dah sebulan kau tak datang sekolah? Semua orang risau pasal kau tahu tak. Cikgu-cikgu pun tertanya-tanya pasal kau. Sebab tulah kita orang datang.” ujar Adi. Kata-kata Adi itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri saja. Fikirannya hanya melayang pada keluarganya saja.
“Mata awak nampak sembab Nad. Ni mesti awak banyak menangis. Cuba cerita kat kami apa dah jadi kat awak sebenarnya? Awak baru putus cinta ke?” soal Hidayah.
“Isy, kau ni Hidayah. Main cakap aje. Bagilah Nad bertenang dulu.” ujar Adi.
“Korang pergi balik jelah. Buang masa je datang. Aku ok. Jangan risaulah.” kata Naddy. Padahal di dalam hatinya hanya Allah swt saja tau betapa menyesalnya dia kerana tidak mendengar kata-kata nenek, papa dengan maminya dulu. Sekarang semuanya sudah terlambat. Semua orang yang dia sayang sudah pergi buat selama-lamanya. Tinggallah dia sendirian di rumah arwah neneknya.
“Kau jangan nak tipu kita oranglah Nad. Ni mesti ada apa-apa ni. Cerita jelah. Makin kau pendam nanti kau sendiri yang sakit.” kata Adi. Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Naddy. Sebab tulah dia sering mengambil berat tentang gadis itu walaupun gadis itu nakal.
“Keluarga aku kemalangan masa nak pergi kenduri yasin. Sekarang ni aku jadi anak yatim piatu. Papa, mami dengan nenek aku dah tak ada. Wei korang cakap dengan cikgu yang aku nak berhenti sekolah. Aku dah penat nak nangis. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi sekarang ni. Aku menyesal tak dengar cakap keluarga aku dulu.” terang Naddy sambil teresak-esak menangis.
“Innalillahiwainnalillahirajiun... Maaf Nad, kita orang tak tahu. Takziah ye dari kami dan yang lain. Awak kena tabah. Mungkin Allah swt lebih sayangkan mereka. Ni satu dugaan yang awak kena kuat untuk menghadapinya. Awak silap, walaupun mereka dah tak ada, Allah swt masih ada dengan awak. Awak lupa ke, Allah sentiasa dengar doa awak. Apa yang penting sekarang, awak kena jaga solat supaya Allah swt jaga awak.” ujar Hidayah lembut sambil mengusap bahu Naddy.
“Astagfirullahalazim... Aku hampir lupa yang Allah swt sentiasa ada dengan aku. Terima kasih Dayah sebab tolong ingatkan aku. Tapi aku sebatang kara kat sini. Saudara-mara aku ramai kat luar negara.”
“Tak apa Nad, awak boleh tinggal dengan saya. Saya tak nak awak ketinggalan pelajaran. Lagipun tak lama lagi kita nak SPM. Saya tak nak disebabkan ni awak gagal. Saya nak kita sama-sama berjaya.” ujar Hidayah.
Sejak itu, Naddy tinggal dengan keluarga Hidayah. Keluarga Hidayah banyak mendorongnya supaya berjaya dalam pelajaran. Naddy belajar bersungguh-sungguh dan meninggalkan semua tabiat tidak senonohnya. Dia mula sedar yang pergi tetap akan pergi dan yang masih hidup perlu teruskan hidup untuk mendapat keberkatan dari Allah swt.
Dia juga sering belajar berkumpulan bersama Hidayah dan juga Adi. Semasa belajar berkumpulan, Naddy terkejut kerana Adi sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Naddy menerima Adi seadanya. Menurut Adi, dia akan melamar Naddy selepas mereka sama-sama berjaya.
Akhirnya Naddy berjaya mendapat keputusan yang amat membanggakan dalam SPM iaitu 10 A’s. Tidak sia-sia usahanya selama ini. Dia besyukur dan amat berterima kasih pada Hidayah, ayah, ibu dan juga Adi. Dia mengajak Hidayah dan juga Adi ke pusara arwah papa, mami dan neneknya.
“Papa, mami, nenek... Nad dah mula berhijab. Lepas tu Nad berjaya dapat semua A dalam SPM. Lepas ni, Nad janji Nad akan ke menara gading macam yang papa, mami, nenek nak. Nad nak beli rumah besar. Lepas dah berjaya, Adi nak lamar Nad. Insya-Allah papa dengan mami dapat cucu, dan nenek dapat cicit.” kata Naddy sambil air matanya mengalir. Dia memandang Adi. Adi dan Hidayah memahami perasaan sahabatnya ketika itu.
“Nad sayang semua. Nad harap roh papa, mami dengan nenek masuk syurga, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin...”
Comments