Assalamualaikum...
Hai semua!
Hai semua!
Ni bukan kali pertama ehh Ira buat review produk drugstore. Dah kali ketiga dah. Kalau korang tak percaya pi tengok kisah seram Ira. Kisah seram tu blog archive Ira laa saje letak nama camtu.
Mesti ramai yang nak tahu kan apa benda tu drugstore? Kedai dadah ke haha. Ira pun fikir macam tu mula2. Ramai yang sebut kedai watson, guardian tu semua drugstore. Ira tak puas hati, Ira pi cari kat google apa maksud benda tu.
Apa tu DRUGSTORE???
Kedai ubat laa sayang. Senang nak ingat bila sebut drugstore = farmasi. Maksudnya majoriti produk atau ubat dijual selamat. Jangan risau drugstore ni bukan kedai dadah yee. Huhu. Yang Ira faham drugstore ni bahan2 dia dibenarkan dan lulus untuk pasaran. Kalau nak lebih info rujuk pakar tau. Ira ni banyak benda lagi tak tahu.
Cantik pulak bila word ni di bold kan ^_^
So berbalik kepada review Ira. Hari ni nak review happy mask for eyebag dengan organic aid moisturizer cream. Mask baru pakai semalam. Moisturizer pulak baru pakai 3 hari. Harap kesannya eloklah untuk dry skin Ira. InsyaAllah Aamiin.
Comel kan! Ofcoz macam tuannya hihi.
Serius semalam sayang gila nak bukak mask comel ni. Tapi terpaksa koyakkan jugak then pakai untuk semalaman. Bangun2 je tak sedar benda tu dah tercabut. Harga not bad. Super murah weh! Dalam RM 1+ macam tu je. Lepas ni bolehlah Ira repeat beli mask comel ni banyak2. Sejuk je bila letak kat bawah mata. Disebabkan first time beli mask eyebag ni kat drugstore, tu yang jadi jakun sampai salah kedudukan mask tu Ira letak. Pi letak bawah sikit dari kedudukan mata. Takpelah first try kan. Sebelum ni tengok je.
Untuk moisturizer cream pulak, Ira first time jugak beli. So far buat masa ni ok je Ira pakai. Rasa lembab je muka ni. Harga pun takdelah mahal. Ira beli yang kecik sebab nak cuba. Tengok review best je, tu yang nak try. Memang dry skin sesuai pakai moisturizer yang jenis cream. Ira beli kat guardian harganya RM19.90, tak taulah kat drugstore lain berapa. Mula2 nak beli kat shopee tapi dah alang2 singgah kl sentral ternampak pulak guardian terselit kat tepi tu. Haa apa lagi bergolak iman Ira. Tapi tak nak lama2 kat situ sebab nanti kesian bf Ira tunggu lama. Ira ni kalau survey barang memang lama. Cuma barang makeup je tak pernah beli lagi kat drugstore. Baru nak berjinak2 ni.
Ekceli Ira takdelah buat review sangat just sharing my new product bought at drugstore, Jakunnya! HAHAHA. Korang doakan ehh lepas ni kulit Ira pulih selepas cuba rutin baru. InsyaAllah Amiin.
Comments