Skip to main content

Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum...

Lama tak dengar khabar aku kan? Blog dah lama tak update sampai berhabuk sepuluh inci. Haha. Aku kat sini sihat alhamdulillah cuma sekarang aku nak tahu perkembangan penyakit talasemia aku ni macam mana. Takde berita sampai sekarang. Klinik tu senyap je. Lepas tu sekarang aku ada dermatitis pulak. Haih macam macam...

Btw, aku mintak maaf sebab tak ucap selamat tahun baru kat korang. Hehe. Selamat tahu baru gais. Dah tahun 2016 dah. Kejap je kan. Tahun ni umur aku 17 tahun so dugaan yang paling besar yang aku kena tempuhi ialah SPM! Macam tak percaya yang aku akan hadapi SPM tu. Masa kecik kecik dulu tak sabar nak jadi besar. Sekarang ni dah besar nak jadi kecik balik. Huhu. Tapi aku memang nekad lah nak berubah. Nak belajar rajin rajin. Harap dapat capai target.

Yang paling penting sekarang aku dah tak ambik add math... Hihi... Sebab aku tau, kalau aku ambik add math aku memang tak boleh bawak punya. Dahlah aku ni lemah math. Sekarang aku cuma nak cari jalan nak lulus modern math. Aku banyak belajar dari kawan kawan aku. Thanks korang sebab dah ajar aku. Rasanya aku tak nak cakap banyak, cukup sampai sini aje aku membebel. Doakan aku ye :)

Comments

Popular posts from this blog

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Ban...

PENGALAMAN KERJA SAMBIL BELAJAR

  Assalamualaikum, Holla ! Lama rasanya tak update blog ni. Berhabuk teruk.. Sebenarnya Ira demam tau dah 2 hari dah. Demam disebabkan tonsil Ira bengkak tu yang sampai demam menggigil tu. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Tu pun sebab makan panadol extra. Hope esok kembali bertenaga la sebab ada kelas. Haa cerita pasal kelas. Ni main point yang Ira nak share harini. Mungkin bermanfaat untuk korang yang tengah dalam dilema lagi nak buat kerja sambil belajar ke nak belajar full time macam mana. Bagi pendapat Ira la, kalau korang jenis B40 yang macam Ira ni kalau niat tu nak sambung belajar better sambung je. Jangan nak dengar cakap orang cakap belajar ni buang masa la even sebenarnya tak! Kita belajar untuk upgrade diri kita untuk jadi orang yang berilmu, untuk jadi orang yang educated. Bukan nak segulung ijazah je semata mata. So, Ira nak share la Ira dah start sambung pengajian Ira ke peringkat degree which is Bachelor of Business Entrepreneurship (Honours) . Alhamdulill...