Skip to main content

Posts

Salah ke aku tak ambik DEGREE?

Assalamualaikum.. Hai korang! Sorry topik kali ni sedih sikit sebabnya rasa nak meluahkan perasaan yang terpendam yang mungkin orang tak faham. Bukan apa, niat di hati nak sangat sambung belajar ambik degree tapi aku tak mampu. Aku banyak komitmen sekarang. Kalau aku belajar. siapa nak bayar motor Lc aku. Then siapa nak bayar sewa bilik aku. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi lagi nak tunang sekarang ni.Banyak benda aku fikir. Banyak sangat dugaan. Aku sanggup buat small business sebab nak ringankan beban pasangan aku tapi orang bukannya faham pun. Yelah memang aku hidup bukan nak puaskan hati semua orang tapi siapa yang tak nak sambung belajar kan? Tipulah kalau pegi kedai tengok stationery tak tergugat. Serious aku memang seorang yang suka belajar sebab tu aku stay je dalam business sebab nak cari ilmu. Sekarang ni pulak aku dah berhenti kerja Mydin sebabnya aku memang dah buat keputusan untuk cari kerja lain. Aku fikir aku ni muda lagi. Masih banyak lagi tempat lain aku boleh dapat p...

Dejavu ??

Assalamualaikum.. Hai korang! Korang pernah dengar tak dejavu? Mesti pernah punya. Selalunya kdrama yang selalu buat dejavu ni. Apa benda dejavu?? Apa yang Ira tahu dejavu ni benda yang berlaku sama sebijik dengan apa yang kita lalui pada zaman dulu atau lampau. Tak tahu la nak percaya ke tak dejavu ni tapi drama korea selalu buat. Kelahiran semula la. Percintaan zaman lampau la. Kadang kadang sekarang pun Ira pergi mana mana tiba tiba terasa "Eh aku pernah pegi tempat ni lah. Aku pernah rasa la semua benda ni tapi bila ek?" Jawapan aku sebenarnya aku pernah mimpi semua benda ni. 🥺 Ada sorang classmate aku dulu budak chindian. Dia cakap sebenarnya apa yang kita mimpi tu pernah terjadi dalam hidup kita tapi zaman dulu dulu. And menjadu persoalan jugak kenapa ada 7 iras muka kita kat dunia ni. Mesti ada sebab. Sebab tu ilmu tu penting. Aku teringat lagi pesan ustazah masa ceramah kat sekolah dulu. "Menuntut ilmu sampai rahsia alam diketahui."  Allahu 🥺 Harap2 semua ...

Tambah koleksi lagi ! Victoria Secret atau Bath & Body Work?

 Assalamualaikum... Hai semua.. Selamat malam! Uihhh buat apa tu korang yang tidur lagi malam malam macam ni? Jadi burung hanti ek hehehe... Sekali lagi Ira biarkan blog ni berhabuk tanpa sebab! Sedih sekali tapi kali ni Ira ada topik nak share dengan korang semua... Pasal high end punya brand... Victoria Secret and Batch & Body Work Yang mana korang prefer?  Kalau Ira dua dua sekali hahaha tapi masing masing ada kelebihan and kekurangan masing masing. Haaa ni laaa nak share ni. Sorry mampu tunjuk koleksi victoria secret yang latest je sebab ada yang tinggal kat rumah mak untuk adik perempuan Ira pakai. Tapi rasanya sebelum ni pun Ira pernah share pasal koleksi Ira tapi takpe. Just nak share yang Ira beli 2 botol ni dapat harga RM149. Not bad laa. Ori pun ori beli direct butik. Lagipun perfume banyak dah nak habis. Nasiblah beli bau ala ala lemak manis gituu sebab Ira lebih suka bau macam vanilla, coklat coklat soft and sweet.  Harga : RM79 / RM99. If ada sale lagi ji...

Suka skincare sejak muka breakout

Assalamualaikum hai semua yang belum tidur hihi Ira yakin tajuk ni semua orang pun berminat sebabnya dekat mana mana socmed pun semuanya suka bab bab skincare ni. Tipulah kalau korang tak suka skincare kan. Sekarang ni skincare is a must sebab muka kita ada satu je tau!  Malam ni Ira tak nak cakap banyak, cuma saja nak sharing... Ira takdelah pro pun macam influencer lain. Just sharing what I know and maybe product that I use now.  Sebenarnya Ira start breakout teruk tahun 2020. Hujung tahun 2019 tu pulak mula tumbuh kat muka jerawat yang sama sampai Ira sendiri rimas. Sebab muka Ira tak pernah pun tumbuh jerawat banyak tu. Dulu kalau nak tumbuh pun seketul dua je masa nak period lepastu dah hilang. Then jerawat pasir kat dahi itu je.  Sekarang ni jerawat tak nak kalah tumbuh sampai tinggalkan parut hitam kat muka. Banyak pulak tu. Tahun 2020 serious Ira cakap memang Ira fedup tengok muka sendiri. Sejak tu Ira banyak belajar kulit Ira ni perlukan apa sebenarnya?? Nanti ad...

Tak sia sia sesat kat mentari court

 4.14 pm Sabtu Sekarang ni cuaca panas betul. Dekat ofis pun bahang je walaupun bawah aircond. Lepastu meja Ira pulak betul2 depan tingkap. Tingkap tu kena bukak sebab musim covid an. Sabar jelah. Kena rajin reapply sunscreen ni hehe. Tak nak panjang berjela sekarang ni nak share pasal Ira pernah sesat kat mentari court dulu. Tak sia sia tau dulu gigih la nak pergi casting model kat leisure commerce square tu. Tu first time tau Ira pergi naik train sorang sorang. Sejak dari tu Ira dah pro naik train pegi sana sini.  Sekarang ni terfikir ada hikmahnya kenapa Allah bagi Ira susah sangat dulu. Sejak kejadian tu. Ira berani buat intern dekat sini. Sewa bilik kat mentari court. Masatu tu duduk dekat blok G. Yelah jalan kaki jauh nak pergi naik brt. Kalau korang pembaca setia blog Ira korang akan tahu perjalanan hidup Ira macam mana. Sekarang ni pun Ira menyewa dekat mentari court tapi block D la. Now jarang jarang je naik brt sebab dah ada motor sendiri. Alhamdulillah berkat kerja ...

HILANGNYA SEORANG PENULIS PART TIME ~

 1.51am. Sabtu. Dah lewat sangat ni ra. Why tak tidur lagi? Saja nak berceloteh pagi pagi buta ni. Dapat laptop baru katakan huk huk... Btw, hai assalamualaikum semua! Sajalah  nak sambung hobi Ira yang dah terkandas bertahun lama dah. Masih lagi menulis tapi banyak sangat lost. Bukan apa tulis kat phone tak syok. Kena ada laptop baru semangat nak menulis berkarya macam dulu. Sekarang my bf hadiahkan laptop sempena birthday hehe. Thank you bae! Terharu sangat yelah lama kot tak pakai laptop. Masa belajar pun banyak habiskan masa kat library. Siapkan assignment guna pc situ. Kalau nak ikutkan Ira ni nak sangat sambung degree. Yelah Ira minat belajar. Takpelah sabar kerja dulu. Mana tahu ada rezeki tak kemana kan? Yang penting sekarang Ira nak berkarya balik. Ira kena banyak membaca karya karya dari penulis otai. Kalau tak lost teruk!  Dulu punyalah pasang impian nak jadi penulis nak hasilkan sebuah buku novel sendiri. Sekarang semua ke laut dalam sebabnya busy belajar. Tak...

Kes Covid makin meningkat !

Assalamualaikum.. Hai korang ! Setelah dua minggu Ira berkurung kat rumah sebab Ira duduk dekat kawasan mentari court kena pkpd haritu. Memang rasa macam dalam penjara 😌 Nak keluar tak boleh. Semua kedai tutup. Beli barang pun guna food panda. Tapi alhamdulillah dapat bantuan barang asas. Ira tak nak cerita panjang sebab tengah kerja ni. Cuma geram bila dah pkpd kat banyak tempat kes makin melambung naik. Pelik. Ya Allah kesian frontliner. Dia orang yang susah payah jaga rakyat. Yelah tak faham sampai bila nak berkurung? Ira tak nak salahkan menteri or so on. Cuma rasa sedih sangat hidup macam ni. Serius Ira rindu sangat kehidupan dulu. Sekarang nak masuk semua tempat kena scan. Masuk tempat kerja pun kena scan. Tak tahulah sampai bila nak hidup macam ni. Rasanya bukan Ira sorang je marah. Semua orang pun. Dah duduk rumah tapi kes makin menjadi jadi. Harap haraplah satu hari nanti ada khabar baik darimu ya allah. Hanya engkau yang lebih mengetahui.  Semoga Malaysia cepat sembuh aa...