Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Andai ajalku tiba dulu....

  Disebabkan ugutan itu aku terlalu takut.  Aku takut sangat hanya Allah saja tahu.  Aku tidak mahu ajalku jatuh ke tangan orang yang salah. Ya Allah, jauhkanlah diriku dari orang yang berniat jahat terhadapku. Aamiin ya rabb.  Aku sungguh tidak menyangka semua ini akan berakhir seperti ini. Aku juga tidak mahu nyawaku melayang disebabkan perangai manusia yang sebegini. Disebabkan seorang lelaki seorang sahabatku tergamak mahu membunuhku. Dia benar benar mengugut untuk membunuhku. Kenapa semua ini jadi dekat aku? Selepas dugaan demi dugaan. Aku yakin Allah hantarkan semua dugaan ini untuk menguji keimanan aku. Allah pilih aku sebab aku mampu.  Tapi, jika benar ajalku sudah dekat aku mahu meminta maaf pada semua orang yang membaca ini. Aku takut sangat kalau orang berdendam dengan aku Apatah lagi membenciku sehingga mahu menganiayaku begini. Tipulah kalau aku kuat sehingga tidak mengambil peduli tentang semua ini. Dia duduk satu block rumah dengan aku, sememangnya aku takut! Sejak dua t

Kebenaran itu pahit......

  Terkadang manusia leka tentang apa yang dilakukan dan mereka terus melakukan itu tanpa rasa bersalah namun aku sekarang tidak tahu harus menyalahkan diriku atau meminta maaf atas perbuatanku. Aku sememangnya kalah dengan emosiku sendiri kerana aku berasa serba salah tapi niatku cuma mahu membantu. Niatku baik dan tidak mahu sahabatku itu terjebak dengan dua orang lelaki yang sering menyakitinya. Sumpah aku langsung tidak berniat untuk memalukan dirinya apatah lagi menceritakan itu. Beribu kali aku menyalahkan diriku kerana terpaksa menceritakan itu tapi apabila aku berfikir ke aras positif dan itu memang lebih kepada kebaikan dirinya aku redha dia menuding jari menyalahkan aku. Aku menangis kerana aku aku tidak tahan lagi atas kata kata caci maki terhadapku. Ya, aku nampak di matanya dia tidak akan berpaling kepada kami tapi jujur aku katakan aku sayangkan dia sebagai kakak aku. Biarpun dia hanya menyalahkan diriku tapi aku yakin allah akan tunjukkan jalan yang benar kepadanya. Ya Al