Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kecewa .

Assalamualaikum... Kecewa? Yes aku kecewa sangat dengan perangai manusia ni. Aku ada ke takde sama je. Macam aku ni tak wujud je bagi dia orang... Sebenarnya aku cuma nak cakap yang sekarang ni aku dah banyak lost contact dengan kawan kawan lama aku. Aku still pakai nombor lama tapi dia orang? Dia orang tukar nombor tak bagitahu aku pun. Sadis. Sekurang kurangnya bagi lah nombor kat aku. Kalau korang nak tau, aku tak pernah pun lupa korang. Aku sentiasa ingat. Aku rasa korang dah lupa aku kot. Yelah dah dapat ramai kawan baru kan. Mana nak ingat aku kat sini. Sekarang ni aku memang dah takde kawan baik. Kawan yang betul betul boleh dengar semua masalah aku. Yang boleh ada dengan aku bila aku senang atau susah. Serius aku dah tawar hati nak ada kawan. Biarlah aku tak ada kawan. Senang sikit. Tapi kadang kadang aku dah penat nak pendam semua ni. Pendam semua rasa yang aku tak puas hati. Aku cemburu bila ada orang yang ada kawan baik ni. Yang tak mengata kawan dia dari belakang. Mac

"Biarlah gambar berbicara..."

Assalamualaikum...

My Crazy Tutor #6

"Remember when..." Bab 6 S eperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya. “Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir. “Tak apa.” “Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad. Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak

My Crazy Tutor #5

Bab 5 Cuti sekolah bermula... P agi Sabtu yang sungguh indah. Anis sengaja tidak tidur selepas solat Subuh kerana hatinya sudah tidak sabar lagi mahu keluar dengan Fayyad. Mana tahu kali ni keluar dengan tutornya lagi seronok dari keluar dengan kekasih cinta monyetnya sebelum ni. Membosankan! Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Seperti biasa kalau mahu keluar berjalan, Anis akan bersiap lebih awal. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Rambutnya dibiar lepas. Anis capai beg sandangnya kemudian dia melangkah ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ibunya. “Nak keluar dengan siapa?” Tegur Puan Aisyah sambil menyapukan nutella di atas roti untuk anak perempuannya. “Dengan Cikgu Fayyadlah. Cuti sekolah dua minggu, minggu lagi satu dia nak bawak kita pergi bercuti kat Genting Highland. Tu yang Anis tak sabar nak tunggu minggu lagi satu tu.” Ujar Anis. “Kau biar betul, Anis?” Soal Puan Aisyah. Kali ni hatinya pula yang tidak

My Crazy Tutor #4

Bab 4   “A nis!!! ” Laung Syasya dari jauh. Anis yang sedang membeli makanan di kantin itu terbantut mahu beli makanan. Si Syasya ni kalau panggil dari jauh ni tak lain tak bukan mesti ada gosip terbaru. “Apa?” Jawab Anis malas. Syasya menarik tangan Anis. Kemudian mereka pergi ke padang. “Kau ni dah kenapa?” Soal Anis lalu dia menjamah keropok lekor yang dibelinya. “Impian kau akan jadi kenyataan wei! Aku nampak prince charming kau tu datang semalam. Handsome gila... Muka macam pelakon korea. Untung kau Anis dapat dia. Siapa nama dia?” Getus Syasya beria-ria mahu tahu pasal lelaki yang menjemput Anis semalam. “Si Fayyad gila tu? Dia bukan prince charming aku tapi tutor aku. Err dia tu baik jugak orangnya.” “Gila-gila pun handsome! Dia tutor kau? Wah, untunglah kau hari-hari dapat tengok muka dia. Tutor lama-lama jadi kekasih. So sweet!” Anis senyum. Betul ke? Kalau ada jodoh yalah! Tapi takkan dia nak bagitahu Syasya yang dia dah jadi kekasih kontrak Fayyad selama

My Crazy Tutor #3

Bab 3 K ali ni Anis betul-betul buat kereta Honda milik Fayyad calar. Apa aku nak buat ni? Kalau dia perasan kereta dia calar ni, habis aku nanti! “Kenapa muka kau nampak takut sangat ni?” Sapa Syasya. “Tadi aku main basikal Ain lepas tu aku terlanggar kereta Honda tu. Aku tengok ada kesan calar sikit. Aku takutlah pemilik dia marah.” Ujar Anis sambil menunjukkan kesan calar di kereta itu. “Biarkan jelah. Kau kenal ke dengan pemilik kereta Honda tu?” Anis diam. Fikirannya bercelaru. “Ke...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya Fayyad muncul. Dia melihat kesan calar di keretanya. Teruk betul ni, getus Fayyad. Dia pantas menarik tangan Anis lalu masuk ke dalam kereta Hondanya. Syasya terganga apabila melihat Anis pergi dengan lelaki kacak itu. “Impian kau akan jadi kenyataan, Anis. Prince Charming kau betul-betul wujud!” Desisnya. Sampai di restoran mewah, Fayyad masih memegang tangan Anis. Dia membawa gadis itu ke bahagian belakang sekali. “Kenap

My Crazy Tutor #2

Bab 2 M ata Fayyad sedari tadi menatap skrin komputer ribanya. Sudah seminggu dia mengiklankan jawatan sebagai private tutor di blognya. Tapi sampai sekarang tiada respon. Dia terpandangkan komen di bawah post itu. Dia terkejut melihat pertanyaan dari wanita yang umurnya lebih kurang 40-an itu.  Encik boleh mengajar dengan baik ke? Insya-Allah boleh. Kenapa puan tanya ni? Saja sebab anak perempuan saya nak SPM tahun ni. Dia tu susah sikit nak diajar... Tak apa puan. Saya dah biasa mengajar pelajar yang nak ambil SPM. Baguslah kalau macam tu. Kemudian wanita itu menghantar alamat rumahnya melalui e-mel. Fayyad terpaksa berbohong kerana kini susah mahu cari kerja! Lagi-lagi papanya tidak suka melihat dia menganggur di rumah. Fayyad yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam perniagaan itu mungkin dapat mengajar dengan baik. Insya-Allah aku boleh, desisnya. **** Seperti biasa Anis pulang ke rumahnya dengan wajah kusut. Dia tidak mahu memberitahu ibunya tentang k

My Crazy Tutor #1

"100 days with Mr. Arrogant..." Bab 1 A nis Kirana, seorang gadis yang comot dan suka berangan. Kononnya ada prince charming yang akan menyelamatkannya satu hari nanti. Disebabkan angan-angannya yang entah apa-apa itu, pelajarannya semakin merosot. Ibunya, Puan Aisyah sibuk mencarik private tutor khas untuk anak perempuannya itu. Sejak kehadiran tutor kacak yang bernama Fayyad, hidupnya tidak tentu arah. Mana taknya, siang malam disuruhnya bukak buku! Dalam diam Anis menyimpan perasaan terhadap tutornya itu. Muka sebiji macam hero filem korea! Setiap hari dia cair melihat gelagat lelaki itu mengajar. **** “Sampai bila kau nak berangan Anis Kirana? Ibu risau tengok pelajaran kau semua merosot... Matematik tambahan dua markah je? Kau ni buat tak pakai otak ke hah?!” Omel Puan Aisyah. Anis yang sedang leka menonton filem korea kegemarannya langsung tidak mendengar omelan ibunya. Ipad di tangannya tidak lepas sedari tadi. Muka Puan Aisyah merona merah. Anak pere

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

Assalamualaikum guys! Klik banner untuk join :) First of all, thanks  Ima Hamdan  sebab sudi tag Ira. Rasanya Ira dah lama tak join Giveaway ni. Blog pun dah lama tak bukak. Hachum! Berhabuk... Ahaks :D Ira tak nak komen panjang panjang. Ira cuma nak cakap semoga Cik Tulip terus berblogging dan buat giveaway ya :) Hehe jom join ramai ramai giveaway ni! Random tagged : Nur Aisyah Amelia Lieza Tamat : 30 November 2015

Lagu pun boleh hilangkan stres .

Assalamualaikum guys... "Earphone on, volume up ignore the world." That's true. Kadang kadang kalau Ira ada banyak sangat masalah, kepala tengah serabut Ira selalunya akan bukak volume kuat kuat kat earphone. Kepala tengah serabut elok menghayati apa yang lagu tu nak sampaikan kat kita. That's why Ira suka sangat tengok rancangan Gegar Vaganza tu... Tak tau apa tu Gegar Vaganza? Alah yang tengah famous kat astro ria tu :P Kadang bila kita dengar lagu tu macam ada kena mengena dengan kisah silam kita right? Tapi Ira tak. Ira kalau dah dengar lagu. Ira langsung tak peduli orang yang kat sekeliling Ira. Tak percaya? Cubalah duduk serumah dengan Ira :P Hohoho kbye... Selamat malam bloggers...  Good night and sweet dream guys!

Dah penat nak jaga hati orang .

Assalamualaikum... Aku dah cakap, sekuat mana pun hati aku ni, sabar aku pun ada hadnya jugak. Tak semestinya korang tengok aku ni diam maknanya aku tak tahu semua benda. Aku tahu. Aku tahu pasal tu. Aku dengar apa yang korang cakap pasal aku. Cakap aku ni lurus bendul lah, blur lah. Korang fikir aku ni takde perasaan ke? Haih penatlah. Aku diam sebenarnya aku nak jaga hati korang.  Kalau aku ni jahat, aku biar je hati kau tu. Semua hati orang aku nak jaga. Habis hati aku ni siapa yang nak jaga? Aku sedih, aku sakit hati, aku terluka... Aku yang tanggung sorang sorang. Korang bukan tau apa apa pun. Yang kau tau nak judge sana sini. Tak habis habis nak mengata aku. Mentang mentanglah aku ni tak ada rupa. Tak ada rupa pun sekurang kurangnya aku besyukur dengan apa yang Allah swt bagi kat aku. Serius aku dah penat sekarang ni. Dah tak larat sangat nak jaga hati orang. Kan bagus kalau dunia khayalan tu wujud dah lama dah aku lari pergi sana. Orang macam aku ni layak duduk ka

Filem Melayu Terbaru 2015 Girlfriend Kontrak

Assalamualaikum... Bilalah Ira dapat peluang untuk tengok filem ni kat panggung hmm... Filem Polis Evo masih lagi kat pawagam. Dah lah filem ni artis idola Ira yang berlakon! Nur Risteena :) Harap keluar kat astro first. Boleh langgan dan tengok hihi...

Student .

Assalamualaikum...

Filem Indonesia Terbaru Remember When

Assalamualaikum... Holla gais... Sekarang ni Ira nak review filem indonesia terbaru iaitu Filem Remember When yang ditayangkan tahun lepas kat Indonesia. Serius Ira cakap filem ni best tambah sweet banget gitu hahaha. Ira siap download kat laptop lagi semata mata nak tengok hari hari... Produser : Gope T Samtani Sutradara : Fajar Bustomi Penulis Naskah : Haqi Achmad Aktor dan Aktris : Maxime Bouttier, Michelle Zudith, Stella Cornelia, Miqdad Addausy, Monica Oemardi, Bobby Samuel, Adjie Pangestu   Jadwal Tayang di Bioskop : 16 Oktober 2014   Sinopsis dan Jalan Cerita Film "Remember When Ketika Kau dan AKu Jatuh Cinta" diangkat  dari novel karya Winna Efendi dengan judul yang sama. Film ini menceritakan tentang Freya (Michelle Zudith) dan Moses (Miqdad Addausy), Adrian (Maxime Bouttier) dan Gia (Stella Cornelia). Mereka semua adalah dua pasang sahabat semasa SMA. Ini adalah sedikit kisah kecil mengenai persahabatan mereka, mengenai apa itu cinta pertam

Nescafe !

Assalamualaikum... Yeay Necafe! Hihi... Kali ni Ira nak bagitahu yang nescafe yang paling sedap Ira pernah rasa ialah nescafe buatan mak Ira. Serius memang sedap... Terasa ness dia! Bila aku buat hampehh... Tawar hember! Katanya mak dah expert macam neni buat. Sebenarnya dulu Ira memang tak suka minum kopi ni! Pahit... First time Ira minum betul betul nes ni masa nak exam hari tulah. Nak tahan mata punya pasal! Rasa sikit sedap ohh... Lagi lagi yang white coffee tu... Boleh makan macam tu jek haha. Setakat ni Ira pernah rasa Nescafe White Coffee, Classic dengan Nescafe pek kuning tu. Korang cubalah :) Cuba sekali, nak lagi! Jangan jadi sombong macam Ira, sembang tak suka minum... Last last minum jugak... Ingat dapat gaji nanti nak beli hohoho.

Blog versi baru!

Assalamualaikum gais... Ok tak Ira buat header ni? Lenguh tangan aku duk edit header ni sampai dua jam hahaha. Lepas tu hari ni tiba tiba pula rajin nak mengedit semula blog Ira yang dah lama tak teredit. Lama jugak Ira tak edit blog ni. Ira rasa korang pun dah bosan dengan design blog Ira yang balik balik sama je kan?  Ira edit main background... Ira letak footer blog. Comel kan? Dah tau dah hihi. Apa pendapat korang tentang wajah baru blog Ira ni? Please bagi komen... Nak tau jugak :P Lupa pulak, kalau korang teringin nak guna background blog yang sama macam Ira punya ni, ambik jelah. Nah... Ira pun guna freebies kat google :P Siapa tak tau nak ambik macam mana korang tekan right click kat mouse korang then cari copy image url. Biasanya newbie lah yang tak tau... Walaupun ramai yang dah tau, Ira cuma nak kongsi pengetahuan Ira yang tak seberapa ni. Poyo je ayat aku hoho :P  Yang header pulak Ira edit guna photoscape. Korang boleh download ka

"Kegembiraan yang sukar ditafsir..."

Assalamualaikum... Kabhi Kushi Kabhi Gam... Eh betul ke aku eja ni? Haha entahlah yang penting aku tau apa maksudnya. Maksudnya adakala kita sedih, adakala kita gembira. Aku post pasal ni bukan sebab aku sedih ataupun gembira. Aku post sebab hati aku lega... Aku dah berbaik dengan semua kawan aku. Betul kata orang, kalau kita maafkan kesalahan orang, kita akan sentiasa tenang. Perangai aku pelik tau. Kalau aku dah happy, lain macam jadinya. Perangai gelabah + excited tu tiba tiba datang. Tu  yang kerja semua jadi tunggang langgang. Tapi kalau dapat tahu crush suka kat kita lagi gelabah! Itu yang dinamakan "Kegembiraan yang sukar ditafsir..." Hanya Allah dan orang tertentu je tau keadaan aku macam mana bila aku terlalu gembira. Ekceli aku dah malas sebenarnya nak tulis diari guna tangan. Lenguh tangan oh! Lagi lagi tengah exam, sampai berhelai helai test pad aku guna! Bila nak tulis diari kat rumah rasa macam nak tak nak je en. Yelah sebab kat sekolah dah exam kat rumah

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com

Assalamualaikum guys... Klik banner di atas untuk join :)

Hati Mati ehh

Assalamualaikum guys... Holla... Betul ke hati aku dah mati ni? Hahaha lawak bila dengar hati Ira dah mati. Hati Ira mati bukan sebab lelaki tapi sebab segala galanya. Sebab tulah sekarang ni Ira susah nak keluarkan air mata. Nak nangis pun takde air mata. Pelik kan? Mungkin hati Ira dah lali dengan semua yang jadi kat Ira ni. Kata orang dugaan... Korang perasan tak Ira banyak post pasal hati kali ni? Kenapa eh? Sebab... Ira nak orang faham yang Ira ni manusia bukan patung yang boleh abaikan sesuka hati. Ada kawan pun macam takde kawan. Sabar jelah. Sebenarnya kan. Ira teringin sangat nak jadi macam dulu. Yang tak matang dan childish. Macam bibah dalam cerita alaa bib tu. Happy je dia. Memang heroin dia Ira minat. Risteena kan? Hihi. Sekarang ni Ira nak bagitau korang yang Ira memang takde hati. Ira cuma cinta Allah, Rasulullah. keluarga dan kawan kawan. Ira ada kawan ke? Persoalannya sekarang, betul ke kawan boleh tolong kita masa kita susah dan senang? Entahlah awak...

Esok cuti lagi sebab jerebu...?

Assalamualaikum guys... Holla... Tahun ni banyak betul cuti sekolah kan. Sampai Ira pun asyik duk tengok bacaan ipu kat google. Dalam berapa hari ni hujan lebat, jerebu kurang tapi hari ni naik balik. Haih cuti je memanjang. Tapi bagus jugak. Boleh bangun lambat esok. Ahaks! Kementerian ni baik betul bagi cuti esok dan paper Tasawwur terpaksalah ditangguhkan. Punyalah suka... *Senyum sampai ke telinga* Tapi bilalah jerebu ni nak hilang eh? Ira dah lama tak sedut udara bersih. Oksigen mari sini haha. Asyik duk sedut asap aje huh?!  Sekian.

Hati .

Ramai yang cakap aku ni kuat dan dia orang respect sebab aku banyak sabar. Aku dah banyak kali cakap, aku memang suka sabar tapi kadang kadang aku sabar pun ada had nya jugak. Sebenarnya aku dah penat bersabarlah. Banyak sangat dugaan yang aku kena sabar sampai aku sendiri tak kuat untuk menghadapinya. Aku dah tak kuat. Serius aku cakap sekarang ni aku dah tak kuat,  Drama ohh drama... Bagus betul lakonan makhluk Allah kat dunia ni. Biasalah lumrah hidup kan. Bak kata mak aku, tak seronoklah hidup kalau takde masalah. Tapi kalau dah selalu ada masalah, aku rasa macam dah tak berguna jadi Nadhira ni haih. Sabar jelah... Hmm stay strong :')